DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH.
Rasulullah ﷺ wafat pada Hari Isnin tetapi DIKEBUMIKAN pada malam Rabu.
Nak kongsi detail apa yang berlaku pada hari-hari terakhir tersebut dari Kitab Rahiqul Maqtum:
4 HARI SEBELUM WAFAT (HARI KHAMIS)
• Itulah hari terakhir baginda mengimami solat berjemaah bersama sahabat.
• Pada waktu Soalt Maghrib baginda membaca Surah Al-Mursalat. Menjelang Solat Isya' sakit baginda bertambah parah dan baginda telah pengsan sebanyak 3 kali. Abu Bakar menggantikan selepas kali ketiga Rasulullah ﷺ pengsan.
• Dalam riwayat, Abu Bakar mengimami sebanyak 17 solat fardhu ketika Rasulullah ﷺ masih hidup.
----
2 HARI SEBELUM WAFAT (HARI SABTU)
• Sakit baginda berkurangan. Baginda ﷺ dipapah 2 orang pembantu lelaki untuk hadir Solat Zohor.
• Ketika itu Abu Bakar sedang mengimami solat. Bila perasan Rasulullah hadir, Abu Bakar menganjak ke belakang sedikit bagi beri ruang Rasulullah jadi Imam.
• Namun Rasulullah beri isyarat kepada Abu Bakar untuk teruskan solat. Baginda duduk di sisi kiri Abu Bakar.
• Lalu Abu Bakar solat mengikuti solat Rasulullah (duduk) dan kuatkan bacaan takbir agar didengari orang ramai.
• Syariat ini hanya berlaku sekali sahaja.
----
SEHARI SEBELUM WAFAT (HARI AHAD)
• Rasulullah ﷺ merdekakan pembantu lelakinya. Kemudian sedekahkan 7 dinar dari harta baginda.
• Kemudian berikan senjata milik baginda kepada orang Islam. Baju besi baginda digadaikan kepada seorang Yahudi dengan harga 30 Sha' gandum.
----
HARI KEWAFATAN (HARI ISNIN)
• Anas Ibn Malik riwayatkan, ketika Abu Bakar mengimami Solat Subuh, Rasulullah ﷺ menyelak langsir bilik Aisyah dan memandang sahabat dalam saf, kemudian baginda tersenyum.
• Abu Bakar hendak mundur kebelakang kerana jangka Rasulullah hendak imami solat.
• Diriwayatkan, ada sahabat yang hendak berhentikan solat kerana gembira dan merasakan Rasulullah telah bertambah sihat.
• Namun Rasulullah ﷺ beri isyarat agar solat diteruskan. Kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumah dan turunkan langsir.
• Menjelang waktu DHUHA, sakit baginda bertambah berat. Rasulullah ﷺ sempat berjumpa dengan Fatimah, Hasan dan Husain, isteri-isteri baginda.
• Kesakitan itu ditambah dengan pengaruh racun yang diberikan wanita Yahudi dalam daging yang Rasulullah makan ketika baginda di Khaibar.
----
DETIK-DETIK TERAKHIR KEWAFATAN 😭
• Aisyah r.a memangku Rasulullah ﷺ dan bantu Rasulullah bersiwak.
• Rasulullah celup kedua-dua tangan dalam bekas air, lalu diusapkan ke wajah baginda, sambil bersabda,
"Tiada TUHAN selain ALLAH. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya."
• Kemudian, Rasulullah angkat tangan dan jari mengarah ke langit-langit rumah dan bersabda;
"Allahumma ar-Rafiq al-A'la"
(Temukan aku dengan Kakasih yang Maha Tinggi)
sebanyak 3 kali.
Disusuli dengan tangan baginda lemah. Baginda ﷺ tercinta telah pun WAFAT menemui Kekasih-Nya.
• Peristiwa ini berlaku pada Waktu DHUHA, HARI ISNIN, 12 Rabiulawal 11 Hijrah. Ketika Rasulullah berusia 63 tahun 4 hari.
• Ramai sahabat dan orang-orang di Madinah seperti tidak percaya. Banyak riwayat ceritakan tentang Umar dan Abu Bakar. Akhirnya semua menerima berita ini.
