🩸Permintaan kumpulan darah O semakin meningkat, kami menyeru kepada para penderma darah yang sudah cukup tempoh untuk tampil menderma darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah di setiap negeri.
Kehadiran anda amatlah kami hargai dalam membantu Pusat Darah Negara dan Tabung Darah di Negeri untuk mengekalkan stok darah di tahap yang optimum.
Teruskan menderma darah secara berkala bagi memastikan keperluan pesakit sentiasa berterusan.
Sila layari laman sesawang https://t.co/NJdzKsMtvw untuk mengetahui jadual terkini aktiviti kutipan darah oleh PDN.
Orang ramai juga boleh menghubungi pusat kutipan darah yang berhampiran untuk maklumat lanjut.
"JADILAH ADIWIRA DERMA DARAH"
"Darah Tak Pernah Cuti"