Anda teringin nak mewakili negara dalam bola sepak?
Ini adalah Negara Sealand. Ia mempunyai setem kerajaan sendiri, passport dan juga pasukan bola sepak. Terdapat 22 penduduk rasmi.
Kemungkinan kesemua 22 penduduk layak untuk mewakili bola sepak negara.
Jika manusia mempunyai penglihatan sebaik burung helang,kita dapat melihat seekor semut di atas tanah dari bumbung bangunan tingkat 10.
Kita juga mempunyai penglihatan warna yang baik,penglihatan UV, dan julat pandangan hampir 360 darjah.
Tapi tu lah, kita bukan helang.😌
#ilmu
Amur dan Timur kisah harimau Siberia dan kambing yang berkawan antara spesies yang sukar terjadi oleh mangsa & pemangsa.
Timur diletakkan di dalam kandang Amur sebagai makanan tetapi Amur tidak memakannya sebaliknya dua spesies itu berkawan.
Fakta London Bridge
Jambatan London yang original di Sungai Thames sebelum adanya Tower Bridge kini berada di Arizona, AS. Ia telah dibeli oleh Robert P. McCulloch dan dialihkan ke Arizona pada tahun 1968.
#sejarah
Kajian menunjukkan walaupun ramai mempunyai jumlah pakaian yang banyak, tetapi mereka sering kekal pada beberapa pakaian pilihan sahaja dan lebih kurang separuh daripada pakaian di dalam almari tidak digunakan.
#ilmu
Pada tahun 2015, seekor kucing, Masha menemui bayi yang ditinggalkan dalam kotak dalam keadaan kesejukkan salji.
Dia memanjat masuk untuk memastikan bayi itu hangat, sambil 'mengeong' untuk menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang, sekali gus menyelamatkan nyawa bayi itu.
Siapa tak kenalkan pengedar dadah terkenal dunia.
Pablo Escobar memasuki politik secara ringkas pada 1980-an. Walaupun terdapat dakwaan jenayah, persona "Robin Hood" beliau memenangi hati di kawasan miskin Medelln
Perut manusia boleh melarutkan pisau cukur.
Asid didalam perut jika diletakkan pada skala 0-14 (semakin rendah tahap PH, semakin kuat asid). Perut manusia biasanya diberi nilai 1.0-2.0 bermakna ia sangat kuat.
Jambatan Entah Ke Mana
Pada tahun 1998, sebuah jambatan dibina di atas sungai Choluteca di Honduras, tetapi Taufan Mitch telah mengubah laluan sungai dan memusnahkan kedua-dua jalan yang menyambung jambatan.
Jambatan itu dikenali sebagai "The Bridge to nowhere."
Ramai kenalkan Jenama ni.
Daripada lelong terus produk yang tak terjual, Louis Vuitton akan membakar kesemuanya setiap tahun. Syarikat ini tidak akan menjual produknya pada harga rendah untuk mengekalkan eksklusiviti LV yang semua orang dah tau jenama mewah.
Seorang Raja di India membeli 10 buah kereta Rolls Royce, dan menggunakannya sebagai pemungut sampah, selepas dia dihina oleh seorang jurujual Rolls Royce di Mayfair, London yang berkata dia tidak mampu membeli kenderaan mewah itu.
#Sejarah
Namanya adalah Margaret Ann Bulkley. Dilahirkan di zaman wanita tidak dibenarkan mengikuti pengajian perubatan menyebabkan dia menyamar sebagai budak lelaki sekali gus menjadi wanita pertama menamatkan pengajian perubatan.
Seorang "Ladies Man"
James Barry, merupakan seorang pakar bedah tentera British terkenal, yang berkhidmat selama lebih 50 tahun.Pada kematiannya pada tahun 1865, membongkarkan satu rahsia.
Saat wasiat dibacakan, dia meminta tidak lakukan pemeriksaan post-mortem pada jenazahnya.
Tetapi rahsianya terbongkar apabila pembantunya, Sophia Bishop yang menguruskan jasadnya terkejut apabila Barry yang selama ini yang menjalani hidup sebagai lelaki sejati rupanya adalah seorang wanita.