I urge the public not to believe or share this false content.
Please rely only on official and verified sources for news, and disregard manipulated posts like this one that seek to mislead the public.
https://t.co/vpaOhFU31w
DAP RESPECTS THE PEOPLEβS VERDICT, WILL REBUILD AND MOVE FORWARD
The voters of Negeri Sembilan have delivered their verdict in the 16th State Election, and we accept this outcome with full humility. We thank every voter who supported Pakatan Harapan and DAP. We are also deeply grateful to all our candidates, members, volunteers and party workers who gave their all throughout this campaign. Your commitment and hard work is sincerely appreciated.
We also acknowledge the defeat of our Secretary-General, Sdr Anthony Loke, in Chennah after a closely fought contest. Loke has served both the party and the people with distinction over many years, and we are certain he will continue to do so.
The DAP has faced setbacks before. The message from the electorate is clear. We must and will undertake a thorough assessment of the outcome, listen carefully to the concerns of the people and work hard to regain their confidence and support.
We respect the mandate that has been given by the people and congratulate those who have been elected to form the next Negeri Sembilan state government. We hope they will govern responsibly and always place the interests of the people first.
GOBIND SINGH DEO
National Chairman of the Democratic Action Party (DAP)
DAP MENGHORMATI KEPUTUSAN RAKYAT, AKAN BANGKIT SEMULA DAN MELANGKAH KE HADAPAN
Pengundi di Negeri Sembilan telah memberikan keputusan mereka dalam Pilihan Raya Negeri ke-16, dan kami menerima keputusan ini dengan penuh rasa rendah diri. Kami mengucapkan terima kasih kepada setiap pengundi yang telah menyokong Pakatan Harapan dan DAP. Kami juga amat terhutang budi kepada semua calon, ahli, sukarelawan dan jentera parti yang telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang kempen ini. Komitmen dan kerja keras anda amat kami hargai.
Kami juga mengambil maklum atas kekalahan Setiausaha Agung kami, Sdr Anthony Loke, di Chennah selepas persaingan yang sengit. Loke telah berkhidmat untuk parti dan rakyat dengan cemerlang selama bertahun-tahun, dan kami yakin beliau akan terus berbuat demikian.
DAP pernah menghadapi cabaran dan kekalahan sebelum ini. Mesej daripada para pengundi adalah jelas. Kami mesti dan akan membuat penilaian menyeluruh terhadap keputusan ini, mendengar dengan teliti keluhan serta kebimbangan rakyat, dan bekerja keras untuk mendapatkan semula keyakinan serta sokongan mereka.
Kami menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah dipilih untuk membentuk kerajaan negeri Negeri Sembilan yang baharu. Kami berharap mereka akan memerintah dengan bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
GOBIND SINGH DEO
Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Ayuh anak-anak Negeri Sembilan, esok peluang anda untuk menzahirkan kuasa dalam memilih dan menentukan hala tuju negeri ini.
Setiap undian amat berharga, jangan sia-siakan peluang berharga ini!
#KekalHARAPAN#MemaknaiHARAPANrakyat#UndiHARAPAN
Rakyat harus memilih yang terbaik untuk terus memimpin negeri.
Dengan Pakatan Harapan, kami bertekad untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan terus membawa Negeri Sembilan maju ke hadapan!
#KekalHARAPAN#MemaknaiHARAPANrakyat#UndiHARAPAN
Manifesto HARAPAN Negeri Sembilan menjadi iltizam untuk meneruskan agenda pembangunan negeri yang stabil, progresif dan inklusif demi kesejahteraan seluruh rakyat.
Manifesto ini berpaksikan keperluan rakyat dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan, peluang pekerjaan berkualiti, kebajikan yang menyeluruh serta pembangunan yang seimbang agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat.
Sepanjang tempoh diberi amanah mentadbir, pelbagai ikhtiar telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pimpinan saudara Aminuddin Harun demi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memacu pembangunan Negeri Sembilan.
Dengan penuh rendah hati, saya memohon dukungan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat kepada HARAPAN. Insya-Allah, kami akan terus memelihara amanah yang diberikan dan bekerja bersungguh-sungguh demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih makmur, sejahtera dan inklusif.
#KekalHARAPAN
#UndiHARAPAN
Saya menyeru semua di Negeri Sembilan untuk memilih para pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak mengejar gelaran demi kepentingan peribadi semata-mata dalam PRN kali ini.
PRN kali ini kita terus bangkit dan mara ke hadapan bersama Pakatan Harapan!
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
Dari Repah, kita terus bawakan semangat juang ke Ceramah Pakatan Harapan DUN Mambau! Calon kami, Saudara Lee Kai Yet sememangnya anak jati Mambau dan sedia untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik untuk tanah kelahiran beliau yang tercinta ini.
Kita perlukan lebih ramai pemimpin seperti Kai Yet yang memperjuangkan kestabilan dan kemakmuran yang dapat dinikmati semua tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa, agama mahupun jurang pendapatan. Sekiranya rakyat Negeri Sembilan memilih pemimpin yang baik, komited dan berwibawa, saya yakin dan percaya negeri ini akan terus maju ke hadapan dengan lebih lagi.
Ayuh anak-anak Negeri Sembilan, PRN kali inilah peluang anda untuk menzahirkan kuasa dalam memilih dan menentukan hala tuju negeri ini. Setiap undian amat berharga, jangan sia-siakan peluang berharga ini!
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
Malam ini di Ceramah HARAPAN Repah, kita tampilkan Calon N.36, Saudara S. Veerapan yang sudah tidak asing lagi dalam landskap politik Negeri Sembilan, sentiasa komited dalam mengusahakan insiatif-inisiatif untuk rakyat negeri ini.
Saya menyeru semua yang hadir untuk memilih para pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak mengejar gelaran demi kepentingan peribadi semata-mata dalam PRN kali ini. Kita perlu memberi tumpuan kepada pembentukan kerajaan yang ikhlas berkhidmat dan sentiasa mengutamakan kepentingan negeri dan seisi warganya.
Ayuh kita tutup ruang buat mereka yang menikmati rasuah, penyelewengan dan hanya mahu memberikan manfaat kepada kroni masing-masing. PRN kali ini, kita pilih Pakatan Harapan!
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
Negeri ini masih banyak potensi untuk direalisasikan, dan Negeri Sembilan selayaknya terus menikmati pentadbiran yang stabil dan bernadikan rakyat tanpa dicemari sebarang anasir politik kaum dan kuasa semata-mata.
Ayuh Negeri Sembilan, PRN kali ini kita terus bangkit dan mara ke hadapan bersama Pakatan Harapan!
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
Misi Jelajah Kekal Harapan Negeri Sembilan seiring dengan namanya; untuk menjemput rakyat negeri ini bersama-sama mempertahankan mandat kepimpinan Pakatan Harapan, demi Negeri Sembilan yang terus maju, progresif, dan makmur untuk semua.
Negeri ini masih banyak potensi untuk direalisasikan, dan Negeri Sembilan selayaknya terus menikmati pentadbiran yang stabil dan bernadikan rakyat tanpa dicemari sebarang anasir politik kaum dan kuasa semata-mata.
Ayuh Negeri Sembilan, PRN kali ini kita terus bangkit dan mara ke hadapan bersama Pakatan Harapan!
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN