Saham Zetrix lebur hampir 90%. Ramai sibuk bercakap tentang syarikat itu.
Saya pula pelik kerana tiada siapa bercakap tentang siapa yang memegang sahamnya.
Dalam senarai pemegang saham itu ada KWSP, ada KWAP, ada institusi milik rakyat.
Bila saya semak satu lagi nama, cerita ini pusing balik ke tempat yang kita semua kenal.
Saya kira sendiri berdasarkan pendedahan terakhir yang ada. Angkanya ratusan juta. Ini duit pencarum, duit pesara, duit pendeposit.
Kalau setiap hari boleh menjerit pasal sakau, kenapa sampai sekarang tiada siapa umumkan berapa wang rakyat yang sudah hangus? Dan ada satu soalan yang lebih besar, tentang projek kerajaan yang masih bergantung pada syarikat ini.
Tonton episod penuh Yang Berhenti Menteri #68 di https://t.co/FHWjUWDN8F
Kalau masuk bab2 membongkar penyelewengan, kena tanya yang pakar.
Kalau setakat bagi jawapan macam tu kepada Ahli-Ahli Parlimen lain, memanglah kena tapau gitu-gitu je. Apa lagi Hulu Terengganu.
Tunggu pakcik @rafiziramli review dan ulas nanti ok. ๐คญ
*Aku Dulu & Sekarang*
Dulu aku berani berdebat demi kebenaran,
Aku merasa setiap hal harus dijelaskan,
Setiap kesalahfahaman harus diluruskan,
Tapi sekarang aku lebih memilih diam,
Bukan kerana aku kalah,
Bukan juga kerana aku tidak punya jawapan,
Aku hanya sedar,
Tidak semua orang layak untuk dijelaskan,
Terutama mereka yang sudah merasakan diri mereka yang paling benar,
Bahkan sebelum mau mendengar.....
๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐ฉ๐๐๐ช ๐ฃ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ฃ๐๐ก ๐ฃ๐ ๐ซ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง.
๐ฉ๐๐ฅ๐๐๐๐ง: ๐ ๐๐๐๐ ๐๐จ๐ก๐๐๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐ง๐๐๐๐๐ข
Hari ini PMX jawab soalan mengenai mafia korporat di Dewan Rakyat.
Untuk pengetahuan orang ramai, soalan-soalan itu dipilih sendiri oleh Perdana Menteri. Dia pilih soalan-soalan yang dia nak jawab. Ada waktunya soalan-soalan itu diberikan kepada ahli parlimen backbenchers untuk ditanyakan.
Saya telah mendengar sepenuhnya jawapan Datoโ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mengenai mafia korporat, termasuk tuduhan bahawa R Ramanan (Menteri Sumber Manusia dan Naib Presiden PKR) telah menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk menyelesaikan masalah mafia korporat.
Jadi ini review saya:
Ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengenai tuduhan ke atas R. Ramanan itu, Perdana Menteri menyebut di Parlimen bahawa menteri terbabit telah mengambil tindakan undang-undang.
Saya ingin mengesahkan bahawa sehingga sekarang, saya belum menerima apa-apa writ saman dari R. Ramanan.
Jika Datoโ Seri Anwar merujuk kepada tindakan saman yang bakal diambil oleh R. Ramanan, saya mengalu-alukannya dan bersedia membentangkan bukti yang saya ada di mahkamah.
Tetapi jika Datoโ Seri Anwar merujuk bahawa tindakan saman telah diambil kerana tuduhan itu hanya โsatu kenyataan politik yang tidak disertakan buktiโ, beliau perlu lebih berhati-hati kerana setakat ini, tiada tindakan saman diambil.
Kenyataan beliau di Dewan Rakyat pada hari ini boleh diertikan sebagai mengesahkan tindakan saman telah diambil; dan itu adalah satu pembohongan di Dewan Rakyat.
Review saya:
Jawapan-jawapan beliau mengenai mafia korporat dan siasatan yang telah diambil juga berpusing-pusing.
Di awal jawapan beliau, Datoโ Seri Anwar Ibrahim menerangkan mengenai jenayah-jenayah korporat yang telah berlaku di masa lalu untuk memberi gambaran ia bukan perkara baru.
Jawapan beliau itu cuba mengelak dan menyembunyikan kontroversi sebenar mengenai mafia korporat.
Skandal mafia korporat merujuk kepada pendedahan-pendedahan bahawa ada kumpulan di agensi penguatkuasaan iaitu SPRM dan PDRM yang dituduh bersekongkol dengan sekumpulan ahli perniagaan untuk mengugut ahli-ahli perniagaan lain menyerahkan syarikat-syarikat mereka.