----
PENGURUSAN JENAZAH RASULULLAH ﷺ.
• Terjadi perselisihan di kalangan Muhajirin dan Ansar di Kampung Bani Saidah pada Hari Isnin tersebut.
• Ringkasnya, selepas perbincangan kedua-dua kaum Muhajirin dan Ansar BERSEPAKAT melantik Abu Bakar menggantikan Rasulullah ﷺ.
• Dalam masa sama ahli keluarga baginda, sibuk membuat persiapan pengurusan jenazah Rasulullah ﷺ sehinggalah menjelang Subuh pada Hari Selasa.
• Selepas wafat, tubuh Rasulullah ﷺ diselubungi sehelai kain hitam. Pintu rumah ditutup dan hanya boleh dimasuki ahli keluarganya sahaja.
----
1 HARI SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH (HARI SELASA)
• Ahli Keluarga Rasulullah memandikan jenazah baginda ﷺ.
• Sahabat yang mandikan adalah, Al-Abbas (pakcik), Ali (menantu), Fadhl & Qutsam (anak Abbas), Syaqran (pembantu Rasulullah), Usamah dan Aus Khauly.
• Mereka kafankan baginda dengan 3 lembar kain kapas berwarna putih tanpa menyertakan pakaian ataupun penutup kepala.
• Kemudian, ada perbincangan di kalangan sahabat, lokasi jasad baginda ﷺ ingin dikebumikan. Abu Bakar bacakan satu Hadis:
"Tidaklah seorang nabi meninggal dunia melainkan dia dikuburkan ditempat dia meninggal dunia."
• Lalu Abu Talhah mengalihkan tempat tidur ketika Rasulullah wafat dan mula menggali liang lahad di situ. Lokasi tersebut KEKAL sehingga hari ini di Masjid Nabawi.
• Orang ramai masuk ke dalam rumah Rasulullah bergilir-gilir 10 orang, 10 orang, untuk solatkan jenazah Rasulullah ﷺ tanpa seorang pun menjadi imam.
• Giliran pertama dari ahli keluarga dahulu. Kemudian orang Muhajiran & Ansar. Selesai orang lelaki, giliran perempuan dan kanak-kanak juga mensolatkan Baginda ﷺ.
----
2 HARI SELEPAS KEWAFATAN (HARI RABU)
• Urusan Solat Jenazah tersebut berlangsung selama sehari penuh iaitu sepanjang Hari Selasa.
• Ia berakhir pada malam Rabu (Selasa malam Rabu)
• Dalam satu hadis disebutkan, Aisyah berkata,
"Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah ﷺ hingga kami mendengar bunyi cangkul (dikebumikan Rasulullah dalam lahad di tengah malam Rabu".
----
Demikian detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah ﷺ yang diceritakan dalam beberapa hadis sahih.
Beruntung sangat kita jadi umat Islam. Semoga kita semua dapat berjumpa bersemuka dengan Rasulullah ﷺ bila kita semua masuk Syurga kelak 😭😭.
Mari kita banyakkan berselawat atas junjungan besar Rasulullah ﷺ. Terutama cuti Maulidur Rasul ini.
Solluu A'laa Nabi.
Wallahua'lam.
Jaga amalan wajib, dan tingkatkan kualiti ibadah sunat yang kita rasa boleh pergi jauh seperti:
- Puasa sunat
- Qiyamullai
- Bersedekah
- Belajar ilmu agama
Masing-masing ada kekuatan pada sebahagian ibadah sunat, maka teruskan konsisten tersebut. Walaupun tak mampu buat semua.
Waalaikumussalam
Jika mahu aplikasikan khuf boleh dan tiada masalah, dengan syarat:
1- Berwuduk siap-siap dahulu sebelum pakai kasut yang tutup sampai atas buku lali.
2- Kalau masih dalam tempoh musafir, boleh guna untuk 3 hari 3 malam selagi mana tak buka kasut. Untuk yang mukim hanya 1 hari 1 malam.
3- Tak perlu buka kasut bila nak berwuduk, hanya sapu air di atas kaki.
4- Selagi tidak buka kasut sepanjang perjalanan naik dan turun gunung, selagi itu masih boleh untuk khuf. Jika sudah buka, perlu ambil wuduk seperti biasa.
