Bila sebut rezeki, kita terbayang:
- Kerja stabil
- Bisnes masyuk
- Pangkat besar
Tapi kita lupa:
1. Ibu bapa yang masih hidup, boleh doakan kita.
2. Pasangan yang memahami.
3. Family mentua layan kita mcm family sendiri.
4. Jiran bertoleransi.
5. Nasihat yang baik w’pun perit.
Zaman-zaman banyak berlaku kejahatan ni, amalkan baca surah-surah ini 3 kali waktu pagi dan 3 kali waktu petang :
1. Al-Ikhlas
2. Al-Falaq
3. Al-Nas
Nabi ﷺ sebut siapa yang amalkan macam ni maka dia akan terlindung daripada sebarang perkara yang memudharatkan.
Dengar di Radio IKIM. Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI. Mula² Ustaz kongsi tanda² lalai:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat, kurang ingat pada Allah:
- Tidak fokus
- Sering terlupa bilangan rakaat
- Melewatkan solat
- Kurang solat jemaah
4. Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dengan perkara yang syubhah & haram.
9. Tangguh untuk bertaubat.
10. Malu untuk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.
Ada juga Ustaz sebut: Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak kita dgn Al-Quran.
Pesan Ustaz: Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. (nak baca)
Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2. Bunuh kebaikan yang kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.
Sebab - sebab lalai:
1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dgn org² yang lalai.
3. Berada alam persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan lain - lain.
Cara² mengatasi lalai:
1. Cari sahabat yang baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam untuk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca al quran.
6. Bersangka baik pada org lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.
Na'uzubillahhi min zalik. Semoga tidak termasuk dalam golongan (lalai) ini.
Simpan untuk peringatan.
Terima kasih kepada saudara Ameer yang share di FB.
Berharap Dipenjarakan 7 Tahun Aje - Sekali Terus Ke Tali Gantung
ASALNYA enam orang suspek utama kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pergi ke Mahkamah Rayuan dengan harapan mereka hanya dipenjarakan maksimum 7 tahun sahaja.
Mereka berharap seksyen sabitan diubah atau kalau dikekalkan pun, jumlah tahun penjara dapat dikurangkan.
Mereka merayu agar sabitan Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan, digantikan kepada Seksyen 330 kanun sama iaitu kesalahan mencederakan dengan hukuman maksimum tujuh tahun penjara sahaja.
Bagaimanapun, sekiranya mahkamah mengekalkan hukuman bagi Seksyen 304(a), mereka mohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 18 tahun kepada 12 tahun sahaja.
Mungkin mereka yakin kot jumlah hukuman akan dikurangkan.
Yang mereka mungkin lupa atau ambik mudah ialah pihak pendakwaan pula, memohon mahkamah mengekalkan Seksyen 302 kanun sama, sebagaimana yang dipertuduhkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan peruntukan hukuman gantung mandatori terhadap enam bekas penuntut tersebut.
Berakhir dengan Mahkamah Rayuan berpuas hati dan setuju dengan bukti-bukti dan hujah pihak pendakwaaan.
Justeru, dari impian nak kurangkan jumlah tempoh penjara, yang berlaku ialah tempoh nyawa mereka yang berkurang dan diharap berakhir di tali gantung. - Mynewshub
Cakap soal melecur dari sudut perubatan, ada 3 jenis,lecur tahap 1 sampai 3. yang paling sakit lecur tahap 1 @ 2 sebab saraf sakit terdedah pada persekitaran, hatta kena tiupan angin pada luka tu pun jadi sangat2 sakit.
Ada 3 sebab yang boleh bawa maut dalam kes ni (thread)👇🏻
Hilang 19 hari dalam masa bertugas , anggota tentera ni dah jumpa dalam keadaan elok. 19 hari hilang baju dalam keadaan bersih mesti dekat sana dijaga elok.
Someone remind us,
Malam Laylatul Qadr disembunyikan, namun hari Arafah diberitahukan. Jika ada hari yang mampu mengubah hidup kita, itu adalah hari Arafah.
Hari di mana rahmat Allah melimpah, doa dikabulkan, serta dosa yang lalu dan yang akan datang akan diampuni.
Netizen:
“Kat Malaysia ni banyak je kerja kosong. Kita yang pemalas sebenarnya.”
Kerja kosong:
Pengalaman 5 tahun, laptop sendiri, bujang, fresh graduate, mandarin speaker, (sambung…)
Kadang kita tak tahu, rezeki datang dalam arah tak disangka-sangka. Dalam keadaan kita hampir putus asa, di situlah bantu Allah itu tiba.
Jangan putus harap ya, nak. Tok Abah doakan kamu.
TERKINI
HANYA TINGGAL 50 MASJID SAHAJA DI GAZA
Israel sudah memusnahkan atau merosakkan 1,150 masjid dari 1,200 masjid yang ada di seluruh Gaza
Hanya tinggal 50 buah masjid untuk mereka beribadat atau menunaikan Solat Jumaat
"Saya tak tengok content Palestin sebab nanti sedih."
Kita memang kena sedih dengan apa jadi kat sana.
Then kita buat apa yang kita boleh buat; engage dengan content Palestin (like/comment/save/repost), become their voice, doa, kirim bantuan yang termampu.
Free Palestine. 🇵🇸