๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
25 ๐๐ถ๐ฏ 2026
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฆ๐ฌ๐ง๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ง๐ ๐๐๐ก ๐๐ข๐ก ๐๐๐จ๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
15 calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ yang akan bertanding di PRN Johor 2026 akan mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah.
Selain dari pengisytiharan harta, pendapatan dan perbelanjaan, calon-calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan turut menandatangani 4 akujanji secara Akuan Bersumpah dan 1 surat peletakan jawatan secara bersyarat, seperti berikut:
1.Akujanji untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri apabila dipecat dan berhenti sebagai ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐;
2.Surat peletakan jawatan yang siap ditandatangani dan dipegang oleh ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ selaras dengan perkara-perkara di dalam akujanji (1);
3.Akujanji untuk memulangkan wang deposit yang dibayar kepada ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐;
4.Akuan calon yang beliau berkelayakan untuk menjadi calon di sisi undang-undang dan telah memberi maklumat yang tepat untuk menjadi calon;
5.Akuan bersumpah mengisytiharkan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan; dan
6.Akuan bersumpah bersetuju dengan akujanji untuk tidak lompat parti, tidak mengosongkan kerusi, hadir ke mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan prestasi-prestasi lain, serta bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar akujanji.
Draf enam akuan bersumpah dan pengisytiharan harta ini disertakan bersama kenyataan media ini untuk rujukan orang ramai.
Pautan deraf boleh diakses di sini:
https://t.co/SSOFrWqSNu
Semua 15 calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ telah bersetuju menandatangani set akuan bersumpah ini. Akuan-akuan bersumpah dari setiap calon dijangka dikemukakan sepenuhnya kepada ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ sebelum jam 12 tengah hari, 26 Jun 2026 iaitu 6 jam sebelum calon-calon diumumkan.
Pengisytiharan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan setiap calon akan dimuat naik ke laman https://t.co/6vXmDO7QDX dan akses kepada orang ramai akan dibuka pada jam 10 malam, Jumaat 26 Jun 2026.
Orang ramai dijemput untuk meneliti sendiri latar belakang kerjaya, pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan kedudukan kewangan setiap calon BERSAMA bermula 10 malam esok di laman https://t.co/6vXmDO7QDX
Calon-calon BERSAMA akan diumumkan malam esok (Jumaat, 26 Jun 2026) bermula 8 malam di ruang parkir, Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kampung Baru Majidee bersempena dengan pelancaran Trak Kancil yang akan digunakan sepanjang kempen PRN Johor 2026.
Orang ramai dijemput hadir dan boleh mendaftar kehadiran di laman https://t.co/6vXmDO7QDX, klik โAcaraโ. Majlis ini akan diturut disiarkan di platform-platform media sosial.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ berharap calon-calon dari parti-parti lain yang bertanding juga akan mengisytiharkan harta untuk mengukuhkan amalan berintegriti dalam politik.
Selain pengisytiharan harta calon-calon, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah kempen berakhir dalam 2 minggu lagi.
25 ๐๐ถ๐ฏ 2026
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ก๐๐ ๐ก๐๐ญ๐ ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐
Habit bulan puasa saya yang tak kena dengan politician:
1) bukak puasa sepenuh masa di rumah.
Setakat ini, masih 100% bukak puasa di rumah sebab itu masa paling istimewa dengan keluarga. Paling banyak berbuka di luar 2-3 kali sepanjang Ramadhan.
2) tak pernah pergi buffet Ramadhan
Saya tak ingat kali terakhir saya pergi buffet Ramadhan. 20 tahun lepas kot ๐คฃ. Saya tak pergi sebab rasa terlalu banyak makanan dan kelam kabut nak Maghrib.
3) tidak hadir ke majlis buka puasa jemputan
Selalunya wakil rakyat ni kena hadir majlis buka puasa anjuran macam2 organisasi. Saya minta maaf awal2 orang memang tahu saya susah nak hadir.
Semuanya atas satu sebab:
Berbuka puasa dengan keluarga di rumah itu adalah satu nikmat.
