Bawak budak ni gi vet sebab sakit kaki. Doc cakap takde luka or retak apa pun. Sebabnya adalah gemok sangat 😭 So bila naik turun tangga, kaki tak mampu menampung berat badan. Letihlah saya macam ni bang 😭
Dia camni tau…
Marriage is the ending of a new beginning.
Rasa takleh ubah diri? Takyah kawin.
Rasa takleh tinggal kawan? Takyah kawin.
Come on, guys. Remember why you marry her. She’s your choice. Not your option.
Isteri sanggup tinggalkan family sebab nak duduk dengan kita.
Please jangan seksa isteri macam ni. Biarlah orang kata kita takut bini ke apa. Isteri ni takde orang lain dah. Dia ada kita je.
Nak dilayan macam raja? Layan la isteri macam permaisuri. Susah ke? Ye, susah. Itulah yang isteri rasa.
Demand nak isteri itu ini, surirumah, layan suami je 24 jam. Tapi kita sendiri susah nak jaga hati isteri.
Jangan cakap “before kawin aku gini, wife pun tahu”. Stop. It’s in the past. You don’t live there anymore. Come on.
Kalau kawan ada waktu susah senang kau, kawin la ngan kawan tu. Settle.
Kawan kau lelaki? Ha takyah pikir kawin lagi. Jangan seksa isteri.
Wey aku tengok video lelaki tu ayah dia meninggal, caption dia;
“Abah, terlalu bahagiakah dia di sana sampai tak pernah muncul dalam mimpi”
Broken caption. Tapi lagi broken comment section dia. Dia kata;
“Lepas my dad meninggal, aku kata kat member member aku, menyesal tak peluk dia masa dia hidup. And that night aku tidur mimpi dia. Dia kata,
‘Meh sini peluk abah. Kata nak peluk kan? Lepas ni abah tak balik dah’
Terus aku peluk dia. And that was 3 years ago. I miss him.”
🙁💔❤️🩹
I’m not ready for this, Lord.
Haritu ada designer rumah ni kasi tips macam mana nak buat rumah nampak luas walaupun rumah kita kecil je. So today i nak share dekat korang jugak! 🤍
---
Mak i selalu pesan bab duit jangan selalu cakap tiada duit. Tukar kepada perkataan belum cukup lagi, belum rezeki lagi, InshaAllah nanti ada rezeki. Macam tidak elok asyik cakap tiada duit.Baru ini pun i pun ada baca,tidak elok sentiasa cakap tiada duit.Yakin Allah akan cukupkan.
From the bottom of my heart, I’m sorry to the ones I’ve hurt, be it intentionally or unintentionally. May this Ramadhan turn us into better Muslims and may Allah ease everything for everyone. 🤍
Selamat hari waniter.
Khas untuk wanita yang baik, cantik, tak annoying, bukan penyondol and hati tak busuk je. 💗 Yang bukan dalam category ni this day is not for you 💁🏻♀️
Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang suka kepada Islam.
Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan. Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar. Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100.
Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi. Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada. Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali.
Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan.
Dia cuma tidak suka Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil putar belit media.
Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia.
Mula, saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak suka. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya.
Satu hari, dia tanya, "awak tadah tangan tu kenapa?"
"Doa." Balas saya.
"Doa apa?" Tanya dia.
"Macam-macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar." Jawab saya.
"Awak pun doa untuk bisnes saya?" Dia seolah sinis.
"Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya." Kata saya lagi.
Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah.
Lama-lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan. Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya. Tapi, dia tak suka. Dia kata, saya bukan maid dia.
Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya. Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.
Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa. Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya.
Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.
Satu hari, dia jumpa saya dan kata, "saya sudah percaya tentang doa awak."
"Percaya bagaimana?" Tanya saya.
"Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai." Kata dia.
Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali. Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang. Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja.
"Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah."
Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.
Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan.
Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni.
Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam.
Wallahu A'lam.
Kredit: Ameer Hamzah
Nak share kisah suami terjumpa kawan lama dia kat kedai makan dekat dengan rumah tadi.
Kawan suami ni, Redza; dulu pelajar cemerlang n kerja company gergasi kat Malaysia ni. Tanya dia, macam mana boleh sampai kat sini? Dia pun bukaklah cerita.
Idk la tp everytime I rasa mcm otak I lembab, tak function. Mmg I akan fikir “Sbb aku kurang mengaji ni thats why.” Otak jadi tak tajam.
Kalau ada masa, mengaji la. Baca surah, bukak Quran. Mmg orang yg selalu mengaji ni otak dia cerdas, tenang.
A reminder for myself 🫶🏻