Hari ini 35 tahun yang lalu, rangka hampir lengkap Tyrannosaurus rex (T-rex) ditemukan di South Dakota, AS.
Ketika sekumpulan pengkaji dari Institut Kajian Geologikal Black Hills (BHI) bersiap untuk pulang dari ekspedisi mencari fosil dekat pekan Faith, salah seorang daripadanya bernama Susan Hendrickson meneroka tebing berdekatan yang tidak diperiksa mereka.
Dia menemui ada tulang tersembul dari dinding tebing, lantas melaporkannya kepada presiden (BHI), Peter Larson yang mengesahkan ia adalah milik dinosaur jenis T-rex. Kerja ekskavasi segera dimulakan, melibatkan 6 orang & mengambil masa 17 hari.
250 daripada keseluruhan 380 bahagian tulang T-rex yang diketahui berjaya dikeluarkan & dengan panjang lebih 40 kaki serta ketinggian 13 kaki pada pinggul, ia adalah rangka T-rex yang paling hampir sempurna (sekitar 90%) & paling besar yang pernah ditemukan.
Rangka itu dilabel sebagai FMNH PR 2081 & dinamakan ‘Sue’ sempena penerokanya. Pemeriksaan lanjut mendapati ia dari Zaman Cretaceous sekitar 67 juta tahun lalu & Sue dipercayai mati di sekitar penghujung jangka hayat seekor T-rex pada usia 28 tahun.
Namun sejurus penemuannya, bermula perebutan hak pemilikan rangka tersebut. Akhirnya mahkamah memutuskan ia milik Maurice Williams, tuan tanah tempat ia ditemukan, yang kemudian menghubungi Sothesby’s, sebuah badan broker barangan, untuk dilelong.
Pada 4 Oktober 1997, fosil purba itu sah dijual kepada pembida tertinggi iaitu The Field Museum (disokong California State University, McDonald’s Corporation, Walt Disney World Resort & penyumbang persendirian) pada harga USD 8.4 juta.
Sue dibawa ke Field Museum di Chicago & kerja mempersiapkan rangka tersebut dimulakan. Akhirnya selepas memakan masa lebih daripada 30,000 jam (tambahan lagi 20,000 jam untuk menyiapkan pameran), Sue mula dipamerkan kepada pengunjung pada 17 Mei 2000.
Pada 2009, pengkaji mendapati Sue mati kerana kebuluran disebabkan jangkitan parasit pada mulut & tekaknya yang begitu teruk sehingga menyebabkan rahangnya berlubang.
Sumber: Field Museum, History, Live Science
#PeristiwaHariIni
KEHAKIMAN YANG DIRENCAT
Suatu ketika dulu dalam tahun 70-an. Badan Kehakiman Malaysia sungguh harum namanya. Antara yang terbaik di Asia.
Ketua Hakim Negara seperti Almarhum Sultan Azlan Shah (masa tu belum lagi jadi Agong/ Sultan) dan Tun Suffian Hashim dipanggil di seantero dunia.
Menyampaikan bicara, orang rujuk nak tiru kita. Bagaimana Malaysia mengamalkan “pengasingan kuasa”, Mahkamah bebas belaka.
Bagi lawyer yang lebih muda (moi included), membaca penulisan dan penghakiman zaman tersebut buat kita angkat topi. Intelektual dan kredibiliti mereka lain. Bikin kita melopong sekali.
Tapi itu tak lama bertahan, tahun 80an lain yang terjadi.
Diangkat lah seorang Perdana Menteri. Dia punya wawasan jauh sekali.
Tahun 1987, ada hiccup pulak. Dia dicabar sebagai Presiden Parti. Kem lagi satu kuat pula. Neck-to-neck keputusannya.
Dia menang tipis. Lawannya kata dia menang secara tak sah. Ada undi yang datang dari cawangan/ bahagian hantu dan tidak berdaftar. Lalu mereka cabar di Mahkamah.
Di Mahkamah terbukti beliau kalah. Menang secara tak sah. Diharamkan UMNO kerana tak ikut Akta. Makanya, dia mula sentap.
Tak cukup dengan itu, sebab tekanan selepas itu, terjadilah Ops Lalang. Lawan politiknya dan pemimpin NGO yang bersuara ditahan tanpa bicara. Akhbar yang bebas yang laporkan apa terjadi, digantung lesen pula.