Wallahua’lam
Waalaikumussalam
Jawapan ringkas sama ada kamu nak sabun atau pun tidak, tiada masalah asalkan:
1. Mandi tersebut disertai dengan berniat
2. Ratakan air mutlak (yang suci setelah sabun atau selepas sabun) keseluruhan badan
Korang kalo kena scam dan SUDAH transfer duit.. apa nak buat?
Call 997 - National Scam Response Centre.
Call dalam masa 30minit selepas kena scam.
They will block the transfer.
They will get your money back.
Salute Fahmi‼️
Saling melengkapi adalah kunci kebahagiaan dalam perkahwinan. Hargailah pasangan dan sentiasa doakan yang terbaik buat hubungan yang dibina. #artortoisemy
BIOGRAPHY OF M U H A M M A D (S. A. W)
▪Name : Muhammad (SAW)
▪Father : Abdullah
▪Mother : Aminah
▪Date of Birth : 12th Rabi Al - Awwal
▪Date of Death :08 Jun 632 11 after Hijra
▪Age : 63 yrs
▪Place of Birth : Makkah
▪Place of Death : Madinah
▪Residence : Makkah then moved to Madina
▪Profession : Businessman , then a Prophet
▪Age : 63 years
▪Lived in Makkah : 50 years
▪Nabowat Age : 40 years
▪Lived in Madinah ; 13 years
▪Yrs of Preaching : 23 years
▪Merchant : 26 years (583–609 CE)
▪Preacher : 23 years (609–632 CE)
End of Worldly Life : 08 June 632 (11th after Hijra)
A C T I O N S
1. Virtue
2. Preaching
3. Jihad in Islam
B E H A V I O U R
1. Peace and Justice
2. Loving everybody
3. Liking of Muslims
4. Philanthropic
5. Respectful of any organ.
WIVES & MARRIED PERIOD
1. Khadija bint Khuwaylid 595–619
2. Sawda bint Zamʿa 619–632
3. Aisha bint Abi Bakr 619–632
4. Hafsa bint Umar 624–632
5. Zaynab bint Khuzayma 625–627
6. Hind bint Abi Umayya 625–632
7. Zaynab bint Jahsh 627–632
8. Juwayriyya bint al-Harith 628–632
9. Ramla bint Abi Sufyan 628–632
10. Rayhana bint Zayd 629–631
11. Safiyya bint Huyayy 629–632
12. Maymunah bint al-Harith 630–632
13. Maria al-Qibtiyya 630–632
C H I L D R E N
Boys :
1. Al-Qassem
2. Abdullah
3. Ibrahim
Girls :
1. Zaynab
2. Ruqayyah
3. Ummu Kalthoom
4. Fatima
8 Miracles Everyone Must Know About Prophet MUHAMMAD (S.A.W)
Did you know?
1. "Flies, insects, ants and mosquitoes" never land on his body, let alone of bitting him?
2. He did not "yawn" in his lifetime?
3. Both "domestic and wild animals" were never for a second angry with him?
4. During his "sleep," he heard all "conversations?
5. He could see everything both in "front" and at the "back" at the same time without turning?
6. He was always "one foot taller" than anybody that came "near" him?
7. He was "circumcised, washed and cleaned in his Mother's womb before he has been born to this world?
8. He had no shadow even in the Sun, Moon, or Light?
Teruskan mengadu kepada Allah SWT, terutama ketika waktu malam orang lain sedang tidur.
Allah menunggu hamba-hambaNya yang ingin mengadu dan memohon ampun di waktu malam.
Nabi ﷺ sebut:
ينزلُ اللهُ كلَّ ليلةٍ إلى السماءِ الدنيا، حين يبقى ثلثُ الليلِ الآخرِ، فيقولُ: من يدعوني فأستجيبُ له ، من يسألني فأعطيه، من يستغفرُني فأغفرُ له.
Maksudnya: “Allah turun ke langit dunia pada setiap malam, ketika tinggal sepertiga malam yang terakhir. Lalu Dia berfirman:
‘Siapakah yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan memperkenankannya?
Siapakah yang meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya?
Siapakah yang memohon ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya?’”
HR al-Bukhari, no. 1145 & Muslim, no. 758.