Okay la memandangkan ramai dah request thread pasal Tasik Nasser ni. Jadi saya buat la hahahahaha Saya tak pandai sangat bercerita so kalau ada apa apa tanya je hahaha
Sedang memikir macam mana ada 1 brand tu boleh makan kat Rembayung ramai ramai. Bukan ke slot maximum 8 orangg? Hahaha ni sumpah tanya je. Ke ada cara diaa? Book 2 meja camtu keee? Siapa tahuu
Mantap, sebat 3-4 parking lot lepas tu buat tempat duduk. Mujur tak ada customer yang kena langgar.
Kadang-kadang pelik jugak dengan sesetengah peniaga kopi tepi jalan ni. Kau setup mesen kopi sampai belas ribu boleh, nak sewa kedai kau kata tak mampu. Tapi jual kopi harga dh mcm kedai dalam aircond.
Kang cakap lebih-lebih kang kata pulak jual mahal sebab mesen kopi mahal.
Kau bayangkan kalau satu hari pakcik jual apam balik tepi jalan jual apam balik rm20, pastu dia kata terpaksa jual mahal sebab dia beli van dengan dapur masak tu bukan murah.
Tak ke kedengaran bangang benda tu? 🤣
Minta tolong jangan ajak i keluar sampai bulan october.
i tengah kumpul duit untuk borong PERFUME dekat Fragrance Festival Malaysia 😍😍😍
Dekat sana nanti ada 50++ brand perfume and body / hair care dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Dubai, Korea😭😭
Aku ingatkn Bad Genius dh power, skali lg Thailand buat cerita sebenar ttg Startup Unicorn pertama di Thailand. Dari org kampung berjaya buat startup bernilai 1 Billion USD, idea dia dpt
tgk delivery sistem di China. Korang mmg tak senang duduk tgk film ni.
Mad Unicorn : 9.5/10
Penghantar Makanan Maut Dirempuh BMW Disyaki Mabuk Ketika Bantu Mangsa Nahas
JOHOR BAHRU – Niat murni seorang penghantar makanan membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dirempuh kereta BMW dipercayai dipandu lelaki dipercayai mabuk di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru, awal pagi tadi.
Mangsa, Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas keluar dari keretanya untuk membantu di lokasi kemalangan berhampiran stesen minyak Taman Desa Jaya.
Menurut isterinya, Suhaidah Yusof, 40, mereka dalam perjalanan pulang selepas keluar makan bersama rakan-rakan sebelum melihat serpihan motosikal dan berhenti.
Tidak lama kemudian, Mohd Taufik dilanggar ketika membantu mengawal lalu lintas.
Pemandu BMW berkenaan dikatakan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang awam kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis.
Suhaidah yang baru tujuh bulan berkahwin dengan arwah berkata, dia masih terkejut dan trauma, apatah lagi insiden berlaku ketika umat Islam masih menyambut Aidilfitri. - MYNEWSHUB
Generasi tak reti bergaul secara normal
Orang tanya dah kahwin - koyak
Orang panggil puan - koyak
Orang tua ajak bergurau - koyak
Basuh pinggan time raya - koyak
Suruh buat kerja nangis takde training - koyak
Koyak koyak koyak
TERKINI
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengisytiharkan Pelaksanaan Undang-undang Tentera(Martial Law) susulan krisis politik
Beliau berkata ini untuk menghalang unsur unsur Politik Korea Utara terutama dari pembangkang dan melindungi demokrasi berperlembagaan
Halahhh @my_chagee you’re only a few years in the Malaysian market, dont langsi sangat lah mau saman orang for your own staff punya mistake. Starbucks yang dah 26 tahun kat Malaysia pun lingkup apatah lagi your overrated tea.