Mungkin kita akan lebih tenang di Twitter ini jika
• Follow akaun yang berkongsi ilmu, info dan manfaat kepada kita.
• Tweet dan RT perkara yang baik-baik.
• Mute dan block akaun negatif.
• Pilih circle yang baik.
• Elakkan berdebat dan bergaduh perkara sia-sia.
Ustaz Izhar Ariff ada sebut, "nak diampunkan dosa fitnah org kena cari org tu sampai jumpa, klau org tu dah mati sampai kiamat kena sebarkan kebenaran utk bersihkan fitnah". Aniaya org pun sama, dosa dgn manusia jgn dipandang remeh, Allah takkan ampun selagi manusia tak ampunkan.
Apa saja yang kau lalui waktu ini. Kena percaya, "Tuhan akan gantikan yang lebih baik dari expectation kau." Cuma sekarang kena sabar dan perbaiki kesilapan diri. Lihat kat diri part mana yang kena improve untuk jadi manusia yg lebih baik. Hari bahagia tu akan datang nanti
"Jangan mengharap manusia akan ingat kebaikanmu, tetapi tetaplah berbuat baik kerana Allah.
Kerana hanya Dia yang tahu menilai segala sesuatu.
Manusia akan melupakanmu."
@jentikhati
Kata Ustaz Ahmad Rizam: "Dalam setahun berapa kali kita mengumpat, saja tanya.. Bohong kalau tak pernah, paling tidak pun kita join dengar orang mengumpat saudara kita. Dosa sesama manusia kena mintak ampun dgn manusia, Allah takkan ampunkan selagi hutang dgn manusia tak selesai"
Fitnah dan mengumpat, antara sebab kita boleh muflis di akhirat. Pahala kita diberi ke mereka yang dianiaya, tak cukup dgn tu dosa mereka diberi ke kita. Nau'zubillah.. Fitnah boleh kata susah kita nak buat, tapi sedar tak sedar paling tidak kita akan "ter"umpat seseorang.
"Jangan mencari kedudukan di hati orang, wahai sahabatku. Keinginan untuk mencari perhatian orang, di dalamnya ada racun yang kamu tak menyedarinya."
(Imam Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad)
Orang yang cintakan Rasulullah s.a.w melebihi makhluk lain, takkan rasa kecewa jika disakiti oleh manusia, takkan rasa kehilangan jika ditinggalkan oleh manusia.
Setiap perbuatan baik terhadap makhluk tak perlu diharapkan supaya mereka juga dapat memberi balasan yang baik, berharaplah kepadaNya. Berharap kepada makhluk akan membuatkan kau terluka. Apa yang mereka ada? nak bernafas bangun pagi pun Allah yang izinkan.
Just because you have it tougher than others doesn't mean other people aren't having difficulties at all, some people rather not showing the battle. You just never cared, therefore never should you expect them to care for you.
Allah bg ujian bukan utk lihat siapa lagi hebat berdasarkan tahap ujian yg diberi, Allah nak tgok sejauh mana kemampuan seseorg itu bersabar. Ujian yg kau dpt tu antara kau dgn Allah, bukan utk kau memperkecilkan ujian orang lain yang kau tgok lebih mudah.
"kau senang la, cuba kau kat tempat aku".
Orang yg ckp mcm ni jelas sekali berckp tak menggunakan akal, tak menggunakan akal utk bermuhasabah dengan rahmat Allah.
Allah bagi ujian kat manusia ikut kemampuan masing2, bukan bagi ujian sama kat semua pastu tgok siapa lepas siapa tak lepas, bukan mcm sistem ujian manusia yg membezakan kepandaian berdasarkan ujian yang sama.