Ini satu bentuk salah guna kuasa yang kita belum dengar sebelum ini, apatah lagi ada watak-watak yang dituduh menggunakan kaedah ini untuk mencuci wang haram dari kegiatan jenayah (yang sering dikaitkan dengan kongsi gelap).
Tuduhan mengenai mafia korporat ini adalah luar biasa kerana ia mempersoalkan sama ada kumpulan jenayah haram telah menyusupi agensi penguatkuasaan.
Laporan-laporan mengenai mafia korporat disusuli dengan beberapa pendedahan lain, seperti:
1. Laporan pemilikan saham oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, yang jumlahnya telah melanggar peraturan penjawat awam. Sebahagian saham itu adalah di dalam syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat.
2. Pemilikan saham oleh Farhash Wafa Salvador di dalam beberapa syarikat yang dikaitkan dengan Victor Chin dan mafia korporat.
3. Perebutan saham di dalam NexG Berhad yang menyebabkan Victor Chin melarikan diri ke luar negara dan membuat pendedahan susulan mengenai mafia korporat.
4. Tuduhan bahawa Victor Chin memberi suapan RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat. R Ramanan telah dikenal pasti sebagai ahli parlimen itu dan beliau tidak memfailkan saman sehingga hari ini.
5. Watak bernama Mr R yang menjadi pengantara dalam perebutan saham syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat telah dikenal pasti sebagai Ruben, iaitu peguam kepada Farhash Wafa Salvador.
Persoalan pokok mengenai mafia korporat tidak disentuh atau dijawab langsung oleh Datoโ Seri Anwar di Parlimen hari ini.
Sebaliknya, beliau memberikan jawapan yang berpusing-pusing, seolah-olah ingin mengelirukan orang ramai bahawa kontroversi mafia korporat itu adalah jenayah-jenayah kolar putih.
Final verdict:
Macam saya cakap la, macam kunafa kurang pistachio. Lepas makan darah tinggi naik dan kepala berpusing-pusing.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
20 Oktober 2026
๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ ๐๐ช๐๐ ๐๐๐ก ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ง๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ญ๐๐ง๐ฅ๐๐ซ
BERSAMA ingin menarik perhatian umum kepada krisis kewangan yang sedang melanda Zetrix AI Berhad (dahulunya MyEG Services Berhad) sedangkan ia sebuah syarikat berkepentingan awam yang mempunyai kesan besar kepada keselamatan negara.
Setakat ini, perbincangan mengenai Zetrix AI Berhad hanya berlegar dikalangan pelabur di Bursa Kuala Lumpur akibat kejatuhan harga sahamnya secara mendadak.
Tidak ada lagi ahli parlimen atau parti politik yang memberi tumpuan mengenai implikasi kejatuhan saham Zetrix kepada kepentingan awam.
Mengikut pelaporan kewangan Zetrix sendiri, harga penutup sahamnya pada 1 April 2026 adalah 75.5 sen sesaham. Pada 19 Oktober 2026, harga sahamnya telah jatuh kepada 5 sen sesaham, iaitu penyusutan mendadak sebanyak 93.4% dalam tempoh enam bulan (terutamanya kejatuhan yang bermula pada 28 Ogos 2026).
Berdasarkan maklumat awam yang diperolehi dari laporan-laporan kewangan yang boleh diakses orang ramai, berikut ialah jumlah pegangan saham Zetrix oleh dana-dana awam:
๐๐ช๐ฆ๐ฃ
Jumlah saham Zetrix: 67,674,000
Maklumat setakat: 1 April 2026
๐๐ช๐๐ฃ
Jumlah saham Zetrix: 390,090,000
Maklumat setakat: 2 Oktober 2025
๐จ๐ฟ๐๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ฑ๐ป ๐๐ต๐ฑ (๐จ๐๐ฆ๐)
Jumlah saham Zetrix: 211,507,500
Maklumat setakat: 1 April 2026
Maklumat terkini pegangan dana-dana awam di dalam Zetrix tidak diketahui kerana ia tidak dilaporkan sehinggalah Laporan Tahun Zetrix bagi tahun kewangan 2026 dimuktamadkan.
Walau bagaimana pun, berdasarkan maklumat pegangan setakat Oktober 2025 dan April 2026, jumlah saham yang dipegang oleh ketiga-tiga dana awam ini adalah begitu besar.
