✒With you in my life, I don’t throw the alarm clock at the wall anymore because I can’t wait to get up. Remember today that i miss U (◍•ᴗ•◍) aisylie♥️🌹
۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞
❝Yang paling mudah itu mencari kesalahan orang lain,akan tetapi sulit untuk mengakui kesalahan diri sendiri❞
📚Al-Habib Umar bin hafidz
Usah berkira-kira dalam menolong orang kerana Allah tidak pernah berkira-kira dalam menolong hambaNya.
Bahkan Nabi berpesan bahawa Allah akan sentiasa menolong hambaNya yang sering menolong saudaranya yang lain terutamanya yang menghadapi kesusahan.
-hanisyah00-
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
“Solat itu ibadat, pahala itu urusan ALLAH. Belajar itu ibadat, faham itu urusan ALLAH. Bekerja itu ibadat, rezeki itu urusan ALLAH. Janganlah kita mencampuri urusan ALLAH.”
[Ibn Al-Muari]
Ujian adalah tarbiyah dari Allah..
Persoalan nya adakah kita sabar ataupun sebaliknya..
Kesenangan yang datang selepas kesusahan..
Semua nya adalah nikmat dari Allah..
-hanisyah00-
Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silam,
Tetapi lihatnya pada hari ini
Setiap org mampu berubah,
Malah jauh lebih baik dari apa yg kita sangkakan.
-hanisyah00-
DIA tidak hadirkan onak dan duri hanya untuk kita merasa sakitnya.
DIA tidak datangkan derita hanya untuk kita meratapi pedihnya.
Sesungguhnya bahagia itu akan lebih bermakna apabila kita mengenal derita.
-hanisyah00-
Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita.
Dan bukan semua yang mengecewakan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang disitulah letaknya bahagia.
-hanisyah00-
Tips agar murah rezeki dan diberkati rezeki :
1) Jaga solat 5 waktu.
2) Banyakkan bersedekah.
3) Jaga ibu ayah dengan baik.
4) Istighfar 100 kali sehari.
5) Doa dan sangka baik dengan Allah.
6) Elakkan pekerjaan dan duit yang haram.
7) Syukur dengan apa yang ada.
Jangan terlalu baik sangat, nanti orang pijak kepala.
Jangan jahat sangat, nanti orang pandang hina.
Biar la sama dedua. “Jahat & baik. “
Biar orang hormat kita.
-hanisyah00-
Apabila engkau berjaya menipu daya seseorang, bukan bermakna engkau itu bijak dan dia pula bodoh.
Akan tetapi, hanya dia terlalu mempercayai engkau dan bersangka baik terhadap dirimu.
Maka, jangan dikhianati kepercayaan orang lain kepada kita.
-hanisyah00-
Kita sering merungut:
"Susahnya mencari sahabat yang baik!"
Namun, mengapa kita sendiri tak berusaha menjadi sahabat yang baik?
Kadang-kadang, Allah akan beri sesuatu pada kita, pabila kita sendiri berusaha untuk memberi sesuatu pada orang lain.
-hanisyah00-
Dipenjuru kegagalan dan kejayaan ditentukan oleh usaha. Gagal tak semestinya tak berjaya, berjaya tak semestinya bahagia. Yang penting sebuah kesederhanaan hati yang mampu mengubah kesusahan menjadi kesenangan.
-hanisyah00-
RISAU
Usah terlalu risau dengan apa yang belum kita miliki,
Tetapi risaukan apa yang belum kita syukuri..
Alhamdulillah,
Terima Kasih Allah atas segala kurniaan & nikmat yang diberi 💕-hanisyah00-
Cinta tidak mengenal usia yang penting hati suka sama suka pasti akan naik pelamin.
Begitu juga dengan ajal tidak mengenal usia, kita suka ke kita tak suka pasti kita akan masuk liang lahad juga. -hanisyah00-
org selalu kata "buat rugi je buat baik dekat dia dulu"
pada aku la , aku tak pernah merasa rugi pun buat baik.Sbb setiap kebaikan itu ada balasan dari Tuhan.Tak pernah lagi aku tengok org rugi sbb buat baik.
Janji Allah itu pasti ✍
setiap kebaikan akn dibalas kebaikan.
☺️