Hi semua, terima kasih sebab sudi luangkan masa baca ni ๐๐ป
Nama saya Norsinah Abu. Dengan rendah diri, saya ingin berkongsi bahawa pada pagi ini, saya telah mendaftarkan diri sebagai calon untuk berkhidmat di DUN N.44 Larkin.
Larkin dah banyak berubah dan berkembang pesat sejak
Sepanjang tempoh berkempen, Trak Kancil akan menjelajah Johor bagi membantu kempen calon-calon BERSAMA di 15 DUN yang ditandingi.
Perjalanan ini bukan tentang 15 calon semata-mata.
Many friends still find it hard to believe there's an aircraft inside our car, but it's really that simple: one click for automatic separation and reconnection. This is our Flying Car
#๐ช๐ฒ๐๐๐ป๐ฑ ๐๐๐ฅ๐ฆ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ ๐ ๐ฆ๐๐๐ง๐จ ๐๐ก๐ ๐ฎ๐ณ ๐๐จ๐ก, ๐๐๐ก๐๐ ๐ง๐๐ ๐ง๐จ๐๐๐ฅ ๐ฉ๐๐ก๐จ๐ ๐๐๐. ๐๐๐ ๐ฏ๐ต๐ฒ ๐ง๐๐๐๐ง ๐๐๐๐
Terima kasih kepada yang telah membeli tiket ke majlis makan malam mengutip dana #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu ini, 27 Jun bermula jam 8 malam.
Kat mana? Lepas ni saya komen.
Setakat hari Isnin, 22 Jun, lebih kurang 5 hari sebelum #WeFund - sebanyak 602 tiket telah dijual.
Tiket platinum RM2,000 habis dijual.
Tiket silver RM500 habis dijual.
Tiket gold RM1,000 mulanya habis dijual, kemudian ada seorang pembeli yang baik hati dia rasa lebih baik dia dermakan saja satu meja RM10,000 dan minta dijual balik tiket-tiket yang dia.
Jadi masih ada 8 tiket gold RM1,000 yang boleh dibeli.
Jualan tiket setakat ini telah mencecah RM144,500 dengan berbaki 5 hari.
Ada 396 tempat lagi belum dijual iaitu 8 tiket RM1,000 dan 388 tiket RM150 setiap satu.
Bagi mereka yang ingin membeli, boleh layari https://t.co/6vXmDO7QDX - dari situ klik banner atas atau klik โAcaraโ, pilih #WeFund.
Kami akan mula buat count down setiap hari dan kemas kini berapa tiket masih berbaki.
Dekat mana majlis makan malam #WeFund ni?
Kami terpaksa tukar tempat dua kali.
Mulanya di SJKC Wangsa Maju.
Sebaik diumum, pihak sekolah terus dapat surat cinta dari Pejabat Pendidikan Daerah dan terpaksa pulangkan bayaran kami dan batalkan booking, walaupun amalan biasa sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina menyewakan dewan mereka untuk acara luar seperti ini sebab ini cara mereka menampung kos operasi mereka.
Kami pun berpindah ke SJKC Chung Kwo. Kami dah buat fundraising dinner di sini sejak zaman Datoโ Seri Najib, di kemuncak kes 1MDB lagi.
Mereka pun dah biasa dengan kami, dari zaman INVOKE untuk membiayai calon-calon PKR/PH masuk PRU2018 dan zaman Ayuh Malaysia membiayai calon PKR masuk PRU2022.
Semua OK, saya umum pertukaran tempat.
Pagi umum, tengahari sekolah dapat surat cinta PPD - perkara sama kena pulangkan bayaran dan batalkan tempahan.
Akhirnya kami berjaya dapatkan tempat di IDCC Selayang dan setakat ini tidak dapat apa-apa surat cinta.
Nak dijadikan cerita, pada masa yang sama Kancil diperlaku begini, yang tak pernah berlaku zaman BN dahulu, DAP Subang Jaya juga buat majlis fundraising dinner di SJK(C) Chee Wen.
Bila dah bising pasal double standard - BERSAMA buat tak boleh, DAP buat boleh, barulah agaknya SJKC Chee Wen pun dapat surat cinta dari PPD.
Akhirnya, DAP Subang Jaya pun kena tukar ke venue lain.
Nak kata ini dasar Kementerian Pendidikan di bawah Fadhlina Sidek yang langsung tidak boleh buat program oleh parti politik di sekolah, DAP Wilayah Persekutuan pun buat sambutan 60 tahun DAP di sekolah - di Sekolah Menengah Confucian pada 7 Jun 2026, lebih kurang 2 minggu lepas.
Jadi saya tak rasa ini soal dasar lah sebab memang sekolah-sekolah Cina biasa saja menyewakan dewan-dewan mereka yang kemudahannya lebih baik dari dewan-dewan komersial, kepada function luar pada harga yang murah.
Ia sumber kewangan untuk menampung kos operasi.
Tapi bagus juga jadi macam ini, majlis #WeFund sampai jadi berita. Bila dilaporkan, lebih ramai orang tahu jualan tiket pun lagi cepat laris.
Bila mencabar kuasa, halangan-halangan macam tempahan kena batal, kena sekat ini perkara biasa.
Saya dah lalui zaman susah PKR dahulu tahun-tahun 2000 ke 2010 sebelum PKR ada kuasa. Cuma Fadhlina saja yang tak melaluinya, dia masuk masa dah senang terus jadi senator, kemudian terus jadi menteri.
Jadi ikut suka mereka lah nak buat apa, yang penting kita jual tiket dan anda beli tiket.
Jangan terlambat, kalau berkelapangan beli tiket #WeFund hari ini dan kita jumpa di IDCC Selayang hari Sabtu ini, 27 Jun jam 8 malam.
Satu perkara yang saya paling rimas ialah memilih lagu untuk parti politik.
Sebab saya tahu itu bukan kepakaran saya dan lain orang lain citarasa.
Jadi saya serahkan kepada yang muda-muda untuk tentukan.
Ini lagu pertama yang lahir, mula dipasang di Jelajah Kancil di Melaka.
Reaksi nampak OK.
Maknanya kita jangan nak tentukan semua, serahkan kepada mereka yang lebih ahli.
Insya-Allah, setiap 2 minggu Kancil akan release lagu baru secara penuh.
Mohon kawan-kawan yang buat content popularkan lagu-lagu baru ini.
๐ง๐ข๐ก๐ง๐ข๐ก ๐๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐!
Saksikan Jelajah Kancil Melaka secara langsung.
Pohon kongsikan siaran ini kepada semua.
https://t.co/CEf2FixA0m