Makanya, dakwaan salah guna kuasa ini dirujuk ke Mahkamah. And true enough, Mahkamah ada yang menyebelahi tahanan, putuskan juga Mahkamah ada kuasa untuk tentukan sah atau tidak tindakan Kerajaan.
Makanya sentap berterusan lah dia. Mula dia mengancam Mahkamah pula.
Dia kata kalau Mahkamah dok kacau tindakan Kerajaan. Baik tak payah ada Parlimen. Dia juga cakap Hakim ni nak jadi politikus ke, habis kerja politik pun hakim nak campur. Tambah isu Ops Lalang yang sedikit terbantut.
Disebabkan itu, Ketua Hakim Negara ketika itu menulis kepada Agong. Tekankan Badan Kehakiman diancam kebebasannya. Eksekutif/ Kerajaan perlu hormat pengasingan kuasa.
Tetiba Kerajaan kata Tun Salleh Abbas ter”over” power. Perlu buat Tribunal. Tribunal kena consider nak pecat dia.
6 orang Hakim dilantik dalam Tribunal. Seorang hakim saja yang bersetuju TSA dipecat. Yang setuju lepas tu terus naik pangkat Ketua Hakim gantikan Tun Salleh Abbas. 5 orang lagi tolak pemecatan tersebut. Mempertahankan institusi kehakiman dari dikacau ganggu.
Apa jadi selepas itu? 2 Hakim ini dipecat, dan 3 lagi digantung.
Agong dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pecat Ketua Hakim Negara. Hanya kerana depa dikatakan kacau kerja dia.
Makanya bermula dari situ, tamatlah pengasingan kuasa di Malaysia. Sampai lah VK Lingam punya cerita, Hakim2 boleh dicatur pula. Sediakan fulus sahaja.
Ironinya, hari ni Perdana Menteri yang sama kata Perdana Menteri tak perlulah lantik hakim.
Alangkah baiknya ketika dia memerintah 2 pusingan dulu, 22 tahun dan 22 bulan dia buat semua itu. Buang kuasa Perdana Menteri nasihatkan Agong lantik Ketua Hakim. Tapi itu tak terjadi.
Baru ni dia ada hint nak jadi PM 3 kali. Geng PN pun dok angkat dia jadi wakil.
Apa kata PN jangan segan2, namakan saja dia calon Perdana Menteri. Gerenti bila dia naik sekali lagi, Badan Kehakiman dia tak campuri.
Dia bagi saja Agong dan Majlis Raja2 tentukan. Mungkin kali ini dia betul2 nak buat perubahan 📏
Kata saya dalam mimpi…
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- benda ni fakta dan sejarah yang anda boleh research sendiri. Masuklah ChatGPT/ Deepseek dan segala apps AI yang ada. Just type “Krisis Kehakiman Malaysia-siapa punca?”
Internet tak mudah lupa.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melaksanakan Survei Bazar Ramadan 2025 bermula 5 April 2025 secara serentak di seluruh negara. Survei ini melibatkan 64 Bazar Ramadan terpilih di seluruh negara merangkumi 20 item terpilih.
"SUKATI AKU LA NAK LANGGAR....AKU POLIS!"
Polis yang langgar budak sekolah sehingga mati di Ipoh cuba putar-belit apa yang terjadi.....namun ramai saksi yang beritahu dia sengaja melanggar remaja itu....
Apakah keadilan akan tertegak atau sebab "aku polis" dia akan terlepas ?
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet dan barisan timbalan pendakwa raya serta peguam ketika hadir melawat lokasi kejadian berkaitan dengan kes kejadian kemalangan yang menyebabkan kematian seorang pelajar sekolah Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie pada Disember tahun lepas.
📷 Farhan Najib | BERNAMA
#BernamaNews
#BernamaImages
Pihak pendakwaan bagi kes pegawai kanan polis dituduh membunuh pelajar Tingkatan Lima pada Disember tahun lalu akan membuktikan tindakan tertuduh kes itu dilakukan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang lazimnya cukup bagi menyebabkan kematian.
berita penuh: https://t.co/cih9yqtAQD
Untuk semua yang berhajat, semoga Allah tunaikan hajat kalian.
Semoga dapat jodoh terbaik, pekerjaan yang terbaik, rumah yang selesa & rezeki yang berkat.
Aminn 🤲
Sebaik-Baik Doa Di Hari Arafah
Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Ahad, 16 Jun 2024 bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah.