Semoga bila sesuatu belum menjadi milik kita,hati tetap tenang.
Bukan sebab dah tak berharap,
tapi sebab yakin percaya Allah tidak pernah terlambat, ada perancangan yang lebih baik.
Di waktu yg paling tepat π€
The NKVE between Shah Alam and Subang Jaya has been closed to traffic following a flash flood at KM9.1 southbound.
Plus Malaysia said the incident had caused severe congestion and urged motorists to use alternative routes to reach their destinations.
Ramai tak tau Masjidil Haram belanja besar nak bersihkan taik burung. Setiap sejam dia keluarkan team bersihkan lantai.
Taik merpati ni ada kuman-kuman yang sangat merbahaya. Aku tau sebab mak aku pernah masuk ICU akibat dia cuci taik merpati yang kami bela di rumah dulu.
Alhamdulillah dia recovered, dan bila dia balik rumah, arwah abah aku suruh kami tunggu merpati-merpati tu kat rumah burung kami, cekup sembelih.
Burpβ¦. Ψ§ΩΩΩΨΩΩ ΩΨ―ΩΩΩΩΩΩΩ
So aku memang faham jugak la kenapa dia nak saman orang yang bagi makan ke merpati kat keliling masjid ni.
Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan melalui laut bukan gerakan yang bermula sebulan dua ini, tetapi dah bermula sejak tahun 2006.
Sejak Issewel mengenakan sekatan laut ke atas Gz pada tahun 2007, pelbagai inisiatif maritim yang dikenali sebagai Freedom Flotilla telah dilancarkan oleh aktivis antarabangsa sebagai cubaan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dan mencabar pengepungan tersebut.
Masa tahun 2008, dua buah kapal berjaya berlabuh di Gz. Ini kali pertama sekatan laut itu berjaya ditembusi. Tetapi, rentak kejayaan ini tidak berkekalan.
Sejak tahun 2010, hampir kesemua armada bantuan yang cuba mendekati Gz telah dipintas atau diserang oleh tentera laut Issewel walaupun kapal-kapal tersebut berada di perairan antarabangsa.
Insiden tergempar pada tahun 2010 ialah apabila komando Issewel menyerbu kapal Mavi Marmara. Serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan mengakibatkan 10 aktivis terbunuh. Puluhan lain tercedera. Peristiwa ini mencetuskan kemarahan global dan ketegangan hubungan diplomatik.
Masa tahun 2011, walaupun kebanyakan kapal dihalang, sebuah kapal iaitu Dignite-Al Karama berjaya berlayar sebelum akhirnya dipintas dan ditunda ke pelabuhan Ashdod, Issewel.
Issewel terus menerus menghalang bantuan ini daripada sampai ke Gz termasuk apa yang berlaku pada Freedom Flotilla III pada tahun 2015 dan Armada Just Future for Palestine pada tahun 2018.
Dalam setiap kes, kapal-kapal telah dipintas di perairan antarabangsa, aktivisnya ditahan, disoal siasat dan kemudian dihantar pulang. Masa tahun 2018, terdapat laporan aktivis serangan fizikal oleh tentera Issewel.
Pada tahun ini (2025), Kapal Conscience telah diserang dua kali oleh dron pada Mei 2025. Tidak lama selepas itu, kapal Madleen pula dipintas dan dilaporkan diserang dengan semburan kimia pada Jun 2025.
Global Sumud Flotilla yang dilancarkan pada akhir Ogos 2025 melibatkan lebih 50 kapal dengan delegasi dari 44 negara. Global Sumud Flotilla merupakan misi kemanusiaan maritim terbesar pernah dibuat.
Seperti peristiwa-peristiwa sebelum ini, kapal-kapal Sumud mendapat serangan dariapda dron dan dipintas oleh pihak berkuasa Issewel. Mereka menahan aktivis termasuk dari Malaysia.
Peristiwa yang berulang ini menunjukkan Issewel buat kerja buruk ini lama dah. Mereka konsisten melanggar undang-undang maritim antarabangsa dengan memintas dan menyerang kapal pembawa bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa.
Undang-undang antarabangsa ini macam harimau tak bertaring. Nampak gagah tetapi tak ada kuasa eksekutif macam undang-undang domestik.