Top Tweets for #SEKATA
Pendengar yang baik sentiasa menang dalam perhubungan. Khususnya pada zaman semua orang mahu bercakap. Pendengar yang baik banyak mendapat kelebihan dalam hubungan pada masa akan datang.
Berlatih mendengar agar seia-#sekata
Husband i akan luahkan pasal penat, kerja dan masalah lain2 masa masa makan malam. Kadang kalau dia tak buka cerita, i yang tanya..
Ayah i dulu pun akan cerita kat mak masa makan. Mak diam mendengar. I pun diam dengar sesekali bagi dia kata2 semangat. Tu je depa nak..
Pada sisi saya bersama-sama penerbit, kami selarikan isu rumahtangga yang dibincangkan dalam media sosial dengan dapatan para pengkaji yang sudah memerhatikan perkahwinan usia sebulan sehingga 39 tahun.
Dapatan itu kami kumpulkan dalam buku #Sekata terbitan @bukupts
Sebabnya, kita mahu asingkan pendapat peribadi dan dapatan ilmu dalam hal kekeluargaan.
Mudah orang mahu rujuk.

"Isteri saya memang setuju dengan apa yang saya cadangkan dan mahukan."
Nanti dahulu.
Suami selalu menyangka isteri selalu seia-sekata terhadap apa yang dicetuskan oleh suami.
Tidak, ini hubungan manusia, masing-masing ada kehendak dan keperluan.
Kita seia-#sekata kerana kita tahu bila mahu menang dan kalah. Sehati sejiwa berlaku begitu.
Ini adalah kebijaksanaan dan hikmah dalam mengurus hubungan.
Ada beza itu. Ada perkara yang isteri beralah untuk kita. Tetapi yang suami sangka, dia selari dengan isteri setiap masa.
Tidak, dia 'memberi' kemenangan kepada kita dalam diam. Sentiasa ingat dan hargai perkara itu.
Foto ini tak ada kaitan, saya serahkan buku #Sekata @bukupts @putehpress kepada Tuan Aizat Razak sahaja.
Apa yang sama, kami suami kepada wanita yang menerima kami seadanya. Gitu...

Komuter berhenti lama di landasan. Lelaki tua semakin resah menunggu pergerakan semula.
Dia melepaskan resah kepada khalayak. Boleh jadi, dia berharap orang akan seia-#sekata dengan isi hati dia.
Pada skrin jelas ditulis, menunggu isyarat kebenaran meneruskan perjalanan. Ada tren sedang bergerak dari hala bertentangan.
Ada dua pilihan.
ΒΉ Terangkan kepada lelaki tua keadaan yang dilalui.
Β²
Lalu saya memilih Β² kerana jika iklim komunikasi masih negatif, boleh jadi saya perlu bersabar dengan kata balas daripada dia sepanjang menunggu komuter bergerak semula.
Oh, itu akan mencarik-carik kesabaran pula. Hahah.
Syukur, komuter berhenti dalam keadaan penghawa dingin elok berfungsi.
Pilihan kedua lebih tepat. Lelaki tua penat dengan kata-kata sendiri dan dia pun duduk diam menunggu.
Tak semua keadaan memerlukan kita ke hadapan menerangkan keadaan.
Ada situasi, memilih diam lebih baik.

Kita tidak mahu menjadi manusia yang tergesa-gesa memiliki 'nikah' dan memutuskan 'nikah' sebelum pengetahuan datang memberi erti satu pilihan. #Sekata
Isteri tak pernah iktiraf saya 'hensem', maka saya akur. Saya menulis buku #Sekata, tak perlu 'hensem', hanya perlu tahu ilmu yang betul. Hahaha....

Overheard at a Pesta Buku
Girl A: Tu penulis ke?
Girl B: Haah tu la penulis buku ni (tunjuk buku kat tangan)
Girl A: Tak hensem pun?
Girl B: Sebab tu dia jadi penulis bukan artis
Buku #Sekata akan merentas sempadan negara.
Semoga dapat dimanfaatkan oleh para gadis, wanita, isteri, ibu, pemuda, suami dan bapa dalam menguasai komunikasi menang-menang pada waktu susah dan senang.
Buku ini ada di reruai @bukuPTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur .
Tak perlu susah payah. Tunjuk foto buku ini kepada petugas. Mereka akan tunjukkan.

Bagi mencipta daya pengaruh ketika berkomunikasi dengan pasangan, otak jangan menghala kepada perbualan siapa salah atau betul. Nanti perbualannya akan membawa salah faham. Akhir sekali, masing-masing sama-sama salah. #Sekata di PTS , Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur .

Puan Ainon Mohd memberitahu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah tempat mencari jodoh yang baik-baik.
Saya tambah, baik lelaki dan perempuan, bawa buku PTS berjudul #sekata . Nampakkan rekaan sampul ketika memegangnya.
Apabila nampak orang bujang baik lelaki atau perempuan membelek, memegang dan membaca @bukuPTS @putehpress ini, sah pembacanya sedang ke arah mencari kebaikan hidup berpasangan.
Pandai-pandailah, mahu senyum, mahu angguk kecil atau mahu buka perbualan kecil selepas itu. Misalnya, "Oh, pilih buku yang sama?"

Terima kasih Puan Asha Kakchik kerana memiliki buku #Sekata di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur . Insya-Allah buku seni berbual-bual dengan pasangan dapat dibeli di reruai @bukuPTS @putehpress

Hari ini, buat pertama kali, buku #Sekata terbitan @bukuPTS @putehpress dibincangkan di pentas https://t.co/OPxEPmQy0U .
Pemudah bicara adalah Tuan Nizal Mohammad, dahulunya beliau ada personaliti yang memberi keceriaan kepada rakyat Malaysia melalui penampilan bersama TV3 di Malaysia Hari Ini dan Jejak Rasul.
Depan mata saya, buku 'menyelenggara' kualiti komunikasi pasangan ketika susah dan senang dibeli oleh orang lelaki.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini seperti warga kerja masuk jam 8.00 pagi, pulang jam 5.00 petang. Terima kasih KTM Berhad atas perkhidmatan komuter yang ada kekerapan tinggi ke Tanjong Malim. #Sekata

"Gila ya, 100 judul baharu di pesta buku!"
Dalam 100 judul baharu @bukuPTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur insya-Allah judul turut ada, Sekata, tulisan bersama Puan Ainon Mohd.
Menulis ilmu yang membebaskan fikiran dan jiwa pasangan. #sekata #pbakl2024 #klibf2024

Lelaki ada hubungan sulit, pukul pasangan, tak bayar nafkah, - ini adalah santapan media netizen.
Lelaki buat tiga empat kerja untuk keluarga, buat isteri tersenyum ketika dia sendiri gundah gulana, menjadi 'kanak-kanak' buat anak - ini adalah kesaksian pada mata isteri. #sekata
Jangan hanya berkata-kata, bawa benih-benih benih untuk ditanam dalam perbualan.
Benih-benih itu adalah kunpulan perkataan yang terpilih untuk mencipta emosi yang positif.
Setiap patah perkataan akan tertanam pada hati dan merangkai dalam fikiran pasangan. #sekata
Jika di Pasar Seni, mak-mak akan tarik anak agar ada jarak antara mereka dengan pelukis. Barulah pelukis dapat sempurnakan kerja.
Jika di Stesen KTM Tanjung Malim, makin kamu jarakkan, makin dekat dia datang. Macam anak kucing ini.
Suka dan percaya, dekat pun muncul. #sekata

Last Seen Hashtags on Sotwe
jandabugil
Seen from Indonesia
ursulastenzel
Seen from United States
MP_Ka_Beta_Scindia
Seen from United States
JaviVega
Seen from United States
minichat filter:videos
minichat (((()))) + filter:media() -filter:images
Seen from Canada
fpe #rule34
Seen from Brazil
minichat(***********************************************************************************************************************************) filter:videos
Seen from Mexico
modelpop
Seen from Indonesia
δΈηε£²γγΎγ
Seen from Japan
Most Popular Users

Elon Musk 
@elonmusk
241.5M followers

Barack Obama 
@barackobama
118.9M followers

Cristiano Ronaldo 
@cristiano
114.6M followers

Donald J. Trump 
@realdonaldtrump
111.8M followers

Narendra Modi 
@narendramodi
107.1M followers

Rihanna 
@rihanna
98.7M followers

NASA 
@nasa
92.3M followers

Justin Bieber 
@justinbieber
91.8M followers

KATY PERRY 
@katyperry
90M followers

Taylor Swift 
@taylorswift13
84M followers

Lady Gaga 
@ladygaga
75.5M followers

Virat Kohli 
@imvkohli
73.5M followers

Kim Kardashian 
@kimkardashian
70.9M followers

YouTube 
@youtube
68.8M followers

Neymar Jr 
@neymarjr
66.5M followers

Bill Gates 
@billgates
65.2M followers

Selena Gomez 
@selenagomez
63.1M followers

The Ellen Show
@theellenshow
62.2M followers

CNN 
@cnn
61.8M followers

X 
@x
60.7M followers