Sekiranya ketiga-tiga dana awam ini masih memegang saham Zetrix ketika kejatuhan mendadak berlaku pada 28 Ogos 2026, besar kemungkinan mereka terlepas peluang untuk menghadkan kerugian dan terpaksa terus memegang hingga sekarang.
Jika ini berlaku, dana-dana awam KWSP, KWAP dan UJSB berdepan dengan potensi kerugian sebanyak RM472 juta (pada kerugian 70.5 sen setiap saham).
Krisis kewangan yang melibatkan Zetrix ini melangkaui soal kerugian dana awam semata-mata.
Sejak sebulan yang lalu, selain dari kegagalan membayar kutipan hasil kerajaan kepada JPJ sebanyak RM314 juta, Zetrix terus berdepan dengan masalah aliran tunai. Terbaru ialah pelanggaran syarat sukuk RM2 bilion terbitan Zetrix, yang sehingga kini masih belum diselesaikan.
Umum mengetahui bahawa HeiTech Padu Berhad telah dianugerahkan kontrak bernilai RM1.05 bilion untuk membangunkan sebuah sistem imigresen bersepadu negara (NIISe).
Semasa HeiTech Padu memenangi kontrak ini dalam tahun 2024, dua pemegang saham terbesarnya ialah Rosetta Partners Sdn Bhd (yang dikuasai bersama oleh DYMM Sultan Kelantan dan Farhash Wafa Salvador) dan Zetrix AI Berhad (sebelum itu dikenali sebagai MyEG Services Berhad).
HeiTech Padu juga mengumumkan bahawa Zetrix adalah rakan teknologi yang akan bersama-sama membangunkan teknologi yang digunakan NIISe.
Walau bagaimana pun, ekoran krisis kewangan yang melanda Zetrix, pada 2 September 2026 Zetrix telah menjual keseluruhan 16.9% pegangan di dalam HeiTech Padu, yang menimbulkan persoalan mengenai peranan Zetrix sebagai penyedia teknologi kepada projek NIISe ini.
Berdasarkan perkembangan-perkembangan ini, saya berpandangan pentadbiran Madani, terutamanya Datoโ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan, tidak lagi berdiam diri dan berharap isu ini tidak disedari rakyat.
Sebagai jaguh tata kelola negara, rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Datoโ Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan perkara-perkara berikut:
1. Berapa jumlah saham yang dipegang oleh GLIC (KWSP, KWAP dan UJSB) dan GLC (Maybank, CIMB dan lain-lain) pada 1 April 2026, untuk menunjukkan keterdedahan dana awam kepada krisis kewangan yang dihadapi Zetrix?
2. Berapa jumlah saham yang masih dipegang pada 20 Oktober 2026 dan berapa jumlah kerugian dana awam melalui GLIC dan GLC akibat krisis Zetrix ini? Berapa kerugian atas kertas (bagi saham-saham yang masih dipegang) dan berapa kerugian yang telah ditanggung (bagi saham-saham yang telah dijual antara 1 April 2026 hingga 20 Oktober 2026, berbanding harga pembelian asal)?
3. Syarikat mana yang menjadi pembekal teknologi kepada projek NIISe apabila Zetrix telah melupuskan pegangan di dalam HeiTech Padu dan apa kesannya kepada pelaksanaan projek bertaraf keselamatan nasional itu?
Kejatuhan Zetrix membuka pekung kroni kapitalisme yang masih segar di bawah pentadbiran Datoโ Seri Anwar Ibrahim.
Saya akan memberi tumpuan kepada perkara ini sehinggalah rakyat mendapat jawapan yang memuaskan dan mereka yang terlibat disiasat; seperti mana saya memberi tumpuan kepada skandal-skandal kewangan dana awam yang terdahulu di bawah pentadbiran UMNO (1MDB, Tabung Haji, FELDA, MARA, NFC).
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Kenyataan media penuh boleh diakses di laman web BERSAMA:
https://t.co/A1JHXvHdRy
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
20 Oktober 2026
๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ก, ๐๐๐ช๐๐ฃ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ก๐-๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ก๐
Saya telah mendengar sepenuhnya jawapan Datoโ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mengenai mafia korporat, termasuk tuduhan bahawa R Ramanan (Menteri Sumber Manusia dan Naib Presiden PKR) telah menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk menyelesaikan masalah mafia korporat.
Ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengenai tuduhan ke atas R. Ramanan itu, Perdana Menteri menyebut di Parlimen bahawa menteri terbabit telah mengambil tindakan undang-undang.
Saya ingin mengesahkan bahawa sehingga sekarang, saya belum menerima apa-apa writ saman dari R. Ramanan.
