Unrelated dengan tweet asal. Tapi berkaitan dengan rumah juga.
Abah selalu pesan kalau kita nak tinggalkan rumah lama lama. Pastikan semua pintu bilik bukak. Kalau dulu rumah felda rumah papan abah suruh bukak je tingkap. Tp sekarang kan banyak pencuri so abah suruh tutup.
Ceritanya masa kitorang balik kampung..
Aku sambung kat reply..
Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan. Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.
Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.
Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku.
Saya masih terbayang waktu saya memberitahu anak-anak saya, "semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini" dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.
Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku. Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.
Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut. Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor.
Kini kami selamat berada di Kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.
Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat. Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. 2 orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa.
Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua.
Semakin tular "sebab boleh dik" di seluruh jagat raya.
Ada yang tag saya tentang pelajar sekolah yang jawab "sebab boleh" di dalam kertas peperiksaan di sekolah dan sebagainya.
Saya tak percaya 100% bahawa itu benar-benar berlaku. Maklumlah sekarang zaman attention economy dan attenion emotion.
Semua orang cuba sedaya upaya untuk dapatkan attention atas 1001 sebab.
Saya ada prinsip bahawa behind a story there always another story.
Namun!!!
Kalau ia betul terjadi dan ramai salah guna "sebab boleh dik" izinkan saya ulas sekali lagi.
Kenapa saya ulas sekali lagi? Sebab boleh dik dan Kerana saya rasa ada tanggungjawab so sial kepada masyarakat.
"Sebab boleh dik" ini adalah satu slogan yang bertujuan untuk RESET kepala hotak kebanyakkan manusia yang telah diprogramkan bahawa mereka "tak boleh" dan minda mereka telah di sekat oleh kebolehan dan kemampuan diri mereka yang sebenar.
Maksudnya, tujuan saya adalah untuk memberi impak positif kepada masyarkat.
Maksudnya apa?
Ok macam ni...
Nama saya Azri Walter,
Walaupun saya seorang marhaen lepasan SPM yang membesar di kawasan setinggan dan flat kos rendah namun saya telah berjaya menterbalikkan kehidupan saya dari zero menjadi hero menggunakan mindset "Sebab boleh dik"
Saya telah RESET segala program yang mereka tanam di dalam minda saya iaitu "tak boleh, jangan, tak boleh, jangan"
1. Ketika umur 12 tahun saya terlalu ingin terpilih mewakili negeri dalam sukan bolah sepak, namun saya tidak terpilih. Selepas itu saya berlatih dan kerja keras. Hasilnya saya berjaya mewakili negara ketika umur 12 tahun. Sebab apa terus wakil negara tak wakil negeri? "Sebab boleh dik"
2. Ketika saya bekerja makan gaji saya melalui fasa financial stress. Saya nak ubah kehidupan. Saya tiada modal, tiada ilmu dan tiada networking. Maka saya mulakan perniagaan dengan apa yang saya ada iaitu KEDERAT. Saya mula berniaga dengan menjual produk orang lain secara direct selling di jalanan. Sebab apa? "Sebab boleh dik"
3. Saya seorang lepasan SPM dan tidak cemerlang di dalam bidang akademik namun Alhamdulillah saya berjaya membuka kolej sendiri iaitu Walter College. Sebab apa? "Sebab boleh dik".
4. Saya tidak pandai gunting rambut. Saya bukan barber namun saya berjaya membuka 30 cawangan barbershop tanpa pinjaman bank dan tanpa geran. Sebab apa? "Sebab boleh dik"
5. Saya tidak pernah dapat A dalam subjek bahasa Melayu terutamanya penulisan. Namun saya berjaya menulis buku saya sendiri iaitu The Walter Way, Ebook Jalanan to Jutawan dan aktif menulis di media sosial. Sebab apa? "Sebab boleh dik"
6. Dulu berat badan saya pernah capai 96kg. Hari ini fizikal saya fit dan im in a good shape. Sebab apa? "Sebab boleh dik"
7. Waktu mula berniaga dulu, saya daftar perniagaan jenis enterprise 70 hengget. Selepas melawan hidup yang keras dan berjaya memberikan inspirasi kepada ramai manusia dari zero hingga membina empayar perniagaan, pada tahun 2019 saya dilantik menjadi Ikon Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sebab apa? "Sebab boleh dik"
8. Saya bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil. Sepatutnya saya takde kena mengena pun dengan menghafal Al Quran. Namun Alhamdulillah atas izin Allah saya berjaya menghafaz beberapa juzu Quran ketika zaman kerja kerajaan tanpa dipaksa oleh sesiapa dan telah banyak kali baca dan faham keseluruhan Al Quran. Sebab apa? "Sebab boleh dik".
Cuba lihat apa yang berlaku kepada hidup saya. Saya tak nampak, di mananakah negatif nya "sebab boleh dik" ini.
Melainkan individu itu sendiri menggunakan maklumat dan mesej ke arah yang salah.
Kepada adik-adik yang masih bersekolah dan sepatutnya tak tahu tentang media so sial ni, abang Azri Walter nak betulkan kesalahfahaman adik-adik bahawa, "sebab boleh dik ini hanya terpakai kepada perkara-perkara positif sahaja.
Oleh itu, saya nak adik-adik gunakan slogan "sebab boleh dik" supaya boleh menjari insan berjaya dunia dan akhirat.
Kalau nak buat sesuatu, usah TAKUT kerana kita boleh capai apa sahaja dalam hidup dengan syarat ianya tidak mengundang murka TUHAN.
Kepada ibu bapa, menjadi tanggungjawab korang untuk monitor penggunaan media sosial anak-anak supaya tidak menghancurkan hidup mereka.
Something to ponder,
Bagaimana remaja di bawah usia 18 tahun boleh consume media so sial? Sepatutnya ia sangat tidak wajar.
Sebagai orang dewasa yang mempunyai kepala hotak yang function, ibu bapa mestilah handal dalam mendidik ahli keluarga mereka terutamanya sebagai seorang LELAKI, SUAMI ataupun BAPA!
Saya bertanggungjawab terhadap segala mesej yang saya sampaikan di semua platform media sosial Azri Walter dan saya percaya mesej yang saya sampaikan adalah positif bertujuan mendorong orang lain supaya sukses setiap penjuru kehidupan.
Saya mendorong lelaki khusunya, supaya FIT fizikal, FIT mental, FIT spiritual dan FIT financial.
Kalau ada orang yang menyalahkan saya, korang kena tahu bahawa dunia media sosial, internet dan televisyen ada ramai influencer dan selebriti yang secara terang-terangan mempromosikan perkara negatif seperti MENGAJAR orang lain cara menyediakan makanan dan minuman yang tidak sihat, hiburan yang melampau, kepelsuan hidup suami isteri SUPRISE dan bahagia 24 jam, menggalakkan lelaki ikut emosi jadi weak dan sebagainya.
Yang peliknya takde siapa marah malah dipuja-puja dan dijadikan contoh tauladan.
Sekali lagi saya nak ingatkan, bahawa semua orang bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri.
Apa sahaja pilihan yang korang buat di dalam hidup ini sama ada betul atau salah, bukan salah orang lain kerana ia adalah tanggungjawab setiap individu.
Dan,
Semua orang kena ingat betul-betul bahawa KEGAGALAN hidup kau, tiada kena mengena dengan KEJAYAAN hidup orang lain.
Do you understand?
Kenapa tulis panjang?
Sebab boleh dik!