Top Tweets for #TeamMITI
π²πΎ Pesanan Terakhir Untuk #TeamMITI
Setelah 3 tahun yang penuh bermakna, tibalah masanya untuk saya mengakhiri tugas di sini. Walaupun rasa sebak untuk meninggalkan MITI, saya amat berbangga dengan pencapaian kita bersama! Ingatlah, kejayaan MITI bukan kerana siapa yang menjadi Menteri, tetapi adalah usaha semua warga MITI dan Agensi yang menjadi tulang belakang ekonomi negara. Terima kasih atas sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi! β€οΈ
Sebelum saya melangkah, izinkan saya berkongsi 3 pesanan penting untuk pegangan kita:
Pertama, sentiasa berikan khidmat yang terbaik untuk negara dan rakyat, kerana tanggungjawab penjawat awam itu amat penting.
Kedua, always support one another and be proud of your work β be your own cheerleader dan kuatkan semangat kerja berpasukan.
Ketiga, integrity is non-negotiable! Sentiasa katakan 'TIDAK' kepada salah guna kuasa dan rasuah, kerana integriti mengambil masa bertahun untuk dibina, tetapi hanya beberapa minit untuk dimusnahkan.
I will always be MITIβs No 1 Cheerleader no matter where I am. Jaga diri dan jagalah nama baik MITI! π
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK)! π²πΎ Kami melaporkan prestasi kemajuan projek dan perbelanjaan pembangunan MITI bagi Rolling Plan 5 (RP5), RMKe-12 hingga 1 Disember 2025. Syabas kepada #TeamMITI kerana berjaya mencapai prestasi 86.96%, melepasi purata nasional 86.43%. πͺ
Pencapaian ini menunjukkan komitmen padu kami dalam memastikan setiap peruntukan pembangunan digunakan secara berkesan demi memacu kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Tahniah semua! Terus fokus, terus mara!
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja

π KIBARKAN BENDERA MALAYSIA DENGAN MEGAH, FAIQ! π²πΎ
Tahniah Mohammad Faiq Adnan! Kejayaan Faiq menamatkan acara renang Oceanman Sabah sejauh 2 kilometer dalam masa hanya 1 jam 15 minit telah melayakkan beliau ke Oceanman World Finals di Dubai! Seluruh #TeamMITI berbangga dengan kejayaan rakan setugas kami ini! Apa yang paling membanggakan, Faiq merupakan atlet para renang (cacat penglihatan)! Ini satu pencapaian luar biasa, tak ramai di luar sana yang mampu lakukannya!
Kisah Faiq membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil selagi kita ada keazaman dan semangat yang kental. Faiq adalah inspirasi kepada semua, terutamanya golongan OKU. Kami doakan kejayaan Faiq dan semoga selamat pergi dan kembali! πͺπββοΈ
Saya tengok kejayaan Faiq ni, terus rasa gatal nak start open water swimming balik. Last time saya join open water event ialah Swimathon Thailand pada 2018, acara renang 10 km. Tak apa, minggu depan insya-Allah dah ada lebih masa nak start training! π
#TZA #GayaHidupSihat

Sesi βLunchβ Berjemaah Hari Ini: Nasi Padang! π―ππΆοΈ
Inilah amalan kami di pejabat; bila ada masa, kita makan bersama! Makan ramai-ramai memang seribu kali ganda lebih meriah daripada makan seorang diri, kan? Hari ini kita jamu #TeamMITI nasi padang restoran Sederhana! π
Lauknya memang sedap, tapi part nasinya Ya Allah... sebungkus tu macam nak bagi makan 4 orang! π€― Terpaksalah bahagi-bahagikan satu bungkus tu. Alhamdulillah, rezeki yang dikongsi itu lebih berkat. πͺπ½οΈ
#TZA #family

Misi ke Korea: Satu Pasukan, Satu Matlamat! π°π·π²πΎ
Alhamdulillah, Sidang Kemuncak APEC serta Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Korea telah selesai dengan jayanya! Semua ini takkan berjaya tanpa kerjasama padu #TeamMITI yang sangat komited.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga MITI, #MATRADE, #MIDA, Wisma Putra dan tak lupa juga Kedutaan Malaysia di Korea atas segala bantuan logistik, rundingan, dan sokongan padu sepanjang misi ini. Anda semua memang terbaik! Inilah semangat #MalaysiaMADANI β bekerjasama untuk kemakmuran negara. Kita teruskan momentum ini! πͺβ¨
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja

Alhamdulillah, ASEAN Economic Ministers Meeting selesai! Terima kasih #TeamMITI, rakan kementerian dan agensi, media, keselamatan & sukarelawan. Youβre awesome! π
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #myASEAN2025 #memacuekonomiASEAN2025
Bukan mudah nak ucap selamat tinggal pada individu yang dah jadi sebahagian daripada keluarga. π Hari ini, #TeamMITI meraikan dan mengucapkan selamat jalan kepada pegawai saya, Lim Wei Urn, yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang Pembangunan Negara di Institute of South-South Cooperation and Development, Peking University, China! Hebat! πβοΈ
Jasa dan sumbangan Wei Urn sepanjang berkhidmat amat dihargai. Dedikasi dan komitmennya menjadi inspirasi untuk kami semua. Kami doakan semoga perjalanan ilmunya dipermudahkan dan segala impiannya tercapai.
Selamat maju jaya, Wei Urn. We will miss you! β¨
#TZA #keluarga #family

Belanjawan 2026: MITI Bawa Suara Industri! π£οΈπ²πΎ
Dalam sesi konsultasi bajet 2026 bersama YB Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan MOF, saya dan #TeamMITI kongsikan cadangan-cadangan kami untuk #Belanjawan2026 yang akan memberi tumpuan kepada aspek perdagangan dan pelaburan.
Kita perlu memangkin pertumbuhan ekonomi negara untuk bantu syarikat kita, terutamanya PKS, berdepan dengan cabaran tarif global dan meneroka pasaran baharu. Saya yakin dengan sokongan padu MOF, kita boleh pastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan utama dan hab perdagangan global yang berdaya saing! π
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja

Alamak, jerebu ni. Macam mana nak lari? π·π«οΈ
Semalam saya dah plan jogging dengan #TeamMITI, sekali pagi tu tengok langit, teruk juga jerebu ni! π© Alhamdulillah, bila petang, jerebu pun dah reda, jadi bolehlah kami jogging. π Kami jogging sekitar MITI je. Pusing-pusing, dapatlah cover 6 km. πββοΈπ¨
Bagi runners di luar sana, gian nak lari macam mana pun, kalau jerebu teruk sangat, cari alternatif exercise lain je lah. π€ΈββοΈ Kita exercise nak sihat, kalau lari masa jerebu, tu cari penyakit namanya! π
ββοΈ
#TZA #GayaHidupSihat

Burning the midnight oil! π₯
Lewat malam ini, #TeamMITI dan agensi masih lagi bertungkus-lumus membuat persiapan akhir demi memastikan Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) berjalan lancar! πͺ
Terima kasih atas semangat dan dedikasi luar biasa anda semua. Dengan usaha gigih yang dicurahkan, pastinya acara penting ini akan menjadi kenangan manis untuk setiap delegasi yang hadir! πβ¨
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #myASEAN2025 #memacuekonomiASEAN2025

Nak menggulung di Parlimen bukan sekadar baca pdf!
Kita kena faham topik yang kita akan terangkan. Kita juga kena bersedia untuk menjawab celahan ahli Dewan yang ingin penjelasan tambahan. Itulah sebabnya sebelum setiap sesi penggulungan saya akan ada sesi bersama #TeamMITI untuk memperinci setiap jawapan.
Alhamdulillah, selesai sudah Sesi Penggulungan Perbahasan RUU Belanjawan di Dewan Negara untuk MITI.
Terima kasih kepada #TeamMITI yang membantu dalam menyediakan jawapan.
#TZA #parlimen #DewanNegara #MITI #PemacuPotensiGlobal #Belanjawan2025

