After almost 4 years of hard work, I'm very happy to share something which I hope will be a game-changer for election data in Malaysia:
https://t.co/hW0OIDm594
To cut a (very) long story short, the site gives you access to Malaysia's COMPLETE electoral history. Every election, every candidate, every party, every seat - all there at your fingertips.
There are 5 types of datasets available:
• Parlimen/DUN-level results (the 'official' results, covering every single election since 1955)
• Parlimen/DUN-level maps (covering every single boundary-drawing exercise since 1954)
• Anonymised individual-level voter rolls for GE-13, GE-14, and GE-15, as well as Johor 2022 and N9 2023 (more to come soon)
• Saluran (!!!!) level results for GE-13, GE-14, and GE-15, as well as Johor 2022 and N9 2023 (also more to come soon)
• DM-level maps for the latest set (versions going back to 2003 will follow eventually)
Enjoy!
Data-cleaning and curation is bitter work, but once it's done once, everyone can reap the benefits.
This is wrong. Setia pada Raja/Sultan tidak bermakna wakil rakyat tidak ada hak bersuara isu dasar.
Bukannya ADUN DAP ni menghasut ataupun keluarkan ayat biadab. Ada demand besar utk daging babi, jadi cadangan adalah utk membenarkan penternakan moden di Selangor.
Kalau tak setuju, biarkan wakil rakyat berdebat. Itu demokrasi. Bukan absolute monarki.
10 𝘍𝘦𝘣𝘳𝘶𝘢𝘳𝘪 2026
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗨𝗥𝗨𝗛𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔
Hari ini, media antarabangsa Bloomberg telah menyiarkan satu laporan mengenai pemilikan saham oleh Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang secara terang-terangan melanggar peraturan kerajaan berhubung pemilikan saham oleh seorang pegawai tinggi penjawat awam.
Berita tersebut turut dilaporkan oleh media-media lain.
Memandangkan ia berkait rapat dengan kewibawaan SPRM sebagai institusi yang diberi amanah mencegah rasuah, saya percaya kontroversi ini akan mendapat perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Laporan Bloomberg itu mendedahkan satu pelanggaran, iaitu pemilikan 17.7 juta saham di dalam sebuah syarikat senaraian awam Velocity Capital Partners Berhad. Berdasarkan harga hari ini, 17.7 juta saham ini dianggarkan bernilai RM800,000.
Ini telah melanggar peraturan-peraturan yang mengikat penjawat awam, terutamanya yang terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, yang secara khusus menyatakan bahawa 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁.
Malah, kontroversi melibatkan pemilikan saham Velocity Capital Partners Berhad ini bukan melibatkan pelanggaran peraturan penjawat awam semata-mata.
Satu perkara yang mewajarkan satu siasatan menyeluruh diadakan segera ialah urusniaga- urusniaga yang telah beberapa kali mengundang persoalan yang melibatkan beberapa syarikat kerana urusniaga-urusniaga ini dituduh melibatkan bekas Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Wira Farhash Wafa Salvador.
Pada 29 Mac 2025, rekod urusniaga saham menunjukkan Farhash menjadi pemegang saham terbesar sebuah syarikat senaraian awam MMAG Holdings Berhad, dalam satu urusniaga melibatkan pembelian 462 juta saham MMAG yang dilaporkan bernilai RM184.8 juta.
Transaksi ini berlaku sehari selepas NexG Berhad (sebelumnya dikenali sebagai Datasonic Group Berhad) muncul sebagai pemegang saham utama di dalam MMAG Holdings Berhad, di dalam urusniaga membabitkan bayaran RM70 juta untuk memperolehi 173 juta saham atau 7.58% pegangan di dalam MMAG Holdings Berhad.
Ini menjadikan NexG Berhad dan Farhash pemegang-pemegang saham utama di dalam MMAG Berhad, sekali gus mewujudkan pertalian perniagaan tidak langsung di antara NexG Berhad dan Farhash melalui MMAG Berhad.
Di antara Ogos 2025 dan Oktober 2025, NexG Berhad memenangi tender kerajaan berjumlah lebih RM2.5 bilion dalam tempoh dua bulan sahaja, iaitu:
1) Kontrak enam tahun berjumlah RM1.73 bilion dari Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan pasport dari 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2032;
2) Tiga lagi kontrak awam termasuk kontrak membekalkan kad pengenalan berjumlah RM732.72 juta.
