DAP mengakui mereka yang menggantungkan kain rentang tertera wajah Dato Seri Najib dengan mesej dalam bahasa Cina yang jelas mensasarkan masyarakat Cina.
Tidak merasa pelik kerana Nga Kor Ming pernah membuat 75 perkongsian sehari di laman FBnya dan 65 darinya adalah dalam Bahasa Cina, 5 BM & 5 BI. DAP parti pelbagai bangsa.
Tahniah kerana berani mengakui perbuatan mereka secara terbuka CUMA saya ada persoalan sebagai rakyat Malaysia yang tidak berparti,
1. Bukankah pilihanraya adalah medan memberitahu kepada rakyat apa tawaran calon/gabungan? Apakah tawaran DAP dengan gantung kain rentang Najib?
2. Adakah DAP akan membuat pengakuan terbuka jikalau tindakan tiga ‘wira’ mereka itu tidak dirakam?
Soalan ketiga ialab soalan paling penting,
3. Adakah ini bermaksud mengantung kain rentang atau poster yang tiada kaitan dengan manifesto calon/gabungan merupakan strategi kempen DAP sebelum ini serta berkemungkinan juga untuk selepas ini?
Saya tidak pernah bersetuju dengan rasuah atau pecah amanah & saya percaya mereka harus dihukum.
Tetapi tindakan DAP menimbulkan begitu banyak persoalan & keraguan apakah motif DAP sebagainya? Adakah mereka mahu melakukan provokasi melampau sebagai sebahagian dari strategi?
Adakah DAP sedang memberikan mesej kepada rakyat bahawa DAP mempunyai potensi melakukan kempen yang ‘unik’ demi mencapai matlamat?
Saya bersama tim The Merdeka Times akan turun ke Johor pada 8/7 untuk membuat liputan PRN Johor sehingga 11/6.
Calon & kawasan mana yang anda mahu kami berikan tumpuan & kenapa?
Apa soalan yang anda ingin tanyakan kepada calon tersebut?
Dalam tempoh 24 jam, Nga Kor Ming telah memuatnaik 75 hantaran di Facebook Pages miliknya.
Dari 75 hantaran,
* 5 hantarannya adalah dalam Bahasa Inggeris
* 5 hantarannya adalah dalam Bahasa Melayu
* 65 hantarannya adalah dalam Bahasa Cina
Bahasa Jiwa Bangsa.
Saya faham jikalau ahli politik biasa yang menyasarkan pengundi Cina lebih banyak memuatnaik hantaran berbahasa Cina.
Tetapi Nga Kor Ming bukan ahli politik biasa. Dia adalah Menteri di Malaysia bukan di Taiwan, Hong Kong atau China.
Apa mesej yang cuba disampaikan olehnya apabila seorang Menteri lebih banyak memuatnaik hantaran dalam Bahasa Cina berbanding bahasa kebangsaan?
Apa mesej yang rakyat Malaysia fahami dengan tindakan Nga Kor Ming yang begini?
Kepada si Lingesh DAP & mereka-mereka yang kata,
“Penyebaran agama Islam perlu beretika, tidak wajar libatkan Institusi Pendidikan Awam.”
Apa yang pertubuhan Kristian buat ini beretika tak?
Saya sebagai Muslim tiada masalah pertubuhan Kristian buat aktiviti ini kerana ini hak mereka untuk menyebarkan agama mereka kepada orang lain selain Muslim yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
I have no problem with that.
Sebagaimana agama lain ada hak untuk amal & sebarkan agama mereka kerana termaktub dalam Perlembagaan, agama Islam juga diiktiraf sebagai Agama Persekutuan & agama Islam boleh diamalkan & disebarkan kepada sesiapa.
Si Lingesh & mereka mereka itu nak Muslim hormat hak mereka kerana termaktub dalam Perlembagaan & Muslim akan dilabel macam-macam kalau mempersoalkannya, yang kalian menyibuk dengna hak Muslim yang termaktub dalam Perlembagaan itu dah kenapa?
Si Lingesh, Malaysia Hindhudharma Maamandram & GHRF, dari kalian menyibuk pasal hak agama Islam & kepoci, lebih baik kalian buat road tour seluruh negara minta sumbangan agar beratus kuil kuil haram di seluruh negara dapat beli tanah sendiri la.
