Ini lah sebab kenapa Orang tua atau orang2 dulu suruh kita balik sebelum maghrib atau jangan keluar waktu maghrib dan Tutup pintu, langsir waktu maghrib.
Semoga bermanfaat.
Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah
Oleh Mynewshub
SHAH ALAM, 27 Mac – Seorang tokoh yang dikenali melalui alunan azan yang merdu di pelbagai aplikasi dan masjid, Ustaz Haji Abu Bakar bin Haji Sairi dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada Khamis.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.31 pagi, 26 Mac 2026 di kediamannya.
Allahyarham sebelum ini merupakan mantan bilal di Masjid Negeri Shah Alam serta Masjid Bukit Jelutong, dan dikenali ramai kerana suara azannya yang sering menjadi pilihan dalam aplikasi azan serta rakaman digital.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar, khususnya dalam kalangan masyarakat yang pernah menimba ilmu serta mendengar alunan azannya yang menyentuh jiwa.
Menurut kenalan dan anak murid, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat baik, rendah diri serta tidak lokek berkongsi ilmu, khususnya dalam bidang berkaitan azan dan ibadah.
“Beliau banyak mengajar dan berkongsi ilmu. Semoga segala amal jariah yang disampaikan menjadi pahala berterusan buat Allahyarham,” kata seorang individu yang pernah berguru dengannya.
Difahamkan, suara Allahyarham pernah menjadi rujukan dan inspirasi kepada ramai bilal serta individu yang ingin memperbaiki bacaan azan mereka.
Orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
Tadi ada customer macam gelak dan terkejut cara aku ambik order. Dia kata "ko memang otak geliga carik sale" hahahahahaha 😂
Ko bayangkan laaa kalau ada 18 orang 1 family datang.
Aku ambik order :
Aku : Minum miss?
Cust 1 : Teh O ais
Aku : Nak tambah lemon?
Cust 1 : boleh laaa
Cust 2 : sirap ais
Aku : Nak tambah laici?
Cust 2 : takpe taknak.
Aku : Sirap bandung nak? Kita ada cincau
Cust 2 : Haaa boleh.
Cust 3 : Teh Ais
Aku : nak tambah cincau?
Cust 3 : em takpe
Aku : Teh Ais Madu pun ada, nak try?
Cust 3 : mcm sedap, manis tak?
Aku : Manis tapi sedap tekak panas panas mcm ni. Cuba lah
Cust 3 : boleh lah try
Cust 4 : Lemon ais
Aku : Nak tambah madu?
Cust 4 : no no no taknak madu madu ni. Hahaha *gelak 1 family*
Aku : lemon ais tambah laici sedap tau, nak try?
Cust 4 : Ada ke?
Aku : Apa pulak takde, masam manis. Ada lah. Nak try?
Cust 4 : Try lah ekk awak ckp sedap
Cust 5. Milo Ais
Aku : Nak tambah float? Kita letak whipping cream. Starbucks kan boikot. Kat sini ada hahaha
Cust 5 : hahah takpe tak minat.
Aku : Ke nak milo ais tabur?
Cust : Gelakkkk ada jeee ek, ok ok lah.
Bahahhahahahahahahah. Aku tahu customer akan annoying cara aku ambik order, tapi dekk. Ini laaa cara aku nak pukul sale kedai aku.
Kalau perasan conversation atas tu bukan paksaan pun. Just promote and suggest. Kalau dia taknak A, kita promote B 😂
Datang kedai aku, susah laa customer nak order air bawah RM2 😂😂
Sekian. Sebab tu aku selalu barai bila balik kerja. Sbb kerja aku kene bercakap 😂😂
@fazri_hassan Ada katalongnya tu bro... Tapi rasanya dalam negara jak.. Kalau itu lah yang kau maksudkan tu.. Malaysia Tourism
https://t.co/veG3XH13Wl › ...PDF
cuti-cuti-cikgu.pdf
Korg jgn confuse.
Borang EA - Majikan bagi dekat korg cerita gaji tahunan. Ambil maklumat tu masuk dlm borang cukai.
Borang e-BE - Korg isi borang cukai sendiri. Dari maklumat borang EA. Majikan tak uruskan.
Majikan hanya keluarkan EA dan tolak cukai dari gaji.
#TwtCukaiMY