Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! ✨
Selamat datang ke akaun Twitter rasmi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Perak . Segala informasi berkenaan program dan reaksi isu terkini oleh GAMIS Perak akan dimuat naik disini .
•📌 GAMIS SHARING : TAHUN BARU 2024 •
✨TIPS LEMBARAN TAHUN BARU ✨
1. Bersyukur dengan apa yang telah anda capai pada tahun 2023
2. Maafkan diri sendiri dan orang lain atas kesilapan yang telah anda lakukan
3. Tetapkan matlamat yang realistik dan khusus untuk 2024
4. Dapatkan inspirasi dan sokongan daripada orang yang positif
5. Menjaga kesihatan fizikal dan mental
Semoga dengan tips ini, kita sama-sama istiqomah dalam perubahan menjadi muslim yang lebih baik di tahun ini🤲🏻.
| SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1444H |
Assalamualaikum wbt.
Kami daripada GAMIS Perak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia.
Mentari jingga awan berarak,
Bulan tiba bersilih mentari,
Ibadah korban kita semarak,
Moga diterima Allah.
PERTEMUAN PERTAMA ANTARA GAMIS NASIONAL DENGAN GAMIS NEGERI
Alhamdulillah, pada 5 Mac 2023 yang lepas GAMIS Nasional telah membuat pertemuan pertama dengan GAMIS Negeri-negeri.
Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara GAMIS secara keseluruhannya.
#GAMIS2023
🔰 PENCARIAN SEKRETARIAT GAMIS PERAK DIANJAKKAN ✨
Sahabat2 jom sertai pencarian sekretariat Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Perak yang dianjakkan sehingga 19 Ogos.
🖇️ Link pendaftaran :https://t.co/2vbpFlvyOd
#MembentukMahasiswaHolistik
KAHFI LIVE
Bersempena hari Jumaat yang barakah, GAMIS Perak akan mengadakan program KAHFI LIVE seperti ketetapan berikut:
🗓️Hari : Jumaat
📆 Tarikh : 27 Januari 2022
⏰Masa : 7:00 pagi - 8:00 pagi
📍Sertai kami secara langsung di platform FB Live GAMIS Perak.
MDK QUOTES
''Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Ibnu Majah)
"Menerajui Mahasiswa Profesional"
[GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) PERAK SESI 2021/2022]
SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA
Sambutan Hari Jantung Sedunia pada tahun bertemakan “Sayangi Jantung dan Terus Berhubung” (Use Heart to Connect), memfokuskan penggunaan teknologi digital dalam meningkatkan kesedaran penyakit jantung dan risikonya di seantero dunia.
MDK QUOTES
Lalai dari akhirat menjadikan kita tidak bersedia, Manakala ingat kematian mendidik jiwa sentiasa mempersiapkan diri untuk kembali kepadaNya.
"Menerajui Mahasiswa Profesional"
[GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) PERAK SESI 2021/2022]
#MDKQUOTES#gamisperak
[SELAMAT HARI MALAYSIA]
Tanggal 16 September telah menjadi saksi pembentukan Persekutuan Malaysia sejak 1963. 58 tahun telah mewarnai sejarah negara dan menjadikannya penuh signifikan buat rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
#160921
#malaysiaday#gamisperak
[ TOWNHALL MAHASISWA: KAMI LUAH YB DENGAR! ]
Sempena pembukaan persidangan Parlimen ke-14, GAMIS mengambil peluang bagi menyampaikan suara-suara mahasiswa terus kepada Ahli Parlimen supaya permasalahan yang dihadapi dapat di tangani secara tuntas di peringkat kerajaan.
Rajutan
[HARI DEMOKRASI ANTARABANGSA]
Menurut Kamus DBP, demokrasi bermaksud pemerintahan oleh rakyat dipilih dalam pilihan raya, seterusnya mencorakkan pentadbiran dan perundangan negara. Bertepatan makna yang ingin dibawa, maka hari demokrasi disambut pada 15 September tiap tahun.
📃JALINAN MAHASISWA ISLAM PERAK📃
Sukacita dimaklumkan program diadakan pada 10 dan 11 September 2021 bersempena dengan perasmian Ikatan Persatuan Mahasiswa Islam (IPMI) Perak.
Menerajui Mahasiswa Profesional
[GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) PERAK SESI 2021/2022]
MDK QUOTES
Rezeki setiap hamba Allah itu berbeza. Ada yang kaya tapi sakit, ada yang fakir tapi tenang hatinya, ada yang sakit tapi anak ramai. Kerja kita, hanyalah bersyukur.
"Menerajui Mahasiswa Profesional"
[GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) PERAK SESI 2021/2022]
[PENGISIAN MALAM MERDEKA: "Apakah Solusi bagi Kemelut Hari Ini?"]
Tarikh: Selasa, 31 Ogos 2021
Masa: 9.15 malam
Platform: Facebook Gamis Perak
Majlis Politik Negeri
"Menerajui Mahasiswa Profesional"
[GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) PERAK SESI 2021/2022]