Jadi manusia yang bermaruah sikit boleh? Atau kalian merasakan definisi bermaruah itu seperti definisi Lim Guan Eng iaitu menjual daging babi secara besar besaran itu hidup bermaruah?
Sekurang-kurangnya mereka beli & ternak babi itu guna duit sendiri bukan pergi ceroboh kandang babi orang lain & curi babi itu untuk dijual.
Saya sokong ketegasan MB Selangor ini. @AmirudinShari
Alangkah baiknya jikalau ketegasan yang sama digunapakai terhadap 687 kuil haram di Selangor sebagaimana titah Sultan Selangor
Apakah ketegasan terhadap penempatan haram kerana tiada ahli politik yang mempolemikkan menjadi isu perkauman & agama?
Saya yakin & percaya akan kepimpinan MB Selangor, dia akan konsisten dengan prinsip ketegasannya ini. Rakyat yang mendaulatkan undang-undang berharap tajuk berita selepas ini ialah,
“Semua rumah anutan haram wajib dirobohkan ikut undang-undang.” - Amirudin
Allahuma Ameen
Dalam satu podcast, pakar ekonomi Dr. Muhammed Abdul Khalid menyatakan kerajaan tidak cukup serius dalam menangani krisis minyak.
Dia memberikan perbandingan Asian Financial Crisis pada 1997 & krisis minyak hari ini.
Pada 1997, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat setiap hari manakala MTEN hari ini bermesyuarat setiap minggu.
Selain itu, Dr Muhammed Abdul Khalid juga memberikan contoh kerajaan (ahli politik secara khususnya) tidak begitu serius mendepani krisis ini dengan sibuk berpolitik lalu memberikan contoh PRN di Johor (Negeri Sembilan & Melaka upcoming).
Menurutnya, tenaga & kewangan yang diperuntukkan untuk PRN itu seharusnya digunakan untuk mendepani krisis yang tidak diambil serius oleh rakyat.
Saya juga ada menonton podcast Keluar Sekejap bersama Nurhisham Hussein, Pengarah Kanan Ekonomi & Kewangan di Pejabat Perdana Menteri.
Dia juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia masih hidup seperti tiada masalah & tiada krisis sedangkan beliau menjangkakan kesan krisis ini akan mula dirasai seawal bulan Jun.
Apabila mendengar ulasan pakar ekonomi bukan dari dari latarbelakang politik, ia membuka minda kita untuk memahami merentasi sempadan politik.
Saya terfikir selain tanggungjawab kerajaan, bagaimana pula tanggungjawab kita sebagai rakyat?
Adakah kita sebagai rakyat boleh menerima dengan hati yang terbuka & tidak mempolemikkan sesuatu polisi yang diperkenalkan kerajaan yang realistik sebagai contoh mengurangkan subsidi minyak yang anggarannya mencecah RM7billion sebulan pasca perang AS - Iran?
Atau sikap kita sebagai rakyat yang menyebabkan kerajaan (ahli politik) perlu mengambil tindakan populis dengan mengekalkan kos subsidi minyak yang tinggi kerana takut kehilangan undi?
Bukan menuding jari kepada sesiapa tetapi saya ingin mengalakkan perbincangan sihat & mengajak kita sama sama berfikir rasional.
One of the most brutal scenes in human history has been leaked.
Footage from an Israeli aircraft shows thousands of starving Palestinians running towards an aid truck, before it bombs and kills them all.
A video that the world must never forget.
SAMAN SKMM SETELAH MEREKA ENGGAN BEKERJASAMA
SKMM telah membalas notis Permohonan Salinan Notis di bawah Seksyen 263, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dari peguam saya.
SKMM ENGGAN memberikan kerjasama terhadap 3 tuntutan kami yang kami tuntut di dalam Notis kami bertarikh 15/5/2026
Notis dihantar selepas SKMM menyekat Facebook Pages saya yang mempunyai 620,000 pengikut (https://t.co/yVeNa7AKEZ) dari diakses oleh IP Malaysia.
Tindakan undang-undang akan diteruskan untuk mempertahankan hak kebebasan bersuara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan!
Ini bukan tentang diri saya seorang tetapi ini tentang hak kita semua sebagai rakyat Malaysia! Hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jangan kita perjuangkan hak kebebasan bersuara semasa kita tidak memiliki kuasa ketika menjadi pembangkang tetapi menghalang kebebasan bersuara setelah memiliki kuasa.
