“Aku maafkan semua orang yang melakukan kesilapan kepadaku, kerana dunia ini terlalu sempit untuk aku sibukkan diriku untuk berselisih dan memikirkan kesalahan orang kepadaku.”
— Allahyarham Prof Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi
Cara Mudah Solat Jenazah (4 Takbir)
1️⃣ Takbir 1: Niat & Al-Fatihah
2️⃣ Takbir 2: Selawat Nabi ﷺ
3️⃣ Takbir 3: Doa keampunan untuk jenazah
4️⃣ Takbir 4: Doa sunnah & Salam
Tak sampai 5 minit pun, tapi ganjaran dan nilainya besar sangat buat jenazah.
Jom belajar
Jangan pernah bosan untuk bertaubat, walaupun kau sering ulangi dosa tersebut. Kalau baju kotor, bukankah kau kena cuci? Maka, bertaubat dan beristighfarlah selalu. Semoga Allah terima taubat dan ampuni dosa-dosa.
Hari ini, Tun Mahathir menangis lagi. Dan untuk pertama kalinya, tangan yang selama ini sentiasa ada untuk menyambut kesedihannya sudah tiada.
“The power of the hand” itu mungkin sudah tiada di sisi Tun Mahathir. Tetapi kasih di sebalik sentuhan itu akan kekal sepanjang hayat.
Apa saja yang kita lalui waktu ini. Kena percaya, "Tuhan akan gantikan yang lebih baik dari sangkaan kita."
Cuma sekarang kena sabar dan perbaiki kesilapan diri. Lihat pada diri part mana yang kena improve untuk jadi manusia yang lebih baik. Hari bahagia tu akan datang nanti.
Jangan tunggu ujian untuk mula sujud. Sujudlah hari ini, selagi masih ada waktu untuk kembali.
اللهم لا تجعلنا من الغافلين عنك في الرخاء
"Ya Allah, jangan jadikan kami lalai dariMu semasa senang."
Jangan bersedih apabila segala perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita mahukan. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.
Ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita. Pandanglah dengan penuh kegembiraan kerana kita insan yang dipilih-Nya.
Semakin kuat kita diuji, semakin sayang Allah kepada kita. Kuncinya adalah sabar kerana dengan sabar, Allah akan gantikan kesedihan itu dengan kegembiraan suatu hari nanti.
Ya Allah.. ku bersujud padaMu memohon ampunan atas segala dosa-dosa yang telah hamba perbuat..
Ya Allah.. dosaku menggunung.. berkenanlah Kau terima taubatku.. Aku sungguh menyesali dengan perbuatanku.