ENGGANG & PIPIT
(Real politics di Malaysia)
Dah selesai cerita PM6 pindah penjara. Dari Kajang ke Langgak Duta.
Dari penjara dengan marhein ke mahligai bersama keluarga.
Buat kita faham real politics dalam negara.
Idealis susah nak ke mana.
Kena terima Titah Pengampunan Diraja itu berkuasa.
Kita set2 pipit ni nak buat apa?
Enggang menguasai negara.
Sekarang kita nanti antics2 seterusnya.
It won’t stop there.
There will be more to come.
****************
Satu lagi real politics yang kita kena hadam.
Update polemik di N9.
Baca di akhbar kenyataan MB Ismail Lasim bahawa dia takkan benarkan DUN automatik terbubar selepas 6 bulan. Dia akan buat sidang DUN hujung November ini. 2/3 minggu lagi.
Isunya nak buat sidang DUN kena dapat perkenan Yamtuan dan Undang.
Isunya juga MB & Kerajaan Negeri dah iktiraf Yamtuan baru. Siap hantar surat ke Majlis Raja2.
Namun setakat ini MRR tidak layan dan tiada apa2 kenyataan.
Nak kuatkuasa pun tak boleh. Warta tak boleh dibuat kerana pendirian Jabatan Peguam Negara, penasihat kepada YDPA dan Kerajaan, dokumen itu tidak berperlembagaan.
Makanya, bagaimana MB Ismail nak mintak perkenaan kepada Yamtuan baru mereka?
Takkan nak buldoze sahaja?
Minggu ini kita dah dengar bunyi u-turn.
Bila MB kata dia akan mengadap DYMM Tuanku Muhriz untuk dapat perkenan.
Namun yang paling glaring, surat ke MRR ini.
Afdal dah MB tarik balik.
Janggal untuk Yamtuan bagi perkenaan, kalau yang minta perkenan pun tak iktiraf dia Raja di N9.
Real politics yang UMNO N9 kena hadap.
Enggang tu terbang di kayangan.
Kita yang pipit ni kalau dah salah masuk laluan,
jangan la kuat sangat melawan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
BERBAUR IKAN
Ramai sudah peguam dan akvitis yang bersuara tentang Perintah Mahkamah Tahanan Rumah Dato’ Seri Najib.
Peguam2 yang memula dulu membantai AG, sekarang sudah mula beri komen betapa teruknya Perintah tersebut. Ayat caca marba, silang rujukan seksyen takde kena mengena. Nama pesalah pun berterabur.
Kita ni isi borang pejabat Kerajaan “binti” dengan “bte”, “mohd” dan “mohammad” pun mereka berkira. Ini kan pula perintah mahkamah bagi kes yang mendapat perhatian dunia.
Bukan tujuan untuk menambah garam di luka, tetapi sebab terlampau berbaur ikan (fishy), sis terpaksa tunjukkan.
Cer tengok Perintah ini.
Ada tertera Perintah Tahanan Rumah ini punya lampiran. Lampiran syarat2 tahanan rumah. Yang kita pun tak tahu lagi apa isinya.
Namun yang lebih berbaur ikan, seperti yang sis dah tolong highglight di bawah, dalam kotak merah.
Kalau DS Najib langgar syarat Tahanan Rumah, Perintah ini jadi terbatal. Maka dia kena masuk balik penjara atau mana2 tempat yang ditetapkan oleh Komissioner Jeneral Penjara… ATAU
Wait for it…
Tetiba ada klausa, dia boleh TINGGAL SAHAJA di rumah Langgak Duta.
Apa ke bendanya ni?
Bukankah Titah Tuanku, kalau langgar syarat Tahanan Rumah, DS Najib kena pulang ke penjara? Apasal pula Perintah ni bagi opsyen dia stay di rumah?
Tengokkan akai pembuat draf Perintah ini. Punya berbelit.
Memang patut AG hold dulu hari Jumaat lepas. Punya banyak kesalahan. Sama ada sengaja atau tidak disengajakan.