Tindakan saya ini untuk kita semua, rakyat Malaysia.
cc : @fahmi_fadzil@anwaribrahim
“MB Perlis Tembak Lembu Telah Menyinggung Perasaan & Sensitivit Penganut Hindu - Malaysia Hindu Sangam”
Tindakan Menteri Besar Perlis menembak lembu ketika sambutan Hari Raya Aidiladha telah mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak.
Mufti Perlis dan beberapa asatizah telah menyatakan bahawa binatang yang boleh dimakan, yang tidak dapat ditangkap untuk disembelih, boleh dipanah, atau ditembak terlebih dahulu dan ianya halal dimakan andai binatang tersebut mati sebelum sempat disembelih namun dengan syarat sebelum tembakan atau anak panah dilepaskan, ianya dimulakan dengan bacaan Bismillah.
Isu syarak jelas iaitu halal namun isu undang-undang kita serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.
Jikalau MB Perlis melanggar undang-undang, maka dakwa dia. Sesiapa pun yang melanggar undang-undang tanpa mengira agama, kaum, parti politik, dakwa mereka.
Namun lain pula kisahnya dengan Hindu Sangam Malaysia (MHS).
Menurut laporan Vanakkam Malaysia, MHS telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan MB Perlis menembak lembu telah menyinggung perasaan & sensitivit penganut Hindu di Malaysia yang menganggap lembu sebagai binatang suci.
Boleh sesiapa bantu tanyakan kepada MHS adakah perbuatan mencuri tanah, bina rumah anutan haram, ‘play victim’ & kemudian minta pampasan itu menyinggung perasaan & sensitiviti rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang atau tidak?
Atau MHS beranggapan perbuatan itu perbuatan terhormat & yang perlu disalahkan ialah rakyat Malaysia yang mendaulatkan undang-undang?
Peringatan ini datangnya dari Tuhan Yang Maha Mengetahui, Tuhan Sekalian Alam, Tuhan yang menciptakan orang Cina, India, Melayu, Arab, Eropah, Afrika & semua makhluk.
Peringatan ini ditujukan khusus kepada orang beriman. Konteks ayat Surah Ali Imran 3 ayat ke 120 ini bermula pada ayat 118 di mana Allah Subhana Wa Ta’ala berfirman,
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai).
Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.
Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.
Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya."
(A-li'Imraan 3:118)
Lihatlah bagaimana Allah mengakhiri ayat itu dengan satu sindiran tajam,
"Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya."
Persoalannya kepada orang beriman, kamu ingin memahami atau tidak?
Lihat betapa sebilangan besar mereka bergembira dengan kematian seorang individu yang ditanduk kerbau dan juga peristiwa-peristiwa yang lain.
Namun bila ada yang berjaya, ada pula yang memerli menunjukkan betapa tidak senangnya mereka kepada kejayaan & kegembiraan umat Islam.
Adakah orang kafir akan marah dengan firman Allah Subhana Wa Ta’ala ini? Ya. Pasti akan yang marah kerana Allah mendedahkan sikap sebenar mereka di dalam Al-Quran.
Namun bukan semua mereka begitu tetapi sebilangan besar bersikap begitu. Mereka bukan marah kerana Firdaus Wong yang menulis.
Mereka marah kerana pekung mereka dibongkar oleh Allah Al-Alim (Yang Maha Mengetahui). Yang tidak bersikap demikian tidak perlulah meroyan.
Kembali kepada persoalan dari Allah Subhana Wa Ta’ala,
"Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya."
Mahukah kamu memahami keterangan Allah?
PENGANUT HINDU, JANGAN UCAP HARI RAYA HAJI KEPADA ORANG ISLAM
Saya ternampak satu video TikTok dari akaun bernama Jessy Narayanan yang menyeru agar orang Hindu tidak mengucapkan Hari Raya Haji kepada orang Islam.
Dia menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa utama selain dicampur dengan sedikit Inggeris & Bahasa Melayu. Saya meminta team terjemahan Tamil untuk membantu saya memahami konteks ucapannya.
Sebagai Muslim saya menghormati haknya sebagai penganut agama Hindu & saya tiada masalah dengan seruannya kepada penganut Hindu lain.
Antara yang disebut Jessy ialah,
“Perayaan korban lembu tu adalah Tuhan (Ibu Tuhan) sembahyang kita. Bila sembelih suara 'Maa' Tu umpama sembelih Ibu kita.
