@malaymail Criminal offences are generally considered offences against the state and public order, not merely against the individual victim.
Therefore, even if the victim forgives the offender, the authorities must choose to investigate and prosecute.
20 𝘈𝘱𝘳𝘪𝘭 2026
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚
Kami yang bertandatangan di bawah memandang serius laporan-laporan media dan reaksi Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan mengenai cadangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk melaksanakan satu sistem baru yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd bernama TURAP (The Universal Recruitment Advanced Platform).
Cadangan ini telah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan dan antarabangsa.
Menteri Sumber Manusia bukan sahaja mengesahkan bahawa cadangan TURAP sedang dipertimbangkan, malah mempertahankan rekod Bestinet yang mengendalikan sistem sedia ada iaitu Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS).
Pendirian R. Ramanan itu bertentangan dengan penemuan dan keputusan yang dibuat oleh badan-badan semak imbang yang telah meneliti FWCMS, antaranya seperti berikut:
1. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), iaitu badan tertinggi di Parlimen yang menjadi semak imbang kerajaan, telah bersidang sebanyak 8 kali dalam tempoh Disember 2023 hingga Februari 2025 untuk meneliti perihal FWCMS dan Bestinet.
2. Di antara penemuan-penemuan PAC yang diumumkan di dalam laporan bertarikh 6 Mac 2025 adalah:
i.FWCMS beroperasi dan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri walaupun tidak ada kontrak ditandatangani di antara Bestinet dan kerajaan, sejak Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan pada 12 Januari 2018 hingga tarikh SST luput pada 31 Mei 2024, iaitu selama tempoh lebih 6 tahun;
ii. Ada kelemahan kronik di dalam operasi FWCMS bersabit kawalan sistem, iaitu 2 ID pengguna super admin yang tidak dipegang oleh pegawai KESUMA dan 24 pengguna yang tidak sah yang meluluskan permohonan 24 majikan;
iii.Pelaksanaan FWCMS tidak termasuk di dalam senarai projek kerjasama awam swasta (yang membolehkan pendekatan “proof of concept” dan melepasi proses tender terbuka), seperti satu surat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bertarikh 30 Disember 2020.
3.Laporan Ketua Audit Negara 2022 juga telah membuat penemuan- penemuan berikut:
i.Keseluruhan pengurusan FWCMS diklasifikasikan sebagai “tidak memuaskan”;
ii.FWCMS hanya digunakan untuk pengambilan pekerja asing dari Bangladesh sahaja sedangkan ada 15 negara sumber tenaga asing secara keseluruhan;
iii.Kontrak tidak ditandatangan walaupun FWCMS digunakan, menyebabkan hak dan kepentingan kerajaan terjejas;
iv.Risiko salah guna apabila ada 2 ID super admin yang tidak dipegang oleh pegawai KESUMA dan 24 lagi ID pengguna bukan kerajaan yang meluluskan permohonan kuota pekerja asing.
Penemuan-penemuan ini secara jelas menunjukkan isu tata kelola yang kronik mengenai FWCMS dan hubungan kerajaan dengan Bestinet dalam urusan pengambilan pekerja asing.
Maka, kenyataan Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang memberi gambaran seolah-olah prestasi Bestinet dan FWCMS adalah baik sangatlah bertentangan dengan prinsip tata kelola yang diulang-ulang oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan membuat keputusan untuk memuktamadkan perjanjian dengan Bestinet dari 1 Jun 2024 hingga 31 Januari 2031 pada caj RM215 setiap pekerja (berbanding persetujuan asal RM100 setiap pekerja) atas pertimbangan mengelakkan tuntutan Bestinet selama 6 tahun (sebelum perjanjian dimeterai) dibawa ke mahkamah.
Keputusan ini juga dibuat dengan perancangan pelaksanaan National Integrated Immigration System (NIISe) yang dijangka beroperasi tahun 2028 dan membolehkan FWCMS tidak lagi digunakan.
Latar belakang ini penting untuk membolehkan orang ramai faham kenapa cadangan penggunaan satu lagi sistem baru oleh Bestinet (iaitu TURAP) mengundang kemarahan rakyat.
Kami berpandangan keras bahawa:
1. Tidak ada keperluan satu sistem baru diperkenalkan memandangkan kerajaan sepatutnya menggunakan NIISe (yang dilaporkan menelan belanja lebih RM1 bilion) yang dijangka beroperasi dalam 2028;
2.Sistem dan perkhidmatan penting kerajaan yang berkaitan dengan keselamatan negara dan pekerja asing tidak boleh diswastakan melalui kaedah usaha sama awam swasta seperti yang dicadangkan melalui TURAP;
3.Jika pun ada keperluan untuk sistem baru, apa-apa sistem yang hendak diperkenalkan hendaklah mengikut spesifikasi dan keperluan yang ditentukan oleh kerajaan dan seterusnya melalui tender terbuka;
4.Kerajaan tidak boleh mempunyai beberapa sistem yang menguruskan pengambilan pekerja asing beroperasi serentak. Kerajaan telah mengikat perjanjian untuk menggunakan FWCMS sehingga 2031, maka kerajaan tidak boleh memperkenalkan pula satu lagi sistem seperti TURAP yang akan memanjangkan “konsesi monopoli” kepada sebuah syarikat swasta untuk satu lagi tempoh yang panjang, iaitu 12 tahun seperti yang dilaporkan.