Jika Datoโ Seri Anwar merujuk kepada tindakan saman yang bakal diambil oleh R. Ramanan, saya mengalu-alukannya dan bersedia membentangkan bukti yang saya ada di mahkamah.
Tetapi jika Datoโ Seri Anwar merujuk bahawa tindakan saman telah diambil kerana tuduhan itu hanya โsatu kenyataan politik yang tidak disertakan buktiโ, beliau perlu lebih berhati-hati kerana setakat ini, tiada tindakan saman diambil.
Kenyataan beliau di Dewan Rakyat pada hari ini boleh diertikan sebagai mengesahkan tindakan saman telah diambil; dan itu adalah satu pembohongan di Dewan Rakyat.
Jawapan-jawapan beliau mengenai mafia korporat dan siasatan yang telah diambil juga berpusing-pusing.
Di awal jawapan beliau, Datoโ Seri Anwar Ibrahim menerangkan mengenai jenayah-jenayah korporat yang telah berlaku di masa lalu untuk memberi gambaran ia bukan perkara baru.
Jawapan beliau itu cuba mengelak dan menyembunyikan kontroversi sebenar mengenai mafia korporat.
Skandal mafia korporat merujuk kepada pendedahan-pendedahan bahawa ada kumpulan di agensi penguatkuasaan iaitu SPRM dan PDRM yang dituduh bersekongkol dengan sekumpulan ahli perniagaan untuk mengugut ahli-ahli perniagaan lain menyerahkan syarikat-syarikat mereka.
Ini satu bentuk salah guna kuasa yang kita belum dengar sebelum ini, apatah lagi ada watak-watak yang dituduh menggunakan kaedah ini untuk mencuci wang haram dari kegiatan jenayah (yang sering dikaitkan dengan kongsi gelap).
Tuduhan mengenai mafia korporat ini adalah luar biasa kerana ia mempersoalkan sama ada kumpulan jenayah haram telah menyusupi agensi penguatkuasaan.
Laporan-laporan mengenai mafia korporat disusuli dengan beberapa pendedahan lain, seperti:
1) Laporan pemilikan saham oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, yang jumlahnya telah melanggar peraturan penjawat awam. Sebahagian saham itu adalah di dalam syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat.
2) Pemilikan saham oleh Farhash Wafa Salvador di dalam beberapa syarikat yang dikaitkan dengan Victor Chin dan mafia korporat.
3) Perebutan saham di dalam NexG Berhad yang menyebabkan Victor Chin melarikan diri ke luar negara dan membuat pendedahan susulan mengenai mafia korporat.
4) Tuduhan bahawa Victor Chin memberi suapan RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat. R Ramanan telah dikenal pasti sebagai ahli parlimen itu dan beliau tidak memfailkan saman sehingga hari ini.
5) Watak bernama Mr R yang menjadi pengantara dalam perebutan saham syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat telah dikenal pasti sebagai Ruben, iaitu peguam kepada Farhash Wafa Salvador.
Persoalan pokok mengenai mafia korporat tidak disentuh atau dijawab langsung oleh Datoโ Seri Anwar di Parlimen hari ini.
Sebaliknya, beliau memberikan jawapan yang berpusing-pusing, seolah-olah ingin mengelirukan orang ramai bahawa kontroversi mafia korporat itu adalah jenayah-jenayah kolar putih.
Saya akan terus menjawab beberapa lagi perkara yang disentuh dan tidak disentuh oleh Datoโ Seri Anwar mengenai mafia korporat, melalui kenyataan media, ceramah dan podcast secara berterusan.
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Farhash beli saham HeiTech Padu melalui Rosetta Partners. Lima hari sebelum itu, MyEG Capital juga membeli saham syarikat yang sama. Kemudian, HeiTech Padu mendapat kontrak RM1 bilion.
Bila diteliti pegangan saham dan kedudukan mereka, kaitan Farhash dan TS Wong bukan setakat di HeiTech Padu. Nama yang sama turut muncul di Excel Force MSC dan Cuscapi.
Sebab itu kita perlu melihat keseluruhan kaitan ini. Siapa pemegang sahamnya, bila saham dibeli dan bagaimana syarikat yang berkaitan mendapat peranan dalam projek kerajaan.
Takkan setiap kali perkara ini dibangkitkan, jawapannya semua kebetulan?
Farhash beli saham, kebetulan.
MyEG Capital beli saham syarikat yang sama selang lima hari, kebetulan.
Syarikat itu kemudian mendapat kontrak RM1 bilion, pun kebetulan?