๐ฅ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฆ ๐๐๐๐/๐๐ ๐๐๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐๐๐ง ๐ข๐ง๐ข ๐ฉ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ง๐๐ ๐ฌ๐๐ค๐ฌ๐ข๐ค๐๐ง ๐ฌ๐ค๐ฎ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐ ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ! ๐ด ๐ก
Ahad ini Selangor FC bakal menentang Asia Warriors FC di Stadium MBPJ sebelum musim sebenar bermula. ๐ซก
Apa yang menanti anda? ๐ค
โฝ Debut skuad penuh Selangor FC 2025/26.
๐ Pelancaran & jualan eksklusif Third Kit 2025/26 di stadium.
๐ Bersedia untuk dihiburkan dengan
๐จ๐๐ค๐ฌ๐ฉ๐๐ข๐ artis tempatan dan aktiviti
๐๐๐จ๐ฉ sebelum sepak mula.
๐๏ธ Dapatkan tiket #AWFSFC di bio atau di https://t.co/MspowdXG3w
โ๏ธ Ps: ๐๐ ๐ ๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐/๐๐ eksklusif hanya untuk pemegang tiket #AWFSFC. Dapatkan tiket anda sekarang!
#SelangorFC #ThisIsSelangor #UnityBeyondBorders
#AsiaWarriors #svgxsfc
๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐จ๐
Banyak perkara yang ditimbulkan kebelakangan ini, untuk memberi alasan kenapa saya perlu dikeluarkan dari kepimpinan kanan KEADILAN, adalah tidak bersandarkan kepada fakta dan kebenaran.
Terkini, tohmahan kononnya Nurul Izzah bertanding kerana saya akan meletakkan jawatan dan telah mengosongkan pejabat.
๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐๐ถ๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ:
๐ฎ๐ด ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ YAB Presiden menasihatkan supaya tidak ada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden di pelancaran bersama Mesyuarat Agung Tahunan PKR Selangor. Beliau meminta saya diberi laluan mudah.
๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ YAB Presiden meminta saya kekal bertanding sebagai Timbalan Presiden. Beliau hadir ke acara rumah terbuka Kementerian Ekonomi.
๐ญ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Pemilihan cabang berlangsung bagi minggu kedua. Keputusan pelik (termasuk badan tanpa kepala, undi hilang) memuncak dan pola keputusan menunjukkan sesuatu tidak kena.
๐ฎ๐ญ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Sdr Saifuddin Nasution Ismail datang berjumpa di pejabat saya dan kami berbincang lebih 4 jam. Saya maklumkan ada gerakan yang mahu saya tidak lagi menjadi Timbalan Presiden. Saya maklumkan saya terbuka untuk tidak bertanding, sekiranya itu menghentikan kekacauan yang berlaku. Saya nyatakan tidak ada keperluan untuk menggoncang kestabilan parti dan kerajaan hanya untuk mengeluarkan saya. Saya juga akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi kerana prinsipnya mestilah pimpinan parti yang dipilih yang menganggotai Kabinet.
๐ฎ๐ฎ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Saya berjumpa YAB Presiden. Saya nyatakan perkara yang sama kepada beliau. Beliau tidak bersetuju. Beliau memaklumkan aduan-aduan mengenai sistem dan keputusan di peringkat cabang akan dibincangkan di dalam MPP Khas yang telah dipanggil keesokan hari.
๐ฎ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ MPP Khas berlangsung dalam keadaan tegang dan menemui jalan buntu. Mesyuarat berakhir tanpa ada sebarang persetujuan yang jelas mengenai aduan-aduan.
๐ฎ๐ฐ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Oleh kerana tiada jalan penyelesaian yang jelas diputuskan oleh MPP Khas, saya membuat keputusan mengambil cuti untuk berjumpa seberapa banyak cabang yang tidak berpuas hati. Surat memohon bercuti dihantar kepada YAB Presiden. Surat hanya memohon cuti, tidak timbul soal meletak jawatan atau tidak bertanding kerana saya akur dengan permintaan YAB Presiden sebelum itu untuk saya kekal bertanding.
