Top Tweets for #TriviaZM
Semua haiwan dalam kumpulan catacea seperti paus, ikan lumba-lumba (dolphin) dan orca ada sirip.
Tetapi disebalik sirip itu, rangka tulangnya hampir menyerupai tangan manusia.
#TriviaZM

Ketam kelapa (coconut crab), antropod terbesar di dunia. Struktur kakinya membolehkan ia dapat memanjat pokok dengan baik.
Ketam kelapa tak ada pemangsa selain daripada manusia dan spesisnya sendiri. Rupanya ada orang tangkap ketam ini buat lauk.
#TriviaZM

Chimp mempunyai memori yang sangat baik. Tetsuro Matsuzawa yang kaji pasal keupayaan kognitif Chimp kata disebabkan Chimp tak boleh berbahasa macam manusia, otaknya dibentuk untuk kelebihan mengingat yang tinggi.
#TriviaZM
Saiz penyu agak besar jugak sebenarnya, boleh cecah 1.8 meter (180 cm). Tinggi sikit daripada purata tinggi manusia. Berat boleh cecah 500kg.
Penyu jadi spesis terancam sebab orang suka makan telur dia.
#TriviaZM
Anteaters ada sepasang kaki depan yang bentuknya macam kepala panda. Sekilas tengok macam anteaters ada dua kepala berbeza. Salah satunya kepala panda.
#TriviaZM
Evolusi paus. Dari mamalia sekecil kucing hinggalah mamalia terbesar sepanjang sejarah.
#TriviaZM

Punya besar gajah laut (elephant seal), beratnya boleh mencecah sehingga 5,000 kg dan panjang boleh mencecah 6 meter. Gajah laut tak berkait dengan gajah walaupun beratnya setanding gajah.
#TriviaZM
Ular Taipan merupakan ular paling berbisa di dunia setakat ini. Bisa daripada satu gigitan sahaja dah cukup untuk membunuh 100 manusia dewasa. Ular ini laju, lincah dan patukannya tepat. Habitat ular ini di Australia.
#TriviaZM

Planet-planet dalam sistem suria beserta tempoh peredaran lengkap mengikut hari Bumi;
Utarid — 88 hari
Zuhrah — 225 hari
Bumi — 365 hari
Marikh — 687 hari
Musytari — 12 tahun
Zuhal — 29 tahun
Uranus — 84 tahun
Neptune — 165 tahun
#TriviaZM

Matahari bukan bebola api, tapi bebola cahaya. Matahari tak melalui proses pembakaran untuk hidup tapi melalui pelakuran nuklear.
Warna sebenar Matahari adalah putih. Kita nampak kuning apabila dilihat dari Bumi kerana interaksi cahaya Matahari dengan atmosfera Bumi.
#TriviaZM
Planet Zuhal (Saturn) yang dicerap oleh JWST, planet ke-6 dari Matahari. Planet bergas (hidrogen & helium) yang 95 kali lebih berjisim berbanding Bumi.
Lingkaran Zuhal terdiri daripada ketulan ais, batu dan habuk angkasa. Sekurang-kurangnya Zuhal ada 146 buah Bulan.
#TriviaZM

Tiram & kerang bertanggungjawab sebagai penapis untuk menjernihkan lautan, membersihkan pelbagai kotoran. Satu tiram mampu menapis 50 gelen (277 liter) air dalam tempoh sehari. Banyak ya.
#TriviaZM
Masa Albert Einstein sedang nazak, dia pernah tinggalkan pesanan kepada seorang jururawat (nurse). Tapi sampai ke hari ini kita tak tahu apa pesanannya sebab Einstein tinggalkan pesanan itu dalam bahasa Jerman dan jururawat itu tak faham bahasa Jerman 😮💨
#TriviaZM

Kucing dewasa sangat jarang mengiaw ke kucing lain tapi kerap mengiaw kepada manusia kerana kucing anggap manusia sebagai penjaganya (guardian) — yg bagi makan, perlindungan, tempat teduh, perhatian, dsb. Kelakuan ini sama macam anak kucing selalu mengiaw kepada ibunya
#TriviaZM

AI sekarang dah dapat membaca & meramalkan perasaan seseorang berdasarkan raut wajah. Tetapi kadang senyum, tak semestinya suka. Ia bergantung pada konteks & budaya. Tapi AI tetap akan terus belajar & belajar, ia akan menjadi lebih baik dalam tempoh yang cukup pantas.
#TriviaZM
Kejadian ini terjadi hanya pada adipengalir (superconductor) kerana ia berupaya menolak medan magnet.
Sepatutnya adipengalir jatuh bila ditolak tapi tak jatuh sebab ada sikit kecacatan (impurity) yang buatkan sikit medan magnet mengalir untuk kunci kedudukan objek.
#TriviaZM
Masa musim hujan, sungai di Cusco, Peru jadi merah. Air mengalir dari gunung sekitar disebabkan hujan membawa tanah yang tinggi besi oksida.
Kepekatan merah bergantung pada kelebatan hujan.
Planet Marikh kelihatan merah pun sebab permukaannya kaya dengan besi oksida.
#TriviaZM
Rusa Gergasi (Megaloceros), pupus sekitar 8,000 tahun lalu disebabkan perubahan iklim.
MempunyaI ketinggian lebih 3 meter jika termasuk tanduknya. Berat maksimum dapat cecah 700 kg. Tanduknya pun memanjang lebih 3 meter dan berat 40 kg.
#TriviaZM

Salah satu spesis badak yang pernah wujud, dikenali sebagai Unicorn Siberia. Ketinggiannya mencecah 5 meter, berat mencecah 5,000 kg. Tanduk saja dah 3 meter.
Pupus pada sekitar 35,000 tahun lalu kerana tak dapat beradaptasi dengan perubahan iklim.
#TriviaZM

Planet Zuhrah atau Kejora bersama Bulan.
Planet kedua dari Matahari. Planet terpanas dalam sistem suria sehingga mampu meleburkan plumbum.
Kepanasannya berpunca daripada ketebalan karbon dioksida & asid sulfurik yang memerangkap haba.
#TriviaZM

Last Seen Hashtags on Sotwe
baitedboys
Seen from United States
primos #incesto
Seen from Brazil
nolimit()******* filter:videos
보지
Seen from Korea
zoophillia
Seen from Netherlands
cockshock
Seen from Argentina
모닝섹스
Seen from Korea
omegle
Seen from United States
ebonylesbians
Seen from United States
wanwanfanart
Seen from Denmark
Most Popular Users

Elon Musk 
@elonmusk
240.7M followers

Barack Obama 
@barackobama
119.2M followers

Donald J. Trump 
@realdonaldtrump
111.7M followers

Cristiano Ronaldo 
@cristiano
110.7M followers

Narendra Modi 
@narendramodi
107M followers

Rihanna 
@rihanna
97.7M followers

NASA 
@nasa
92.2M followers

Justin Bieber 
@justinbieber
90.9M followers

KATY PERRY 
@katyperry
87.7M followers

Taylor Swift 
@taylorswift13
81.6M followers

Lady Gaga 
@ladygaga
73.1M followers

Virat Kohli 
@imvkohli
70M followers

Kim Kardashian 
@kimkardashian
69.8M followers

YouTube 
@youtube
68.7M followers

Bill Gates 
@billgates
63.9M followers

Neymar Jr 
@neymarjr
62.7M followers

The Ellen Show
@theellenshow
62.4M followers

CNN 
@cnn
61.9M followers

X 
@x
60.8M followers

Selena Gomez 
@selenagomez
60.8M followers
