Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un. Minta tolong repost gaiss..
Semalam pukul 11 malam. Aku baring, scroll telefon. Entah macam mana jari aku tekan Shopee Live.
Scroll. Berhenti dekat satu live.
View: 2 orang.
Seorang abang jual muruku. Meja lipat. Lampu malap. Nama dia Apis.
Aku masuk. Bukan nak beli. Saja nak temankan orang live sorang-sorang.
Aku tanya, “Abang selalu live ke?”
“Setiap malam lepas Isyak.”
Aku tanya lagi, “Kenapa rajin sangat?” Dan dekat situ, aku menyesal tanya.
Dia cerita pasal hidup. Dia asnaf. Tunjuk surat jabatan agama. Dia jaga ibu sakit. Isteri jaga ayah dementia. Maksudnya dua-dua tak boleh kerja normal.
Anak? Tiga anak perempuan.
Ikut berniaga. Tak rasa sekolah macam anak kita.
Simpanan habis. Hidup mereka sekarang hari ni cari, hari ni makan.
Berniaga kaki lima. Kadang depan Pertama Kompleks. Kadang area SOGO.
Muruku.Serunding. Kurma. Semua bawah RM10.
Bila dia tunduk sikit, aku nampak air mata jatuh.Dia cepat lap. Tapi aku dah nampak.
Aku terus tekan beli 5 muruku.
Bunyi ting masuk. Muka dia berubah. Senyum.
Senyum orang yang baru dapat nafas. Tapi yang buat aku betul-betul diam bukan kisah susah dia. Aku tunduk pada isteri dia.
Zaman sekarang senang cari pasangan masa senang. Masa susah ramai angkat kaki.
Tapi perempuan ni duduk tepi jalan, teman suami berniaga, jaga ayah hilang ingatan, besarkan tiga anak kecil.
Dan lelaki ni? Bukan semua lelaki sanggup kecilkan hidup dia demi tanggungjawab.
Nabi ﷺ kata, sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik pada keluarganya.
Malam tu aku sedar, dia bukan jual muruku. Dia tengah buat ibadah. Kalau hari ni kau rasa kau dah usaha gila-gila tapi hasil tak seberapa
Ingat ni. Kat luar sana ada keluarga yang bentang meja setiap hari. Tak ada gaji. Tak ada cuti. Tak ada siapa puji.
Kalau kita penat sebab kerja, diorang penat sebab hidup. Kalau kita stress sebab jualan slow, diorang bentang meja walaupun tahu mungkin kosong.
Kalau kita rasa Allah lambat bagi, diorang sebut harga sambil simpan harap pada langit.
Allah janji, bersama susah ada kemudahan. Cuma kadang-kadang kemudahan tu bukan duit tapi hati yang tak putus asa.
Bila aku tutup live tu, aku baring lama. Skrin gelap. Dada aku tak. Sebab aku terbayang tiga budak perempuan kecil yang esok bangun bukan untuk sekolah tapi pasang meja lipat.
Aku pandang anak aku sendiri.
Tidur atas tilam. Perut kenyang.
Esok ada beg sekolah.
Dan kat luar sana, ada ayah yang tak boleh janji apa-apa pada anak dia
selain, “Esok kita cuba lagi.”
Ada penat yang tidur pun tak hilang. Penat orang berharap.
Dia live tiap malam lepas Isyak.
Bukan sebab rajin. Tapi sebab malam je masa dia minta pada dunia.
Dan kita?
Kadang rasa Allah lambat bagi,
padahal kita minta dalam keadaan kenyang selamat, ada tempat balik.
Kalau malam ni kau boleh peluk anak kau, atau mak ayah kau masih hidup, atau kau tidur tanpa fikir esok ada makan ke tak
Demi Allah, kau sangat kaya.
Sebelum tidur, cakap dalam hati:
“Ya Allah, ampunkan aku. Selama ni aku lebih banyak mengeluh daripada bersyukur.”
Sebab kadang-kadang, cerita orang lain bukan untuk kita kasihan.
Tapi untuk Allah selamatkan hati kita.
PERHATIAN : Mohon support jualan amal Abg Asnaf (Apis) dalam posting ini. Jemput baca kisah penuh mereka di bahagian description Shopee (HKNA Resources). Link Shopee :
https://t.co/QquJ65wsDE
MAKLUMAN : Terima Kasih juga kepada yang sudi menyumbang untuk mereka bangkit semula. Setiap sumbangan anda sangat bermakna.
-Bank Detail-
Hafizh Khan bin Amiruddin Khan
162674070731
Maybank (Reference : Zakat)
HEBAHAN : Selain jualan amal, ada jualan biasa dan borong. Tempahan untuk doorgift, giftset dan hamper juga boleh dibuat. Hubungi mereka di talian 019-9609295 : Apis.
“Can I bring my baby to the interview?”
The message came in at 11 PM:
“Hi, I have an interview with you tomorrow at 2 PM. My childcare fell through. Can I bring my 8-month-old? I understand if you need to reschedule.”
Old me would have rescheduled.
Unprofessional. Distraction. Red flag.
New me replied:
“Absolutely. See you tomorrow.”
She showed up with her baby on her hip.
She apologized three times before even sitting down.
Ten minutes in, the baby started crying.
She tried to soothe him while answering questions.
She apologized again.
I stopped the interview and said:
“Hey. You’re managing a fussy baby, answering complex questions, and staying calm under pressure. That’s literally the job. Handling chaos while staying professional. You’re already proving you can do it.”
Her eyes filled with tears.
We hired her.
She’s been with us for a year now.
The most reliable team member we have.
Why?
Because when you’re used to handling a screaming infant at 3 AM and still showing up to work the next day, workplace stress feels like nothing.
Working parents, especially mothers, are some of the most organized, efficient, and resilient people you’ll ever hire.
Yet we lose them because our hiring processes are built for people with zero caregiving responsibilities.
If your interview process can’t accommodate a parent facing a childcare issue, you’re not filtering for professionalism.
You’re filtering for privilege.
now so wild of kpm to think that i can survive both bio and chemy in one week as i am losing my mind just with physic alone, so pathetic of you to make us 08 ur punching bag just to make sure other batches go to school during January
#spm2025
I sukaaaaaa sangat dengar orang pandai cakap. Cakap yang structured, tenang, sebut satu-satu word clearly with good pronunciation. Not to mention the abundance of words choosen in their sentence.
So far paling suka Aishah Sinclair on Mix FM & Iman Azman☺️
Siapa lagi yg camni?
ALLAHUAKBAR
81% KHEMAH GAZA TIDAK LAGI BERFUNGSI
Beberapa khemah dihanyutkan arus deras akibat hujan lebat malam tadi di Gaza
4 kanak kanak Gaza dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian ini
Pejabat Media Kerajaan Gaza memaklumkan 110,000 khemah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal terjejas akibat ribut dan hujan sepanjang musim sejuk ini iaitu 81% dari 135,000 khemah untuk melindungi rakyat Gaza
Gaza merayu agar ada khemah khemah baru dapat diberikan supaya mereka mempunyai tempat berlindung terutama dalam mereka menghadapi musim sejuk sekarang ini