๐ฎ๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ YAB Presiden menelefon dan mohon berjumpa. Saya mohon untuk saya selesaikan perjumpaan saya dengan akar umbi dan bersetuju berjumpa pada 30 April.
๐ฎ๐ต ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ MPP bersetuju untuk mengadakan audit bebas ke atas sistem dan keputusan pemilihan di peringkat cabang, untuk mengatasi masalah defisit kepercayaan kepada sistem menjelang pemilihan pusat.
๐ฏ๐ฌ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Saya berjumpa YAB Presiden. Beliau sekali lagi mengulangi permintaan untuk saya mempertahankan Timbalan Presiden dan kekal dalam kabinet. Saya menyatakan pandangan saya bahawa sesiapa yang menang Timbalan Presiden mestilah mewakili parti dalam kabinet dan saya wajar menarik diri jika kalah. Jika tidak, PKR dilihat tidak berbeza dari parti lain yang berkisar mengenai kedudukan dalam kerajaan.
๐ฒ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Kenyataan-kenyataan media yang disusun oleh individu tertentu (sebahagiannya adalah Setiausaha Politik PM sendiri) mula keluar untuk menunjukkan saya ditolak ketua cabang dan pimpinan kerajaan dari PKR. Kenyataan-kenyataan ini menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah.
๐ณ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Dalam satu kenyataan media, saya mengesahkan saya akan bertanding dan mengalu-alukan penyertaan calon lain.
๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ โ Penamaan calon bagi jawatan Timbalan Presiden. Nurul Izzah tetap bertanding walaupun tahu bahawa saya akan mempertahankan jawatan.
๐ญ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Kempen HIRUK bermula.
๐ญ๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ โ Saudara Saifuddin memohon untuk saya pertimbangkan permintaan Nurul Izzah untuk berjumpa dengan saya.
๐ฎ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Saya berjumpa Nurul Izzah dan Saifuddin di rumah Saifuddin. Inti pati perbincangan akan saya ulas di perenggan seterusnya.
Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah mendraf surat meletak jawatan, atau menyatakan tidak akan bertanding. Alasan yang diberikan konon Nurul Izzah masuk bertanding untuk menyelamatkan parti akibat kekosongan jawatan adalah tidak benar. Saya telah umumkan terlebih dahulu saya akan mempertahankan jawatan seperti yang diminta oleh YAB Presiden sendiri.
Saya juga tidak pernah berkemas untuk mengosongkan pejabat. Pejabat saya masih kekal bersepah dengan fail-fail hingga ke hari ini. Selepas bercuti selama 4 hari untuk berjumpa dengan akar umbi, saya kekal menjalankan tugas menteri seperti biasa.
Jika benar Nurul Izzah bimbangkan kekosongan jawatan Timbalan Presiden, Saudara Saifuddin boleh sahaja bertanding sebagai timbalan. Lebih mudah, Nurul Izzah boleh berhubung dengan saya untuk mengesahkan, seperti mana beliau sering berhubung di tahun-tahun 2021 dan 2022 untuk memujuk saya kembali aktif ke arah persediaan PRU2022.
Dalam pertemuan terakhir pada 20 Mei, Nurul Izzah sekali lagi merayu kepada saya untuk membantunya selepas pemilihan parti. Ada gambaran beliau menawarkan jawatan kepada saya. Saya nyatakan di awal perjumpaan saya tidak berminat dan akan menghormati keputusan pemilihan.
Alasan yang diberikan ialah kebimbangan beliau dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat bakal menimbulkan masalah kepada YAB Presiden dan parti. Secara jelas, beliau berkongsi kebimbangan mengenai niat mereka, rekod mereka, amalan politik mereka dan kesannya kepada parti.
Inilah sebenarnya jawapan kepada soalan โAda Apa Dengan Hiruk?โ
Saya tidak pandai bermuka-muka. Saya diketahui di dalam dan luar parti yang saya tidak selesa dengan beberapa kumpulan, yang pada pandangan saya, tidak menggambarkan reformasi politik yang dibawa PKR. Amalan mereka banyak berkisarkan wang dan keghairahan mereka untuk mendapatkan jawatan bertentangan dengan janji reformasi yang dibawa parti.
