Tun M Selamatkan Azmin, SPRM Dijadikan Perisai ‘Emas’
Yaaa, dulu tak da sapa takut dengan SPRM, sebab tu boleh jadi Perisai 'Emas'. Ini semua zaman si Latheefa Koya laaaa. Loyer cabuk tapi tiberrrr pegang SPRM.
Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bukan langkah reformasi, hakikatnya langkah menyelamatkan Azmin Ali. Ini semua game Tun M.
Punya cerdik orang tua ni, dia gunakan kuasa dia sebagai PM masa tu, buat pelantikan untuk pastikan SPRM berada di tangan orang yang “selamat” kepada kroni politik, bukan kepada rakyat. Memang licik, otak penipu.
Isunya, wang luar negara berjumlah sekitar RM300 juta, yang dikaitkan dengan IJM, sepatutnya menjadi sasaran siasatan serius. Namun, apabila individu yang mempunyai hubungan rapat dan sejarah sokongan terhadap Azmin diletakkan di puncak SPRM, siasatan itu mati sebelum sempat bernafas.
Bukan kerana tiada isu, tetapi kerana orang yang patut disiasat telah dilindungi dari awal.
SPRM yang sepatutnya menjadi pemangsa rasuah, berubah menjadi perisai kroni. Tun M pula bukan lagi negarawan reformis, tetapi arkitek perlindungan politik, memastikan Azmin kekal kebal walaupun bayang-bayang wang ratusan juta menghantui pentadbiran.
Ini bukan soal persepsi. Ini soal kuasa digunakan untuk menutup, bukan membongkar. Dan RM300 juta IJM hanyalah symbol. Simbol bagaimana SPRM boleh dilemahkan hanya dengan satu pelantikan politik.
Biasanya, kerja-kerja kroni ni memang dah berpuluh tahun, satu Malaysia tahu. Tak de orang lain, memang Tun M paling pakar.