Kalau perkara yang sama berlaku di bawah UMNO, tentu sudah kecoh soal kroni. Takkan apabila berlaku di bawah pentadbiran sekarang, kita tak boleh bertanya?
Ukuran ketelusan mesti sama, siapa pun yang memerintah. Persoalan tentang kontrak kerajaan dan kaitan pemegang saham perlu dijawab dengan jelas.
Rakyat berhak tahu. Jelaskan kaitan ini supaya rakyat boleh menilai sendiri.
Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 68 di saluran YouTube saya.
What Nik Nazmi did was wrong. Letโs not try to justify it.
At the same time, it is also clear that the govt is pulling a lot of strings to get all the dirt on him exposed, clearly political assassination.
Two things can be true.
Terima kasih Rafizi kerana PH dapat jadi blok terbesar sehingga berjaya menjadikan Bang Non PMX. Bang Non yang hilang punca setelah kekalahan teruk di Sabah, Melaka dan Johor. Kemudian bersama Izzah menjemput Rafizi untuk membantu kerana PRU15 tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Hebat dan bagusnya Rafizi terus laksanakan visi Ayuh Malaysia dengan slogan โBina Semula Negaraโ. Naik lori keliling semenanjung berkempen memulihkan kepercayaan rakyat terutama yang atas pagar, kenapa perlu memilih PH.
Nak harap Ramanan? Saifuddin? Fuziah? Adam Adli? Membontoti pemimpin pandai la. ๐คฃ
Hari2 tunjuk bodoh tak letih ke Sojar botak? ๐คฃ
Laporan polis terhadap SPRM terkait Mafia Korporat (Azam Baki) pun polis kata takde keterlibatan. ๐คฃ Kau sembang nak suruh lapor polis pasal 9.5 juta tu? Patutnya kau suruh Ramanan tu saman Rafizi. Beriya dia cabar nak saman sape2 yang kaitkan dia dengan 9.5 juta kepada Viktor Chin. Tapi sampai sekarang sonyap.
Lagi satu, kau dah tengok ke video yang @rafiziramli sebut nama Ramanan bayar RM9.5 juta pada Viktor Chin? Yang kau tuduh Rafizi takut tak sebut nama bimbang disaman? ๐คฃ Kau memang bodoj botak!
Kita ada macam2 kategori pentaksub politik.
Macam2 nama diberikan: walaun, walajib, walanon.
Yang saya paling suka ialah satu kategori baru: WALATAK
Bukan walaโ kepada botak.
Walaโ kepada otak ๐คฃ
Walaupun kita tengah berdepan cabaran, pasukan dasar kita tidak berehat, kerja analisa Belanjawan 2027 tetap diteruskan. Kenaikan harga minyak dunia hanya $77 sen dah cukup memaksa kerajaan potong bajet atau minta dividen lebih tinggi daripada PETRONAS. #Belanjawan2027#bersama
Just in!
@niknazmi direhatkan selama 3 bulan. Jelas, BERSAMA tidak berkompromi dengan sebarang perlanggaran peraturan.
Walanon dan ceplos, bila pulak nak rehatkan Ramanan? RM9.5 juta yang dibayar kepada Viktor Chin dalam skandal Mafia Korporat sampai sekarang tidak dijawab malam diperam pula. ๐
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
17 Oktober 2026
๐ก๐๐ ๐ก๐๐ญ๐ ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ ๐ง๐๐๐ ๐๐จ๐๐๐ก
Parti BERSAMA Malaysia mengambil maklum kenyataan pengakuan Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung penglibatan beliau dalam satu kes yang tersebar baru-baru ini.
BERSAMA memandang serius perkembangan ini dan berpendirian bahawa setiap isu yang melibatkan kepimpinan serta anggota parti perlu ditangani dengan sewajarnya, demi memelihara integriti, kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap parti.
Sehubungan itu, parti memutuskan untuk merehatkan Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad daripada semua aktiviti rasmi parti selama tiga (3) bulan, berkuat kuasa mulai 20 Oktober 2026 hingga 19 Januari 2027.
BERSAMA berpendirian bahawa keputusan ini adalah perlu dan munasabah, tanpa menafikan segala sumbangan dan komitmen Saudara Nik Nazmi kepada perjuangan BERSAMA sejak parti ini dilancarkan semula pada Mei 2026.
17 Oktober 2026
๐ฆ๐๐๐ธ๐ฟ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ๐ฏ
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
Dulu pun ewww jugak. Sama naik lif ke bilik juga. Tapi kita tak main semua tektik UMNO tu. Berbeza dengan walanon. Tang dia, semua kena qazaf. Tang orang, ewwwโฆ ๐คฃ