One of the scariest punishments in Islam is when Allah stops guiding you. When you're left alone with your own egos & own desires.
No signs hit. No advice feels deep. You scoff at Naseehas. You become numb & you think you're fine.
Yang malas membaca, terus menelan bulat-bulat naratif berita malam.
Akhirnya rakyat pun berpecah bertengkar sesama sendiri, sedangkan permainan sebenar sedang berlaku di depan mata, dengan senyap dan tersusun.
Kredit : Nordin Mat
Aku terbaca satu kisah semalam, tentang seorang lelaki yang meninggal dalam kereta sendiri…gara-gara bergaduh kecil dengan isteri.
Malam tu, brader ni kata jiran dia nampak kereta masih hidup enjinnya.
Dalamnya ada lelaki tu, tertidur di tempat duduk pemandu.
Katanya dia cuma nak rehat sekejap.
"Siang kerja pejabat, malam buat Grab. Penat sangat."
Dia senyum lesu.
Dan itu rupanya senyuman terakhir dia.
Keesokan pagi, jiran tu dapat tahu lelaki tu meninggal dunia akibat keracunan gas ekzos.
Dia tertidur dengan enjin hidup.
Yang paling menyayat hati, isterinya meraung depan rumah, menyesal tak sudah.
Rupanya malam sebelumnya mereka bergaduh.
Isteri merajuk, tak buka pintu, tak jawab mesej.
Suami pula tak nak panjangkan hal, jadi dia duduk dalam kereta depan rumah, mungkin tunggu reda, mungkin nak tenangkan diri.
-Aliff Liv
Tapi dia tak sempat.
Dia pergi begitu saja… dalam sunyi, beberapa meter dari orang yang dia sayang.
Bila aku baca cerita ni, aku terus terdiam.
Sebab aku tahu, ramai lelaki hidup macam tu hari-hari.
Bukan sebab lemah, tapi sebab tak tahu macam mana nak luah.
Bila hidup dah terlalu berat, lelaki akan cari tenang di tempat sunyi, dalam kereta, di mamak, atau dengan kerja lebih masa.
Bukan lari.
Cuma nak bernafas sekejap.
Gambar no.2 tu....
"Kalau cari nafkah pun penat, tak payah jadi suami la."
Ayat tu nampak kecil. Tapi bagi aku, itulah cara fikir yang perlahan-lahan bunuh banyak hati lelaki zaman sekarang.
Lelaki boleh tahan lapar.
Tapi dia tak tahan bila penatnya dipandang remeh.
Ramai isteri tak sedar, bila suami makin diam, bukan cinta yang hilang dulu.
Yang hilang ialah rasa dihargai.
Dan bila rasa tu hilang, hubungan mula retak perlahan-lahan.
Aku bukan nak bela para suami.
Aku cuma nak cakap satu benda, suami pun manusia.
Kalau dia penat, jangan hina.
Kalau dia senyap, jangan biar.
Kadang dia cuma tunggu seseorang faham…
yang dia bukan tak kuat, dia cuma dah terlalu penat nak terus pura-pura kuat.
Menonton Korea Utara mendahului El Salvador 2-0 di #U17WWC sambil memikirkan apake gila Malaysia yang dah belanja lebih RM100 juta sejak 10 tahun lepas untuk pembangunan bola SAHAJA tapi world cup yang ada 48 pasukan ni pun tak boleh layak? Pembangunan tombol pintu apakah itu?
Harini Tabung Haji dah keluarkan senarai rasmi Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk Haji 2026.
Tahun ni ada 31 syarikat yang jemaah boleh pilih untuk tunaikan haji secara pakej. Banyak pilihan.
Tahun lepas ada 37 syarikat. Kurang 6 syarikat tahun ni. Performance mereka dinilai.
TERKINI
MALAYSIA BERJAYA KURANGKAN AMBIK HUTANG DARI RM 100 BILION KEPADA RM 77 BILION PADA 2025 DAN MERANCANG UNTUK KURANGKAN LAGI PADA 2026
INI HASIL PENINGKATAN PENDAPATAN KERAJAAN, PENJIMATAN MELALUI PENYASARAN SUBSIDI DAN PENGURANGAN DEFISIT KERAJAAN