Terima kasih warga Panti.
Segala sokongan, kepercayaan dan kebersamaan yang diberikan sepanjang perjalanan ini akan sentiasa saya kenang.
Insya-Allah, perjuangan untuk Panti akan terus diteruskan.
✅ Sokong & Undi Barisan Nasional
Kelmarin berlangsung penyampaian Bantuan Kasih Johor bagi kategori anak yatim dan murid OKU melibatkan 9 buah sekolah di bawah PPD Kota Tinggi.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga dan memberi manfaat kepada para penerima.
Meninjau keadaan Jambatan Panti bersama JPS Kota Tinggi.
Kerja pembersihan saliran dan pengukuhan jambatan akan dilaksanakan oleh pihak berkaitan. Isu pembaikan jalan pula akan dibawa ke peringkat Pejabat Daerah untuk tindakan lanjut.
#DUNPanti
Alhamdulillah, aktiviti korban di DUN Panti hari ini berjalan lancar dengan 6 ekor lembu dikorbankan.
Terima kasih kepada warga Bandar Tenggara & warga Felda Sungai Sibol yang bersama-sama menjayakan ibadah korban tahun ini.
Penyampaian Bantuan Kasih Johor hari ini melibatkan pasangan baru berkahwin, penggali kubur dan jawatankuasa masjid di DUN Panti.
Golongan yang banyak berjasa kepada masyarakat dan komuniti.
#BantuanKasihJohor#MajuJohor#DUNPanti
Alhamdulillah, Program Jualan Kasih Johor di Bazar Rakyat Batu Ampat hari ini menerima sambutan yang baik.
Inisiatif membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih berpatutan.
Lokasi seterusnya:
📍 Hentian Rehat Bandar Tenggara
📍 Titian Laksamana
#ProjekTurunSekolah
Singgah ke SMA Kota Tinggi untuk tinjau keadaan bilik guru, surau dan fasiliti sekolah.
Alhamdulillah, prestasi sekolah juga sangat baik dengan beberapa pencapaian cemerlang berjaya diraih. Semoga terus maju dan cemerlang.
Dalam Persidangan Dewan Negeri Johor kali ini, antara fokus yang dibawa:
▪️ Ekonomi & peluang pekerjaan
▪️ Infrastruktur & bekalan air
▪️ Pelancongan Panti
▪️ AI & alam sekitar
▪️ Bantuan rakyat
Pembangunan mesti dirasai terus oleh masyarakat.
#DUNPanti
Pembukaan Persidangan Dewan Negeri Johor Penggal ke-15, Sidang Pertama 2026.
Platform untuk bawa isu rakyat dan hala tuju negeri.
Insya-Allah, terus suarakan keperluan masyarakat.
Ziarah Encik Reza di Taman Kota Jaya.
Sedang diuji dengan kanser usus.
Bantuan katil sebelum ini, dan kali ini keperluan dapur disalurkan.
Moga meringankan dan beri kekuatan.
Hadir Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Kota Tinggi Bil. 4/2026
Platform untuk suarakan isu di peringkat kawasan dan cari penyelesaian bersama.
InshaAllah kita terus pantau susulan.
Singgah ziarah Makcik Maimunah di Pinang Merah.
Susulan komen daripada anaknya, kita hantar kerusi roda dan keperluan asas untuk membantu urusan harian.
Moga sedikit sebanyak meringankan beban keluarga.
Raya sakan semalam.
6 Majlis Raya Sekampung dalam satu hari semuanya meriah walaupun Syawal dah habis.
Johor ni… raya ikut suasana.
Dikesempatan ini sy nak ucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada para jemaah dan semoga dikurniakan haji yang mabrur.
#RayaSekampung
Buat guru SMK Bandar Tenggara.
Susulan komen di TikTok, saya turun melihat sendiri keadaan bilik guru dan berbincang dengan pihak sekolah.
RM5,000 diluluskan untuk penambahbaikan. Moga memberi sedikit keselesaan kepada para guru.
Syawal mungkin dah habis, tapi di Johor raya masih berjalan.
Majlis Raya Sekampung di Kampung Kelantan tetap meriah.
Budaya kita jelas, raya bukan sekadar tarikh, tapi tentang silaturrahim.
Dewan Semerah Padi di Kampung Lukut nama yang ada sejarah, berkait dengan filem P. Ramlee.
Komuniti di sini juga unik, masih mengekalkan dialek Negeri Sembilan.
Majlis Raya Sekampung ini satu contoh bila ada kerjasama, semua jadi.
Infaq Jumaat Johor di Masjid Al-Husna, Bandar Tenggara.
Dengar sendiri maklum balas jemaah—respon sangat positif. Program kecil, tapi impaknya besar dalam menghidupkan suasana masjid & komuniti.
#InfaqJumaat#DUNPanti#MajuJohor