Saya harap AG persembahkan dan dedahkan kepada Tuanku YDPA, siapa sebenarnya bersekongkol memanipulasi Titah tuanku untuk tekak sendiri.
Ini kesalahan sangat blatant, mempermainkan Titah Tuanku dan cuba buldoze melalui Perintah di Mahkamah.
Pohon UMNO dan PAS buat laporan polis lagi se-antero Malaya. Ini lagi glaring derhakanya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
LEPAS SERTA MERTA
Di bawah ini ialah Perintah Mahkamah untuk pelepasan DS Najib Razak semalam.
Pertikaian timbul dengan perkataan
“discharge… fothwith” dalam Perintah tersebut.
Dalam bahasa undang-undang, ini bermakna dilepaskan serta merta. Implikasinya pesalah sudah terus bebas.
Walhal Perintah Pengampunan YDPA hanya memberikan pengampunan secara Tahanan Rumah BUKAN pengampunan penuh.
Saya baca Titah Tuanku. Baginda betul dengan mengatakan tiada keraguan/ ambiguity dalam Perintah Pengampunan Baginda.
Yang menjadi isu, Perintah Mahkamah itu, perlu penjelasan lanjut.
Hakikatnya, ini pertama kali dalam sejarah negara seorang pesalah mendapat pengampunan Di-Raja melalui tahanan rumah. Kita tiada Akta atau peruntukan undang2 Tahanan Rumah sebagaimana negara lain.
Prosedurnya pun samar2. Makanya teething problem itu given…
***************
Saya difahamkan semalam, selepas Peguam DS Najib membayar RM50juta di Mahkamah, mereka dapat Perintah ini. Secara ex parte, sebelah pihak. Tiada wakil AGC.
Jadi bila ada pertikaian, dan memerlukan penjelasan. Sebab hari Jumaat semalam, dan cuti am Deepavali, cuma hari Selasa sahaja, AGC boleh ke Mahkamah. Untuk cuba dapatkan perintah secara jelas dan teratur. Itu lebih afdal dan bagus.
Let us be reminded, saga 1MDB/ SRC ini ialah kes Kleptokrasi terteruk dalam sejarah dunia. Apa sahaja tindakan Malaysia, dunia perhatikan.
Lepas dan bebas (discharge forthwith) ini sangat besar kesannya.
Maksudnya dia lepas bebas sudah bukan lagi banduan. A free man.
Berbanding kalau masih dalam tahanan, banyak kekangan.
Dan terkait dengan kes 1MDB pula. Kalau sudah lepas dan bebas untuk SRC, bagaimana pula dengan hukuman 15 tahun penjara 1MDB? Sebab arahan Mahkamah ia perlu berjalan back-to-back.
Banyak lagi pertikaian dan penjelasan perlu dibuat. Saya tak rasa pegawai AGC dan Jabatan Penjara sengaja nak langgar semuanya.
Mereka perlu jalankan kerja mereka. Dalam kerangka undang-undang yang ada.
Kita doakan sahaja semuanya dapat diselesaikan secara cermat.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
दुनिया में सिर्फ 50 से भी कम पायलट हैं जिन्हें यहाँ प्लेन उतारने की इजाज़त है और वजह देखकर रोंगटे खड़े हो जाएंगे!
ये है भूटान का पारो एयरपोर्ट न कोई ऑटोपायलट न राडार गाइडेंस रनवे तब तक नहीं दिखता जब तक विमान 18,000 फीट ऊंचे पहाड़ों के बिल्कुल करीब न आ जाए। एक सेकंड की चूक और खेल खत्म!
बताइए क्या आप कभी इस एयरपोर्ट पर फ्लाइट से उतरना चाहेंगे?
Not all airlines offer the same experience.
Some deliver luxury, others offer great value, and some are simply perfect for budget travel.
Here's how different airlines rank by overall experience.
Which airline would you choose for your next flight? 👇
While having fun on a boat, a man's phone fell into the sea when he wanted to record a video. The footage recorded by the phone at the bottom of the sea, however, drew attention.