Memperkenalkan produk keempat Khairulaming
Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan
Product launch kali ni akan jadi product launch terbesar yang KA pernah buat, jadi nantikan pengumuman seterusnya sepanjang minggu ni. Terima kasih guys for your support selama ni, pejam celik dah 6 tahun kita berniaga bersama 🥹
Tengok PRN Johor dengan Negeri Sembilan, rakyat Malaysia dah lupa dah masa gelap negara kita.
1MDB scandal, TH, Covid19
Berbillion hilang, berbillion dah rugi.
Oh my Malaysia. Aku mampu diam dan melihat. Semoga semuanya baik-baik sahaja
Saya sangat suka dengan cara Nabi ﷺ ajar kita untuk menjadi tenang dengan ketidakpastian.
Nabi ﷺ ajar kita supaya kita kawal apa yang kita mampu, apa yang tidak mampu kawal kita serah kepada Allah.
قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ
Jatuh air mata masa edit video ni. You have no idea betapa bermakna video ramadan ni untuk KA. Yang muda, yang tua, tak kira agama atau bangsa, semua masuk dapur untuk cuba memasak. Terima kasih bagi KA peluang untuk meriahkan ramadan anda semua
Izinkan saya undur diri dahulu, dari tahun lepas lagi belum berehat. Selamat hari raya guyss, maaf zahir dan batin ❤️
Muslim yang baik itu, kehidupannya akan berlegar sekitar waktu solat. Nak keluar rumah, alert waktu solat yang terhampir dan decide akan solat mana.
Mereka akan usaha solat dulu jika lagi 5-10 minit nak azan.
Perempuan pula dah fikir ada tak sempat solat yang selesa nanti dalam perjalanan, nak bawa telekung atau tak dsb.
Walaupun kita pendosa dan masih banyak lakukan maksiat sekalipun, cubalah sedaya-upaya untuk tidak tinggalkan solat.
Itulah satu-satunya penghubung kita dengan Allah. Jangan sampai hilang itu.
Tahun Baru 2026. Mari sama-sama usaha jadi muslim yang lebih baik dan bermanfaat kepada orang lain.
Sentiasa bersyukur atas nikmat diterima. Fokus kepada perkara positif dan bermanfaat. Usaha tambah skill dan ilmu.
Semoga Allah rahmati dan berkati perjalanan hidup kita, Ameen!
🚨 BREAKING: Najib Razak has been found guilty on all four abuse-of-power charges and all 21 money-laundering charges in the RM2.3 billion 1MDB–Tanore trial, ending more than six years of proceedings.
Kita tak hidup lama. Rancanglah akhirat kita sebaiknya.
Kalau susah, susah ni sekejap je. Kalau orang tak sukapun, sekejap je.
Dekat dunia kita ada pilihan. Kanan kiri depan atau belakang.
Tapi di akhirat ada 2 saja. Syurga atau neraka. Kalau tak ke syurga, kemana lagi kita?
Selain FAM, yg paling sedih bg saya adalah benda ni mengaibkan JPN sekali.
Persoalan penting yg perlu dijawab:
Adakah FAM telah beri dokumen palsu kpd JPN yg membuatkan JPN yakin mengeluarkan sijil
Atau
JPN sendiri bersubahat dan tahu
Whichever it is, malunya Malaysia.