Salurkan maklum balas anda terhadap kualiti perkhidmatan kami menerusi kod QR atau pautan berikut:
Penghargaan
https://t.co/MraqMtn6E5
Cadangan
https://t.co/rozfKDXV3r
Aduan
https://t.co/oniJbsVn2a
Kepuasan pelanggan keutamaan kami.
#mesradanprofesional
SAMBUTAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA — IMMUNIZATION FOR ALL IS HUMANLY POSSIBLE
Minggu Imunisasi Sedunia disambut pada 24 hingga 30 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan vaksin dalam melindungi kesihatan individu dan komuniti.
Tahun ini, tema Immunization for All is Humanly Possible menyeru agar setiap individu tanpa mengira latar belakang, mempunyai peluang yang sama untuk dilindungi melalui vaksinasi.
SAMBUTAN HARI MALARIA SEDUNIA — MALARIA ENDS WITH US: REINVEST, REIMAGINE, REIGNITE
Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran global terhadap penyakit bawaan nyamuk Anopheles yang disebabkan oleh parasit Plasmodium.
Hospital Al-Sultan Abdullah menyahut seruan untuk menamatkan ancaman malaria melalui pendidikan, penyelidikan dan penjagaan kesihatan yang berterusan ke arah dunia bebas malaria.
SAMBUTAN HARI HEMOFILIA SEDUNIA — ACCESS FOR ALL: WOMEN AND GIRLS BLEED TOO
Hari Hemofilia Sedunia disambut pada 17 April setiap tahun. Hemofilia ialah penyakit genetik yang menyebabkan darah sukar membeku dengan baik akibat kekurangan komponen pembeku darah dalam badan.
Statistik menunjukkan 1 daripada 10,000 individu di dunia menghidap penyakit ini.
Hospital Al-Sultan Abdullah menyokong kesedaran dan akses rawatan adil untuk semua — termasuk wanita dan kanak-kanak perempuan.