Pendapat saya.
Hati-hatilah dengan isu viral. Viral tak semestinya betul. Ada pihak yang selalunya menangguk air yang keruh.
Dengar kedua-dua belah pihak dahulu sebelum terlepas buat apa-apa pertimbangan.
Daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
رُبَّ أشعثَ أغبَرَ مدفوعٍ بالأبواب، لو أقسَمَ على الله لَأَبَرَّهُ
“Boleh jadi orang yang rambutnya kusut masai, penuh debu, dan sering dihalau di pintu-pintu, sekiranya dia bersumpah atas nama Allah, Allah pasti memakbulkannya." (Riwayat Muslim).
Maksud madfu’ bi al-abwab dalam hadis di atas adalah dia sering dihalau di pintu-pintu kerana tiada kedudukan atau pengaruh di mata manusia.
Hadis ini menggambarkan seseorang yang miskin dan tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana penampilannya yang tidak terurus dan kedudukannya yang rendah. Namun, di sisi Allah SWT, dia memiliki kedudukan yang tinggi kerana ketaqwaannya.
Sekiranya dia bersumpah atas nama Allah untuk sesuatu perkara, Allah akan memenuhi sumpahnya. Sekiranya dia berdoa, pasti Allah makbulkan. Hal ini kerana keikhlasannya, kedudukannya di sisi Allah, dan amalannya yang selari dengan keredaan Allah.
Apa jua kedudukan seseorang samada penjual “es teh” atau jutawan, tiada yang membezakan keduanya kecuali taqwa kepada Allah.
Tgk kes Dr. Say and maid dia
I wanted to say a lot of harsh things from parenting pov
Kerja, paham
Kerja Dr...paham lagi
Tapi
Kerja flexible...cannot bro
Cuti byk kali tak bawak anak....lagi la takleh brain
Ramai buat content parenting tapi sbnrnya tak berapa nak parenting..