Saya konsisten menolak mereka.
Atas alasan ini, saya dituduh ego. Setiap kali ada pemilihan, kumpulan ini bekerjasama untuk menolak calon-calon yang tidak mengamalkan perkara yang sama.
Saya dituduh memburukkan parti apabila mengkritik amalan-amalan ini secara terbuka.
Akhirnya, setelah kumpulan-kumpulan ini diyakini akan membarisi kepimpinan baru PKR, saya juga yang dirayu untuk melawan mereka di dalam parti.
Jika Nurul Izzah bimbang mengenai amalan mereka, Nurul Izzah sepatutnya tidak bersekongkol dengan mereka demi untuk menang jawatan Timbalan Presiden.
Insya Allah, tanggungjawab itu menjadi tanggungjawab beliau selepas ini. Allah dan rakyat akan menghakimi kita, melangkaui jeritan reformasi kita di dalam kempen.
Saya bersyukur saya telah melakukan yang terbaik untuk melepasi ujian kuasa kali pertama ini.
#HIRUK #IdealismeDalamUjianKuasa #PemilihanPKR2025
Jemputan ke ๐๐๐ญ๐๐ซ ๐๐ฎ๐ก๐ข๐๐๐ก di Stadium MBPJ pada Sabtu ini! ๐โญ๏ธ Panggilan kepada semua penyokong KDN FC dan SFC yang akan hadir pada #LS21 nanti, sertai kami untuk majlis berbuka puasa khas sebelum sepak mula perlawanan #KDNSFC.
๐ Tarikh: 8 Mac 2025
๐ Masa: 6:00 PM
๐ Lokasi: Stadium MBPJ, (pintu masuk lobi VIP)
๐ฝ Kod Pakaian: Pakaian solat / Jersi Selangor FC
Untuk makluman, majlis ๐๐๐ญ๐๐ซ ๐๐ฎ๐ก๐ข๐๐๐ก adalah ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ untuk ๐ญ๐ฌ๐ฌ๐ฌ yang ๐ฉ๐๐ง๐๐ฌ๐๐ก sahajaโ๏ธ
Pelbagai juadah makanan dan minuman menanti anda! ๐ Jumpa di sana! โค๏ธ๐
#SFC #MKLK
#MerahKuning #LambangKebanggaan
#KDNSFC #LigaSuper2024-25 #LS21
#IftarMuhibah
Skuad #SFC akan bertandang ke Manjung buat perlawanan #LigaSuper2024-25 yang seterusnya. Ayuh, #GergasiMerah ku! โค๏ธ๐
โฝ๏ธ Perak FC ๐ Selangor FC
๐๏ธ Stadium Majlis Perbandaran Manjung
๐๏ธ 17 Disember 2024
๐ 8:30 PM
Dikuasakan oleh PKNS
#SFC#MKLK#MerahKuning #LambangKebanggaan
#PRKSFC
#LigaSuper2024-25
Saya jarang ambil gambar atas kapal terbang.
Tapi gambar ini saya ingat perlu saya kongsi sebab ada cerita yang hebat di sebaliknya.
Mat Salleh sebelah saya ini namanya Gord, seorang rakyat Norway. Beliau dilahirkan dengan spina bifida, iaitu satu keadaan yang bersabit dengan tulang belakang dan saraf (boleh google spina bifida). Oleh sebab itu, beliau memang hadapi kesukaran berjalan sejak kecil dan menggunakan kerusi roda (atau bertongkat untuk bangun).
Beliau melawat Malaysia kerana hadir ke persidangan spina bifida antarabangsa.
Walaupun kelainan upaya, beliau adalah seorang profesional perubatan dan juga seorang pegawai undang-undang dalam bidang hak pekerja.
Paling istimewa, beliau pernah menjadi tenaga sukarela di sebuah hospital di Tebing Barat, Palestin bermula 1999. Beliau menjadi saksi sendiri kepada kesusahan rakyat Palestin.
Ujar beliau, rakyat Palestin adalah orang yang paling bersabar dan paling baik hatinya.