Kami menyeru Kementerian Sumber Manusia menumpukan tenaga untuk meneruskan reformasi pasaran kerja seperti yang telah menjadi dasar negara di dalam Kajian Separuh Penggal RMK12 dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Matlamat utama reformasi pasaran kerja yang digariskan di dalam RMK13 ialah menurunkan pergantungan negara kepada pekerja asing, iaitu dengan menurunkan had maksimum jumlah pekerja asing dari 15% (dari jumlah keseluruhan pekerja) dalam RMK12 kepada 10% di akhir RMK13.
Beberapa keputusan penting telah dipersetujui Jemaah Menteri, termasuklah pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) dan Akademi Dalam Industri (ADI) yang bertujuan menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan dan menyediakan kerjaya berkemahiran yang disijilkan.
Tumpuan R. Ramanan sebagai Menteri Sumber Manusia sepatutnya melaksanakan dasar-dasar negara seperti ini dan bukannya memberi fokus untuk mengukuhkan lagi kebergantungan kepada pekerja asing.
𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
Ahli Parlimen Pandan
𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗶𝗸 𝗡𝗮𝘇𝗺𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱
Ahli Parlimen Setiawangsa
𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗪𝗼𝗻𝗴 𝗖𝗵𝗲𝗻
Ahli Parlimen Subang
𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗲 𝗖𝗵𝗲𝗮𝗻 𝗖𝗵𝘂𝗻𝗴
Ahli Parlimen Petaling Jaya
𝗬𝗕 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗥𝗼𝗱𝘇𝗶𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹
Ahli Parlimen Ampang
𝗬𝗕 𝗜𝗿. 𝗧𝘀. 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻
Ahli Parlimen Wangsa Maju
𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗕𝗮𝗸𝗵𝘁𝗶𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗪𝗮𝗻 𝗖𝗵𝗶𝗸
Ahli Parlimen Balik Pulau
𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗶𝗺
Ahli Parlimen Pasir Gudang
𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗮𝘃𝗮𝗻 𝗮/𝗹 𝗦𝘂𝗯𝗿𝗮𝗺𝗮𝗻𝗶𝗮𝗺
Ahli Parlimen Sungai Siput
🚨 A Palestinian mom was shot point blank in her head by IDF soldiers while she was carrying her child.
Retweet and expose Israel if you have a little Humanity left in you.
You wanna know why the James Chai case hits different?
Because this isn't political infighting among elites.
This is the government picking on (to use @JamesJSChai 's own words) a nobody. One of us.
Bring it on.
To all MPs who continue propping up the government, your silence = COMPLICIT with evil.
It's one thing to say you need to keep quiet about the DNAA for Zahid, about the lack of Reformasi, about Anwar being PM/FM, and say this is all necessary compromise.
There is NO EXCUSE for weaponising the state against a regular citizen who served his country.
I hope GE-16 happens sooner rather than later. I'm so sick of this.
This is exactly how you keep young talents out of national service.
Smart. Honest. Serving the country.
(An Oxford grad who took a huge pay cut to serve Malaysia.)
Instead of support, James Chai gets humiliated and dragged through the mud because of politics.
If it can happen to him, it can happen to anyone.
And then we ask why Malaysia keeps bleeding young talent overseas.
Bank Negara Governor Datok Seri Abdul Rasheed Gaffur is at Masjid India Klang for solat Jumaat today. Suddenly all Masjid Committee members who hardly come for Jumaat prayers are around.
Appointment of TS Ahmad Terrirudin to JAC is unacceptable, contrary to good governance
19 November 2025
1. I will be blunt. This appointment of TS Ahmad Terrirudin to the JAC is completely unacceptable, and will undermine confidence in judicial appointments, and consequently the judiciary.
2. The very serious allegations that were made against Terriruddin by former CJ Tengku Maimun remain unresolved until now. Those allegations were contained in the minutes of the JAC, which was leaked out in June 2025 & led to a public outcry.
3. What happened to the investigation or inquiry into the allegations? Or was there any? What is the outcome? Why the silence on this from Anwar & the Govt?
4. It is the pinnacle of bad governance for the PM to appoint this judge to the JAC when such allegations are still hanging over his head.
5. Is the PM counting on the fact that time has passed and people have forgotten about the matter?
6. Further, Terrirudin cannot be appointed to the JAC unless the controversial JAC minutes are published in full, so as to ensure that the full facts are made known to the people. Only then can there be confidence in the role of the JAC & the judiciary. There must be no doubt in the mind of the public as to the suitability of members of the JAC.
7. In fact, it is in the interest of Terriruddin himself that this matter is resolved first before he takes up any appointment.
8. In view of this, the correct thing for the PM to do is to put on hold Terrirudin’s appointment until the following steps are taken.
9. First, the outcome of the investigation or inquiry into the allegations made by the former CJ must be disclosed to the public.
10. Secondly the minutes of the JAC chaired by the former CJ must be released, to allay public concern.
11. Nothing else will do, nothing else will restore confidence in judicial appointments in Malaysia.