Malaysia π· & Peru π· mengukuhkan kerjasama ekonomi melalui mesyuarat meja bulat bersama Pemimpin Industri Peru.
Seperti biasa, #TeamMITI telah merencanakan Mesyuarat Meja Bulat yang mengumpulkan 17 syarikat Malaysia dan 18 syarikat Peru, membuka peluang kerjasama dalam sektor-sektor penting seperti kewangan, tenaga boleh diperbaharui, halal, dan logistik. Dengan rangkaian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang komprehensif, Malaysia bukan sahaja menjadi pintu masuk ke pasaran ASEAN, tetapi juga menawarkan akses yang lebih luas kepada syarikat Peru untuk berkembang di rantau Asia-Pasifik.
Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia komited untuk meningkatkan integrasi serantau dan memanfaatkan kerjasama yang lebih kukuh, termasuk dalam industri halal. Menerusi MoU terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal, sekali gus memperkukuh kedudukan Peru dalam pasaran halal global yang sedang pesat berkembang di dalam pelbagai industri.
Saya yakin bahawa kerjasama ini akan membawa manfaat ekonomi yang besar dan membuka peluang baharu bagi rakyat kedua-dua negara.
#Malaysia #Peru #PemacuPotensiGlobal #APEC2024 #Halal #TeamMITI #MITI #TZA #MalaysiaMADANI

Hola PerΓΊ! (Hello Peru!)π΅πͺ
Alhamdulillah, YAB PM telah selamat mendarat di Lima, Peru, dari Kaherah untuk menghadiri Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Seperti biasa, agenda pertama adalah taklimat ringkas untuk YAB PM bersama #TeamMITI dan pasukan MOFA untuk memastikan setiap agenda akan berjalan lancar.
Pendekatan strategik MITI di APEC 2024 termasuk untuk memastikan sebuah ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif; meneraju keterangkuman digital, memastikan penggunaan AI yang berhemah serta menggalakkan pelaburan digital, pelaburan lestari dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang mampan.
Dari sudut Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan, MITI akan berusaha mengukuhkan konsep kepusatan dan sifat berkecuali ASEAN di mesyuarat APEC ini kerana ASEAN sememangnya berpotensi untuk menjadi βkuasa pertengahanβ dalam kancah ketidaktentuan geopolitik dunia semasa.
Kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik sepatutnya berdasarkan kedaulatan undang-undang agar ianya menguntungkan kesemua ahli-ahlinya - inilah aspirasi yang dicerminkan oleh tema APEC tahun ini iaitu βEmpower. Include. Grow.β dan penglibatan YAB PM yang diselaraskan oleh MITI adalah untuk memastikan agar tema tersebut benar-benar menguntungkan Malaysia dari segi peningkatan perdagangan dan pelaburan, dalam suasana global yang aman damai, insya-Allah.
#Malaysia #Peru #PemacuPotensiGlobal #APEC2024 #TeamMITI #MITI #TZA #MalaysiaMADANI

ASEAN 2024 done! β
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada #TeamMITI atas komitmen dan dedikasi sepanjang program-program Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-24 & Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hasil usaha gigih mereka. But remember, cabaran yang lebih besar menanti tahun hadapan! MITI akan memikul tanggungjawab utama sebagai tonggak ekonomi ketika Malaysia mempengerusikan #ASEAN2025. So, this is not the end - the real work has just begun!
P/s: Gambar ni tak complete, ada ramai lagi yang bekerja di belakang tabir yang telah banyak membantu, tapi pesanan ini tetap untuk semua #TeamMITI! π
#ASEAN2025 #MalaysiaMADANI #PemacuPotensiGlobal #MITI #TZA

Kerja kerja juga, soru jangan lupa!
Kesian #TeamMITI penat bekerja tak henti-henti bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Tapi jangan pula sampai skip makan!
Hari ini saya ambil masa sikit lunch dengan mereka di area NCC ni. Best juga lepak makan sambil tengok gelagat delegasi negara-negara lain.
#ASEAN2025 #ASEANLAOS #MalaysiaMADANI #PemacuPotensiGlobal #MITI #TZA

Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Vientiane, Laos untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-24 & Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45.
Seperti biasa, saya dan #TeamMITI telah mengadakan mesyuarat pre-council supaya semua agenda penting dapat diselaraskan dengan lancar.
Fokus utama kami adalah untuk memperkukuh kerjasama ekonomi di ASEAN, merangsang perdagangan dan pelaburan, serta mencari penyelesaian bagi cabaran serantau.
#ASEAN #MITI #PemacuPotensiGlobal #TZA