Walaupun mereka hidup dengan segala penderitaan, mereka lebih bimbangkan keadaan dan kesusahan Gord yang kelainan upaya sehinggakan beliau dilayan seperti VIP, sedangkan mereka bertaruh nyawa setiap hari.
Pembelaan nasib rakyat Palestin bukan soal agama, kaum, kepercayaan atau pun kelainan upaya dan darjat.
Ia soal yang menguji kemanusiaan kita.
Insan seperti Gord telah lulus ujian kemanusiaan itu. Semoga kita juga turut lulus ujian kemanusiaan kita.
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN VIDEO TULAR DI MEDIA SOSIAL MELIBATKAN SEORANG PENDAKWAH DAN SEKUMPULAN PARA PELAJAR DALAM SEBUAH MAJLIS YANG MENGALUNKAN BAIT TERTENTU DALAM BAHASA ARAB
1. โ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merujuk kepada sebuah video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan para pelajar dalam sebuah majlis yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab.
2.โ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyediakan laporan serta membawa perkara ini kepada tindakan pihak berkuasa agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah.
3.โ Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah.
4.โ Agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diminta untuk melipatgandakan usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATOโ SETIA DR. HJ. MOHD NAโIM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
10 Oktober 2024
๐๏ธ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐
Jangan lepaskan peluang terakhir membeli tiket kombo bagi perlawanan-perlawanan ๐๐๐๐ Kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) yang bakal bermula tidak lama lagi.
Untuk makluman, penjualan tiket kombo akan diberikan keutamaan dan promosi yang berlangsung ini dilanjutkan sehingga esok, 19 September 2024, berakhir jam ๐๐ ๐๐๐๐๐. Penjualan tiket kombo ini juga adalah TERHAD.
Selepas tamat tempoh promosi kombo ini, penjualan tiket ๐๐๐๐ akan dibuka seperti biasa pada minggu perlawanan ๐
๐๏ธ Pembelian tiket kini dibuka dan boleh dibeli menerusi https://t.co/MspowdXG3w SAHAJA kerana tiada penjualan tiket secara fizikal. Harap maklum โค๏ธ๐
#SFC #MKLK
#MerahKuning #LambangKebanggaan
Welcome to the #RedGiants family ๐ด๐ก
We are proud to announce our new Official Bronze Partner with FamilyMart Malaysia. ๐ค! ๐ฒ๐พ ๐ฏ๐ต
๐ Read the press release on our official website https://t.co/FWKr8seStb by clicking the link below:
https://t.co/Vrw80CDYQS
#SFC#MKLK
#MerahKuning #LambangKebanggaan
โ๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ค๐ก๐ ๐จ๐๐ฅ๐๐ , ๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฉ๐๐ฃ๐ฉ๐๐ฃ๐ ๐ ๐๐ ๐ช๐๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐ฌ๐ ๐ข๐๐ฃ๐ช๐จ๐๐.โ
Menghadapi setiap cabaran dengan keberanian dan ketabahan, muncul lebih kuat dan terus memberi inspirasi kepada kita semua. Perjalanan anda ๐ฆ๐๐ง๐๐ฎ๐ค๐ฎ๐ง๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฌ๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฃ๐ฎ๐๐ซ๐. Selamat kembali, Faisal Halimโค๏ธ๐
@KhindMalaysia
#SFC #MKLK
#MerahKuning
#LambangKebanggaan
PENUHKAN STADIUM!
Turun stadium, perkara asas sebagai seorang penyokong bolasepak. Jadikan ia sebagai suatu budaya, waima ianya perlawanan liga sekalipun. Jangan hanya muncul ketika pasukan berada di atas.
Alex Agywarkwa wants to keep up the momentum so we can keep on going forward! โค๏ธ๐
There will also be a stadium takeover by @KhindMalaysia as we take on Kelantan Darul Naim FC tomorrow at Stadium MBPJ. Join us for the ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ธ๐๐ถ ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐๐๐๐ก๐ & stand a chance to win various prizes! ๐
๐๏ธ Tickets are still available so donโt miss out on #SFCKDN by clicking the link in our bio. ๐
#MerahKuning #LambangKebanggaan
#JusticeForFaisalHalim