Kadang terfikir juga, baiknya Allah ni bagi kita macam-macam. Dapat hidup selesa, dapat makan minum semua cukup, kawan yang baik-baik, dan macam-macam lagi. Padahal kita ni banyak dosa, banyak silap, tak adalah baik sangat kan, tapi Allah masih bagi yang baik-baik untuk kita.
Semakin kuat kita diuji, semakin sayang Allah kepada kita. Kuncinya adalah sabar kerana dengan sabar, Allah akan gantikan kesedihan itu dengan kegembiraan suatu hari nanti.
Kawal 5M dalam hidup korang:
1. Mulut (gunakan perkataan yang baik)
2. Minda (focus benda positive)
3. Mood (jaga emosi)
4. Manner (sentiasa hormat)
5. Money (jangan boros)
5M ni kalau kita jaga, insyaAllah hidup dan kerja akan lagi tenang, teratur, berjaya dan bahagia.
Nak, maafkan semua orang sebelum tidur ya. Tidurlah dalam ketenangan.
Kamu maafkan mereka, bukan kerana mereka layak dimaafkan tetapi hati kamu layak untuk dapat ketenangan sejati.
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”