Malaysia dan Pakistan meneroka ruang untuk memperhebatkan hubungan ekonomi dua hala π΅π°π²πΎ.
#TeamMITI telah merencanakan Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi bersama 42 syarikat terkemuka Pakistan, 7 persatuan perniagaan dan 25 syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor.
Dengan kehadiran pemimpin dan tokoh perniagaan dari kedua-dua negara, sesi ini memberi peluang untuk membina kerjasama strategik yang mampu mengangkat hubungan ekonomi ke tahap lebih tinggi.
Kerjasama ini dijangka mencipta peluang pekerjaan, memacu inovasi, dan memastikan pembangunan mampan untuk masa depan yang lebih cerah. Kerajaan Malaysia komited menyediakan dasar dan persekitaran yang kondusif bagi menyokong perkongsian yang menguntungkan kedua-dua negara.
#MalaysiaPakistan #MalaysiaMADANI #PemacuPotensiGlobal #MITI #TZA

Kalau tak ada kapal terbang, kita naik unta pergi Pakistan!
7 jam sangkut di Doha! Itulah nasib yang menimpa #TeamMITI dalam perjalanan ke Islamabad untuk menyertai Lawatan Kerja YAB PM ke Pakistan. Itupun nasib baiklah akhirnya dapat juga flight berlepas. Kalau tak, naik untalah team MITI ke Pakistan.
Alhamdulillah, tiada gangguan kepada penerbangan rombongan YAB Perdana Menteri serta delegasi Malaysia.
Lawatan ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan Pakistan, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, dan kerjasama strategik.
Dengan persaudaraan dan semangat kerjasama yang kuat, kedua-dua negara akan terus berusaha menuju kejayaan bersama, membuka peluang baharu untuk kemajuan ekonomi dan pembangunan mampan. Semoga lawatan ini membawa manfaat besar kepada kedua-dua negara. π²πΎπ€π΅π°
#MalaysiaMADANI #Pakistan #MITI #TZA

Otai masih berbisa!
Hari ni saya ada kejohanan badminton bersama #TeamMITI.
Rekod perlawanan, 4 menang, 1 kalah.
Not bad lah. Gaya backhand smash pun dah sama macam Zii Jia.
Kalau BAM tak cukup players, bolehlah pertimbangkan panggil saya ya?
#badminton #GayaHdupSihat #MITI #TZA

A family that eats together stays together!
Lunch bersama #TeamMITI di office. Makan ramai-ramai macam ni memang seronok. Sambil makan, boleh sembang tentang family dan aktiviti harian. Good way to bond and get to know each other.
Takkan nak cerita pasal kerja je setiap masa kan? π
#TZA

Last Seen Hashtags on Sotwe
dogknotting() +filter:native_video
Seen from Peru
indiangirl
Seen from Pakistan
incest mom and son
Seen from Italy
public
Seen from Sweden
teenage #teenagegirls #nolimit #teen #anyage
Seen from Israel
batmantravesti
Seen from Turkey
Ω
ΨΉΨ΅ΩΨͺΩ_Ψ±lΨΨͺΩ
δΉ³ι¦
Seen from Japan
hairypussypee
Seen from Singapore
Chav
Seen from United Kingdom
Most Popular Users

Elon Musk 
@elonmusk
240.3M followers

Barack Obama 
@barackobama
119.2M followers

Donald J. Trump 
@realdonaldtrump
111.6M followers

Cristiano Ronaldo 
@cristiano
109.6M followers

Narendra Modi 
@narendramodi
106.9M followers

Rihanna 
@rihanna
97.4M followers

NASA 
@nasa
92.1M followers

Justin Bieber 
@justinbieber
90.7M followers

KATY PERRY 
@katyperry
87.1M followers

Taylor Swift 
@taylorswift13
81M followers

Lady Gaga 
@ladygaga
72.5M followers

Kim Kardashian 
@kimkardashian
69.5M followers

Virat Kohli 
@imvkohli
69.1M followers

YouTube 
@youtube
68.6M followers

Bill Gates 
@billgates
63.6M followers

The Ellen Show
@theellenshow
62.5M followers

CNN 
@cnn
61.9M followers

Neymar Jr 
@neymarjr
61.7M followers

X 
@x
60.9M followers

Selena Gomez 
@selenagomez
60.2M followers













































