26 | Keeping updated with everyday issues | Also tweets on urban planning thingy (not urban legend) even though he's not a science student anymore | #YNWA
Bukan sekadar melarang, tetapi menutup kebocoran subsidi.
Bermula 1 Mac 2026, lebih 3 juta warga asing tidak lagi dibenarkan membeli minyak masak peket bersubsidi RM2.50.
Suka dengar penerangan dan keputusan Menteri KDN, Datuk Seri Armizan Ali.
Benda baik kita sokong. Sebelum ini berlaku pembelian pukal oleh pihak tidak layak hingga stok cepat habis dan warganegara terpaksa membeli pada harga lebih mahal.
Pendekatan yang disertakan penguatkuasaan di peringkat peruncitan, SOP KPDN dan pemantauan eCOSS bagi menutup ketirisan dari pengeluar hingga peruncit.
Punyalah banyak gila orang ambik dan bagi rasuah kat Malaysia ni.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM umum berjaya rampas aset dan harta berkaitan Rasuah sepanjang tahun lepas bernilai RM 8.5 Bilion.
Kepada tak faham betapa banyaknya RM 8.5 Bilion ni
RM 8.5 Bilion kalau digunakan buat Hospital boleh bina 8 buah hospital besar yang baru dan naik taraf 10 hospital daerah
Kalau guna untuk sekolah. RM 8.5 Bilion boleh upgrade 2,000 buah sekolah dan tambah 50 buah sekolah baru
Kalau untuk Pertahanan. Tentera Malaysia boleh dapat tambahan Batch Kedua LCA FA-50, Atau 6 lagi buah LCS TLDM atau 2 Bateri lengkap Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana MERAD berserta Radar
Sebab tu Rasuah ke ketirisan ni bahaya untuk Negara. Belajar dari sejarah berapa banyak Tamadun dan Empayar tumbang kerana Rasuah dan Ketirisan. Teruskan bekerja pegawai dan anggota SPRM . Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian semua
Tahu dah kenapa kita susah nak maju? Sentiasa mencari salah, sentiasa merungut, daripada mencari cara untuk majukan generasi kita sendiri. Akhirnya, duduk di takuk yang sama. Kemudian, takut dengan bayang-bayang sendiri kata orang nak ambil alih, nak jatuhkan kita😄
Sementara US duk sibuk nak ambik Greenland
Huru hara berlaku di Minnesota di mana mereka mengadakan protes besar besaran membantah tindakan Jabatan Kastam dan Imigresen ICE US memburu mereka yang menentang operasi ICE di sana
Seramai 50,000 orang menghadiri protes ini
Alasan common yg tak bersetuju aku jumpa bila cakap ttg Ujian Diagnostik Tahun 1 adalah,
"Kesian kat anak takut orang mengata bila tak pass".
What kind of mentality is this?
Kau as parents, boleh tahu lah kecerdikan anak kau mcm mana, unless kau ignorant parents. Kalau rasa anak pandai gila, go try for it. Pass Alhamdulillah, tak pass, follow pace org awam yg lahir tahun sama tu.
Duk fikir org mengata ni, hidup takkan maju. Weak mentality.
Bro lupa agaknya, masa dia jadi Menteri KBS zaman PH 1.0, dialah paling beria nk pushkan had umur mengundi. Hence, dia buat Undi18. Dengan alasan negara2 maju dah buat camni.
Skrg bila KPM dan Kerajaan nk buat benda yang sama utk kebaikan anak2, dia pulak merentan. The irony 😂
📍🟡 "Kalau kanak-kanak tak lepas ujian diagnostik, they will be punished. Hukumannya bukan setakat mereka lambat masuk darjah 1, selama-lamanya sampai sekolah rendah ke sekolah menengah, mereka akan satu tahun belakang daripada kawan-kawan lain."
📌 Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq mendesak kerajaan supaya tidak teruskan dengan cadangan kemasukan murid ke Darjah 1 pada usia lebih awal, iaitu 6 tahun.
📌 Terdahulu pada 20 Januari, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah meluncurkan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035. Antara inisiatif yang diumumkan adalah pendidikan prasekolah akan bermula usia 5 tahun manakala pendidikan Darjah 1 akan bermula usia 6 tahun mulai tahun 2027.
📌 Bagaimanapun, kemasukan awal ini adalah secara sukarela dan belum diwajibkan. Kanak-kanak berusia 6 tahun yang didaftar untuk masuk Darjah 1 turut perlu menjalani ujian diagnostik bagi menilai keupayaan psikoemosi, kemahiran tertentu dan tahap kesediaan mereka.
Tak faham apa isu lambat setahun daripada kawan-kawan sebaya. Nanti masuk peringkat tertiari ada yang ambil STPM 2 tahun, matriks 1 tahun, diploma 3 tahun ikut haluan dan sasaran masing-masing. Tetap sama juga. Tak ada budak darjah 1 yang peduli sangat siapa kawan-kawan diorang dekat sekolah rendah terutamanya yang dari tadika sebab bukan semua keluar tadika masuk sekolah yang sama. Anak aku contohnya masuk sekolah takde siapa pun yang dia kenal daripada tadika. Banyak benda lain boleh bangkitkan, not this one. Kalau kawen cepat sikit dengan Bella mungkin Syed Saddiq akan faham bila dah ada anak masuk sekolah nanti.