Aku suka tengok akak tu tegur, sebab tak semua orang berani tegur. Good job kak 👏🏻
Sudah-sudahlah hisap rokok dalam kedai makan. Hormatlah orang lain 😅
Stop robbing our money!
Last time we wanted to reduce coin circulation due to cost and convenient. Now we still rounding up our invoice even though we pay digitally.
4.99 becomes 5.00
Akhirnya anak aku sendiri jadi mangsa pedophilia.
Asalnya aku nak diamkan sahaja cerita ni. Tapi rasa tak tenang kalau tak kongsi demi memberi kesedaran kepada lebih ramai parent.
Kejadian berlaku pada penghujung Januari hari tu. Aku bawak anak aku ke masjid untuk solat isyak. Untuk privasi aku tak dedahkan anak aku yang mana. Aku namakan anak aku Nuh. Umur lingkungan 7-8 tahun.
Malam tu aku bawa dia ke masjid seperti biasa. Aku solat di saf hadapan dan dia berada di belakang bersama kawan2 lain sekitar 5-6 orang.
Ada masa dia rajin, dia solat. Ada masa dia malas, dia main sahaja dengan kawan2. Malam tu dia bagitau dia taknak solat dan aku ok kan saja. Dia main dengan kawan2. Lepas solat, dia datang dekat aku dan cerita satu per satu apa yang terjadi masa jemaah tengah solat.
Masa tu dia tengah susun selipar dekat entrace (dia memang suka susun selipar bila bosan). Kebetulan kawan2 yang asalnya sama2 duk main dekat entrance tadi semua masuk dalam masjid tinggal dia seorang. Tiba2 datang seorang lelaki dengan motor tanya lokasi tandas. Nuh tunjuk arah tandas. Kemudian, abang tu minum air lepas tu dia ajak Nuh teman dia ke tandas.
Nuh bersama dia jalan ke tandas. Bila sampai di tandas, dia buka seluar Nuh dan the rest is history. Aku ringkaskan sahaja taknak detail sangat. Secara konklusi, air liur lelaki tu melekat pada xx anak aku. Dan alhamdulilah, tak ada berlaku sebarang tusukan pada mana2 rongga Nuh. Tak ada perbuatan yang menyebabkan apa2 cecair dari lelaki tu masuk ke tubuh Nuh. Kejadian berlaku sekitar 4 minit sahaja. Bila keluar dari tandas, dia terus berlalu dengan motosikal dan Nuh masuk dalam masjid. Tak sampai seminit lepas tu, jemaah siap solat dan bertebaran.
Semua pergerakan direkod cctv dan sudah diserahkan kepada polis. Muka suspek pun agak jelas kelihatan. Aku agak umur suspek sekitar 25-29 tahun. Nuh bagitahu dia pernah nampak orang ni sebelum ni (dia pernah cerita yang dia bantu tunjukkan tandas kepada seseorang) tapi masa tu dia tak buat apa2 lagi. Maksudnya, dia dah study behavior budak2 dekat masjid tu.
Kalau difikir logik, budak kecik macam tu apa yang dia dapat? Jangan sangka orang gila berfikir macam kita. Wiring otak orang gila pedophilia dah menyongsang teruk. Dapat sentuh xx budak kecik pun dah cukup untuk puaskan nafsu.
Mungkin tulisan ni boleh mengganggu urusan pihak polis untuk kes ni. Cuma aku decide juga untuk share benda ni supaya boleh menyelamat ramai kanak2 dari menjadi mangsa pedo.
Bawa anak ke masjid tak salah. Yang salah ialah persekitaran kita sekarang yang orang gila semakin ramai.
Kepada parent, sebelum apa2 berlaku pada anak kita, tolong waspada selalu. Tolong berhati2 bila bawa anak ke tempat awam seperti masjid. Lebih2 lagi pada musim solat tarawih ni. Anak2 akan datang ke masjid secara berulang2. Kalau boleh bawa anak yang dah boleh berfikir dan berbincang supaya senang ikut arahan kita. Boleh faham pesanan kita, apa respon jika berhadapan dengan orang asing dan jika berlaku sentuhan di bahagian sensitif.
Kepada pihak masjid, jika ada kemampuan boleh buat 1 tempat khas untuk anak bermain dan sediakan penjaga sepanjang Ramadhan ni. Cctv mesti pasang yang berkualiti. Bukan asal ada sahaja.
Jika berlaku juga, parent tolong segera buat repot. Jangan tangguh. Terutamanya jika ada cecair melekat. DNA adalah data penting dalam kes pedo. Kalau berlaku malam, malam tu jugalah pergi balai tanpa tukar pakaian.
Alhamdulilah. Anak aku tak trauma. Dia ok sahaja. Boleh bercerita penuh. Boleh beri kerjasama baik dengan pegawai penyiasat.
Semoga Allah selamatkan kita dan keluarga dari segala bahaya dan malapetala serta perbuatan orang2 gila.
Oleh Hafiz Mustafa
🚨 BREAKING: Najib Razak has been found guilty on all four abuse-of-power charges and all 21 money-laundering charges in the RM2.3 billion 1MDB–Tanore trial, ending more than six years of proceedings.
Bak kata @AymanRashdanW, kita ada dua pilihan:
1. Layan dia macam penjenayah perang. Turun kapal terbang je, kita bagi layanan ala kadar. Tak ada karpet merah bagai.
2. Kita buat macam cara kita sambut ketua negara.
Kita kecam Amerika dalam isu Gaza, tapi kita masih ada hubungan diplomatik.
Bentang karpet merah sebahagian daripada protokol menyambut ketua negara asing.
Kalau kita buat cara pertama, kita dapat tonjolkan pendirian kita. Negara lain dan media asing mungkin puji kita untuk beberapa hari.
Tapi kesannya, Trump bad mood dari pagi sampai malam. Trump seorang yg ego. Orang ego tak rasa diri bersalah. Tegur macam mana pun, dia akan rasa orang nak jatuhkan dia, nak rosakkan hidup dia.
Macam-macam cara dia boleh "hukum" Malaysia, malah ASEAN sekali.
Dan adakah negara asing akan tolong kita masa tu?
Kita mungkin rasa puas sebab dapat tonjolkan pendirian, tapi adakah nasib rakyat Gaza akan berubah? Adakah kita dapat persetujuan negara ASEAN lain untuk buat benda itu?
Kalau kita sambut cara kedua, kita buat Trump gembira walaupun tak berprinsip bagi sesetengah orang. Malaysia dan ASEAN nampak cantik di mata dia.
Tak jamin dapat pelbagai manfaat. Tapi paling tidak takkan dapat layanan tak munasabah.
Semua orang tak suka Trump. Tapi kena fikir kepentingan yg lebih besar.
It’s not about “rejecting properly” it’s about “handling rejection properly.”
Also, membaca itu amalan mulia.
Dalam article ada tulis "We were told that he confessed to her the night before and got mad when she didn't feel the same way," the student added.
How do some people end up blaming the victim???? Rest in peace.
Mohd Chan Abdullah, founder of the popular halal Chinese restaurant chain Restoran Mohd Chan, has been laid to rest today at Bukit Kiara 2.
He passed away last night at the age of 72.
Known for serving halal Cantonese cuisine and operating 18 branches mainly in the Klang Valley, he also served as an Honorary Officer of the Federal Territories Civil Defence Force.