Saya dengar ucapan belanjawan Ahli Parlimen Marang, DS Hadi Awang.
Antara hujah utama: ekonomi kita berkiblatkan IMF dan Bank Dunia, sedangkan Malaysia ada kawan-kawan negara Islam yang kaya. Patut bersandarkan kepada negara-negara Islam.
Bila ditanya Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang menyarankan supaya Malaysia tidak menggunakan USD, Marang bersetuju kita tidak lagi guna USD.
Bunyi sedap di warung-warung kopi.
Yang tidak dihurai:
Semasa beliau jadi duta khas berstatus menteri ke Timur Tengah, kenapa beliau tidak berjaya membina kerjasama ekonomi dengan negara-negara Islam yang beliau selalu rujuk ni?
Semasa beliau jadi orang penting kerajaan dan PAS ada menteri-menteri, kenapa PN tidak menukar sistem supaya tidak lagi menggunakan USD?
Ahli-ahli parlimen PN tepuk tersenyum lebar lepas dengar ucapan Marang, sedangkan rakyat tersenyum sinis.
Mendidik vs Menghukum.
Anda pilih yang mana?
Bendera! Kayu ukur menilai kesetiaan dan kejujuran pada negara. Kita boleh pilih untuk hidup harmoni jika saling mempercayai dan berganding bahu membangunkan negara ini.
Tinggal beberapa hari untuk sambut kemerdekaan