Hindu Sanggam buat apa? Tidak main peranan & tindakan dlm soal korban.
Alert korban nyawa ni bukan satu perayaan tidak boleh diterima.
Saya tak boleh terima....... (BI speech). Last - Ini nasihat saya. Nak Terima tak terima terpulang, Jika ada sila komen pendapat kamu. Tq”
Kepada saudari Jessy, usah risau. Saya sebagai Muslim menghormati hak sebagai penganut Hindu untuk tidak mengucap atau meraikannya bersama kami kerana AidilAdha ini adalah perayaan keagamaan Islam.
Belum Muslim seperti anda tidak diwajibkan oleh agama Islam untuk mengucap atau meraikan bersama Muslim.
Saya secara peribadi menghargai kejujuran anda. Saya tidak akan jadikan seruan anda terhadap penganut Hindu untuk tidak ucap atau raikan AidilAdha ini sebagai polemik.
Sebagai Muslim, saya mempunyai nilai toleransi tinggi terhadap hak anda sebagai Belum Muslim selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan & undang-undang negara.
Saya tidak memaksa anda untuk ucap atau raikan. Saya tidak akan tuduh anda tidak harmoni. Saya tidak akan label anda sebagai mundur. Saya tidak akan persenda atau hina anda.
Saya sebagai Muslim, hormat hak anda itu & akan pertahankan hak anda itu.
*Video ini tidak dapat diakses lagi di TikTok setelah namun saya telah memuat turun video ini lebih awal. Video asal berdurasi 2 minit 35 saat.
Ramanan Seru Hayati Pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihisalam & Nabi Ismail Alaihisalam
Seruan yang dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail bersempena dengan Aidiladha adalah seruan yang sangat baik.
Izinkan saya juga berkongsi dengan R. Ramanan & rakyat Malaysia tentang nasihat dari Nabi Ibrahim sebelum insiden ‘korban’ berlaku.
BERTANYA TENTANG BERHALA YANG DISEMBAH KAUMNYA
“Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: ‘Apa yang kamu sembah?’. Mereka menjawab: ‘Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya.’. Nabi Ibrahim bertanya: ‘Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?. Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?’. Mereka menjawab: ‘(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian.’”
(al-Syu‘ara’ 26:69-74)
KENAPA SEMBAH BERHALA YANG PEKAK, BUTA & TIDAK DAPAT MENOLONG SEDIKITPUN?
Ketika ia berkata kepada bapanya: ‘Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun’?
(Maryam 19:42)
BERTANYA KENAPA MEREKA TIDAK KENGGUNAKAN AKALA KEPADA PENYEMBAH BERHALA DI KALANGAN KAUMNYA?
“Nabi Ibrahim berkata: ‘Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?’”
(al-Anbiya’ 21:66-67)
NABI IBRAHIM MEMECAHKAN BERHALA NAMUN BERHALA TIDAK BOLEH PERTAHANKAN DIRI MEREKA
Lalu dia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta dia bertanya (kepada berhala-berhala itu): ‘Mengapa kamu tidak makan? Mengapa kamu tidak menjawab?’ Lalu dia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).”
(al-Saffat 37:88-93)
NABI IBRAHIM AJAK SEMBAH ALLAH SAHAJA!
“Nabi Ibrahim berkata: ‘Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?. (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?. (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam
(al-Syu‘ara’ 26:75-77)
Maka saya ingin mengajak R. Ramanan & seluruh rakyat Malaysia untuk sama sama menghayati bukan sahaja pengorbanan Nabi Ibrahim tetapi juga perjuangan Nabi Ibrahim yang menasihati kaumnya untuk tidak menyembah berhala yang pekak, buta & tidak dapat membantu mereka agar mereka semua menyembah Allah Subhana Wa Ta’ala sahaja.
Menghayati sahaja tidak memadai. Antara tanda kita menghayati sesuatu juga adalah mengambil pengajaran lalu berubah & mengikuti suri teladan Nabi Ibrahim yang tidak menyembah berhala & menyembah Allah sahaja.
Muslim semakin apologetik?
Saban tahun, semakin banyak posting sebegini dari kalangan mereka yang mengaku Muslim.
Mereka ini mahu menunjukkan betapa ‘harmoni’ nya mereka dengan menjaga sensitiviti pihak lain.
