camni rasanya baru kahwin pastu orang dah tanya pasal pregnancy. kalau outsiders tanya aku okay je tapi bila family sendiri tanya rasa cam remuk hati ni 🥲🥲 baru kahwin nak masuk 2 bulan dah kena hadap soalan tu. sedih kita wak
This is what I wish I was told before I got married:
- SABAR
- Pick your battle,
- Pupuk rasa syukur tiap hari. Pasangan kita emg ga sempurna (kita juga gak😂), tapi yakin bahwa dia jodoh terbaik dari Allah.
Just do your best and enjoy the ride. Semoga lancar & bahagia selalu~
𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗪𝗘𝗦𝗔𝗞 & 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚
Dimaklumkan bahawa sambutan Hari Wesak yang jatuh pada 31 Mei 2026 (Ahad) melayakkan pekerja menerima cuti gantian pada 2 Jun 2026 (Selasa), selaras dengan peruntukan semasa yang berkuat kuasa.
Manakala, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 (Isnin) merupakan cuti umum wajib yang perlu diberikan kepada pekerja dan tidak boleh digantikan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.
Semoga hebahan ini menjadi panduan kepada semua pihak dalam merancang urusan kerja, perjalanan serta komitmen harian dengan lebih tersusun dan efisien.
#JabatanPerdanaMenteri
#HariKeputeraanYDPA
#MalaysiaMADANI
#CutiUmum2026
#HariWesak
@shamsulazribakr@MalaysiaPMO
Kita sangat cakna tentang 10 mlm terakhir Ramadan, yakni 10 mlm yg terbaik dlm setahun
Kita kurang cakna tentang 10 siang hari terbaik dlm setahun
Ulama menyebut, jika 10 mlm terbaik ialah 10 mlm terakhir Ramadan, maka 10 hari terbaik pula ialah 10 hari awal Zulhijjah
Pulun!
Memang betul kena dahulukan puasa ganti. Tapi itu jika ditinggalkan secara sengaja.
Jika ditinggalkan kerana uzur syar’i, seperti haid maka dibenarkan untuk tidak disegerakan.
Boleh puasa 6 dahulu.
Boleh buat puasa 6 dahulu kerana syawal hanya sebulan.
Puasa ganti kerana haid pula adalah wajib yang diberikan keluasan sehingga Ramadan akan datang.
Jadi boleh buat puasa 6 syawal dahulu.
Kalau harga barang RM25, kita claim kat suami RM30 tanpa pengetahuan suami, itu dah dikira menipu. Haram dan berdosa.
Isteri hanya dibenarkan ambil duit suami (sekadar keperluan) jika suami tak berikan nafkah yang sepatutnya.
Dalam agama, tiada istilah duit suami adalah duit isteri. Harta suami adalah miliknya sendiri. Begitu juga harta isteri adalah miliknya sendiri.
Jangan normalisasikan ambil duit suami tanpa izin hanya kerana dia suami kita. Melainkan suami memang cakap dari awal segala harta dia boleh digunakan tanpa perlu minta izin.
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”
Nabi ﷺ gunakan lafaz العفو untuk "kemaafan", walhal ada
Antara tanda doa kita menuju ke arah kemustajaban dari Allah adalah, kita mula berdoa.
Jangan lepaskan peluang berdoa, terutama ketika bulan Ramadan.
Ketika siang, mustajab kerana berpuasa. Ketika malam, mustajab kerana malaikat mendoakan rahmat.