Cute je abang & kakak sambut 5th anniversary.
perempuan akan selalu extra if dia dah betul2 sayang, both mainkan effort yang sama & priceless ✨
semoga kekal bahagia hingga ke syurga.
Ini hanyalah pandangan peribadi aku.
Lelaki, kalau nak kahwin, kahwinlah dengan orang yang kau tak takut nak berkongsi masalah, kesedihan atau perasaan dengannya.
Janganlah kahwin dengan seseorang yang kau tak boleh tunjukkan sisi lemah kau hanya kerana kau takut dikatakan lemah dan lembik.
Apabila kita dah berkahwin, kita dah takda orang lain dah nak kongsi semuanya. Isteri kita tulah manusia yang sepatutnya kita cari apabila kita memerlukan sokongan dan perhatian seseorang. Hidup ni bukan senang. Ada masanya kita kuat tapi ada masanya kita tak kuat dan perlukan semangat.
Jadi kalau kau rasa isteri kau tak boleh tawarkan waima perkara sekecil tu pun untuk kau, untuk apa kau berkahwin dengan dia?
Lelaki memang pembekal tulen. Takda siapa menafikan hakikat itu.
Tapi siapa pula yang kata pembekal tu bukan manusia?