Ustaz Azlan ada sebut bahawa anak-anak lelaki terkesan dan sensitive lebih daripada perempuan apabila mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang ketika mereka dibesarkan.
Ini juga yang menjadikan ramai dikalangan lelaki mengalami krisis qawwam. Lelaki menjadi lemah dan tidak berfungsi.
Lelaki memerlukan role model dikalangan lelaki juga. Bila seorang ayah gagal menjadi role model kepada anak lelakinya, dan di sekolah pula kekurangan guru lelaki yang berkualiti untuk dijadikan contoh, akhirnya mereka membesar dengan belajar untuk menjadi lelaki daripada rakan sebaya, internet, budaya, dll.
Kerana itu ada sebahagian lelaki terpengaruh dengan red-pill. Mereka percaya untuk menjadi masculine, perlu untuk pandang rendah, seksa, hina, maki perempuan, barulah kau lelaki. Ataupun sanggup gadaikan agama dan prinsip demi nak dipandang wanita. Ini juga musibah.
Lelaki apabila rosak, kerosakannya berskala besar kerana faktor keupayaan dan kekuatannya yang melebihi wanita.
Betapa besarnya tanggungjawab menjadi ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Didikan kita hari ini (kecil atau besar) memberi kesan yang besar dan panjang dalam kehidupan anak. Jangan ambil ringan akan ripple effects.
Kerana itu Islam memberi garis panduan, dan menekankan agama dalam pemilihan pasangan. Agama di sini bukan semata dalam ibadahnya, tetapi merangkumi sistem kehidupannya.
Sukanya ayat dia ๐ฅบ๐ฅบ
"When a man starts loving a woman, his work becomes more important to him. But when a woman starts loving her man, her work becomes less important to her. Because he is preparing to provide and she is preparing to build a home"