Islam mengajar umatnya menjaga sensitiviti & toleransi penganut agama lain TETAPI bukan dengan meminta Muslim tidak menzahirkan syiar agama Islam!
Quran melarang Muslim mencerca sembahan agama lain. Muslim melarang memusnahkan tokong, kuil & gereja walaupun ketika perang.
Itu toleransi Islam ajarkan. Agama manakah yang melarang penganutnya sejelas ini?
Persoalan kepada Muslim yang apologetik sebegini, adakah mereka juga membuat peringatan yang sama kepada pihak lain ketika mereka menyambut perayaan mereka?
Bukankah menyekutukan Allah (Syirik) seperti menyembah berhala & menyatakan tuhan itu tiga dalam satu perkara yang sensitif malahan satu-satunya dosa yang jikalau seseorang mati dalam keadaan itu akan menyebabkan mereka kekal dalam neraka?
Kenapa pula Muslim yang terpaling harmoni & apologetik ini tidak membuat seruan agar pihak lain jangan muatnaik gambar perayaan & syiar agama mereka?
Malahan mereka yang terpaling harmoni ini jugalah yang terawal nak menzahirkan ‘keharmonian’ mereka dengan membuat ucapan.
Islam make sense & hormat hak penganut agama lain walaupun Islam tidak mengiktiraf kebenaran agama lain.
Muslim takde pula melenting bila sahabat dari penganut agama lain memuatnaik gambar sambutan mereka.
Kadangkala Muslim yang ‘terpaling harmoni’ ini bukan memerlukan common sense sangat tetapi mereka memerlukan pemahaman agama yang betul bukannga menjadi terlalu apologetik.
Azan itu syiar Islam. Korban itu syiar Islam. Berbangga dengan Islam & syiar Islam bukan bermakna kita menzalimi agama lain.
Malahan antara bukti kebanggaan kita dengan Islam & syiar Islam ialah dengan memberikan hak penganut agama lain!
Saya teringat satu kata-kata yang dinisbahkan kepada Umar Ibn Khattab,
“Aku risau akan tibanya satu hari di mana kuffar akan berbangga dengan kekufuran mereka, manakala Muslim akan malu dengan keislamannya.”
Adakah kita sedang melihat zaman itu?
Individu ini membuat pengakuan bahawa dia yang menulis komen berbentuk hinaan di media sosial!
Dia telah membuat laporan polis mengakui perbuatannya tetapi sehingga video ini dimuatnaik, dia masih bebas & belum ditahan.
Ya dia telah mengaku menulis komen hinaan & setelah menjustifikasi perbuatannya selama 2 minit dalam video, di hujung barulah dia meminta maaf & meminta orang ramai memaafkannya!
Mudah sungguh, hina orang lain bukan sekali tetapi berkali-kali kemudian meminta maaf.
Sama ada memaafkan atau tidak, terpulang kepada mereka yang dihina. Islam menggalakkan kita memaafkan tetapi bukan melupakan agar kita mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku.
Ingat pesanan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam,
“Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.”
(HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)
Bornet Native Festival tidak dibantah seperti Rain & Rave Festival. Kenapa?
Bagi yang berakal & tidak taasub kepada politik akan dapat jawapan dengan mudah. Tidak perlu sains roket untuk memahaminya.
Inilah budaya Malaysia. Budaya asli Malaysia.
Budaya yang menjadikan Malaysia unik. Budaya yang menyebabkan pelancong asing memilih Malaysia.
Bukan meminjam budaya Barat untuk menarik pelancong barat. Umpama tarik pelancong Arab dengan Restoran Arab!
Program begini harus dikembangluaskan @TourismMalaysia
Kami membantah Rain & Rave bersebab. Bukan kerana politik, kerana identiti serta budaya Malaysia digadaikan dengan budaya luar atas nama pelancongan.
Dibatalkan siaran pada saat akhir.
Takpe.
@TheMerdekaTimes - TMT akan memanggil kesemua panelis untuk membahaskan topik ini.
Kebenaran tidak perlu ditakuti tetapi perlu diikuti.
Keberanian tanpa kebenaran itu umpama semangat tanpa ilmu.
Kebebasan media menyampaikan kebenaran walaupun pahit bukan setakat slogan tetapi igauan buruk buat mereka yang takut kepada kebenaran!
TMT - BERANI • BENAR • BEBAS