Pada 31 Disember 2025, Farhash menjual keseluruhan sahamnya di dalam MMAG Berhad. Laporan media menyatakan bahawa keseluruhan blok 462 juta saham itu sebenarnya dicagarkan kepada Velocity Capital Partner Berhad.
Saham-saham Farhash di dalam MMAG Berhad itu dijual kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang yang berumur 25 tahun bernama Cheah Min Lly. Selepas saham-saham itu bertukar tangan, ia kekal dicagarkan kepada Velocity Capital Partner Berhad.
Ini bermakna, Velocity Capital Partner Berhad adalah syarikat peminjam wang yang terbabit dengan urusniaga yang melibatkan Farhash dan berhubung kait dengan NexG Berhad, yang mendapat tender lebih RM2.5 bilion dari kerajaan.
Pendedahan Bloomberg hari ini menunjukkan bahawa Tan Sri Azam Baki adalah seorang pemegang saham utama Velocity Capital Partner Berhad, yang meletakkan beliau di dalam jaringan urusniaga (melalui Velocity Capital Partner Berhad) yang melibatkan Farhash dan NexG Berhad (syarikat yang menerima kontrak berbilion ringgit dari kerajaan).
Maka, beberapa perkara berikut wajar diteliti oleh rakyat:
1) Bagaimana seorang penjawat awam berpangkat kanan mempunyai sedemikian banyak wang untuk menjadi pemegang saham yang signifikan di dalam sebuah syarikat senaraian awam?
2) Bagaimana beliau boleh kekal menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM sedangkan beliau telah melanggar peraturan penjawat awam bersabit pemilikan saham, yang berhubung dengan soal integriti seorang penjawat awam, apatah lagi seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM?
3) Apakah kepentingan beliau di dalam urusniaga yang melibatkan syarikat-syarikat yang telah mengundang spekulasi sebelum ini (MMAG Holdings Berhad dan NexG Berhad) kerana NexG Berhad berjaya mendapat tender sebesar itu dari kerajaan?
Oleh itu, tindakan-tindakan berikut wajar diambil segera oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu:
1)menggantung tugas Tan Sri Azam Baki dengan serta-merta supaya satu siasatan menyeluruh boleh dibuat berhubung tuduhan salah laku (pemilikan saham melebihi RM100,000);
2)menyemak keseluruhan pemilikan harta beliau untuk memastikan bagaimana beliau boleh mempunyai wang sedemikian rupa;
3)memastikan sama ada beliau terbabit, secara langsung atau tidak langsung, di dalam apa-apa urusniaga melibatkan MMAG Berhad dan NexG Berhad (terutamanya yang melibatkan perolehan awam).
Saya menunggu maklum balas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum mengeluarkan kenyataan seterusnya.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
Ahli Parlimen Pandan
"Sekalipun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada Dato’ Sri Najib Razak dan keluarganya, adalah tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif ini."
PMX
Should I sympathise with those who broke into my house & rob me?
Jika DS Ismail Sabri yang dilantik sebagai PM maka Rakyat harus bersedia menghadapi #KerajaanGagal 2.0. Derita rakyat ketika era Mahiaddin Yassin belum lagi terubat datang pula pewaris Kerajaan gagal. Bertabahlah wahai rakyat Malaysia…..
Norway Sovereign Wealth fund assets is RM5.5 trillion ~ many2 times more than any of our wealth funds.
Their CEO is paid RM3 mil.
How much is Khazanah,PNB etc wealth funds CEO paid?
Dear Mahiaddin ,
If you are sincerely concerned about continuity ie no disruption in the management ~ all you need to do is for Bersatu to enter into a Confidence & Suppply Agreement with PH to support their PM candidate.
This is also what the majority voted for in PRU14
@EricPaulsen101 Without an impartial and neutral Speaker the Parliament would not be an ideal venue for selection of a PM candidate. Majority command of appointed PM might be tested in Parliament once DYMMYDA has in His opinion selected the PM.
Aboriginal people say they receive better quality care in NSW hospitals when they’re being supported by Indigenous healthcare workers | @CameronGooley https://t.co/lAYMfRc0GH
Sila retweet jika anda setuju sidang parlimen mulai 26hb Julai ini wajib utk kerajaan bawa ordinan darurat utk dibahas dan plan pemulihan utk diundi. TQ. #KitaJagaKita#KerajaanTumbang#SelamatkanMalaysia