Bismillah..
Hidup ini adalah suatu perjalanan. Orang yang berjalan itu dipanggil SALIK. Berjalan menuju ke mana? Keredaan/Makrifat Allah? Antara perjalanan mulia adalah menunggu waktu solat fardu. Hadir awal waktu ke masjid bagi Lelaki. Solat berjemaah bersama Imam. Alhamdulillah
Bismillah..
Silaturrahim selain pahala boleh memanjangkan usia. Apabila sudah lama tidak ketemu maka saling ziarah-menziarahi. Antara amalan yang tidak putus dan berlanjutan di dalam syurga. Berlumba-lumba mendahului itu baik....
Bismillah..
Sakit badan cari ubat. Sakit hati zikir/ingat Allah swt. Setiap kesakitan menghapus dosa. Tanda ingat bahawa kita tidak selalunya sihat. Kadang sakit dan sihat semula. Syukurlah jika sihat Sabarlah jika sakit. Kedua2nya mendatangkan pahala.
Bismillah ..
Setiap orang punya hati dan nafsu syahwat. Hati mahu bersih dan dipenuhi cahaya. Supaya boleh kawal nafsu syahwat yang negatif. Walaupun setengah mengata hati dan akal barang yang sama. Hati itu RAJA dan akal itu Perdana Menteri. Keduanya penting supaya iman kualiti.
Bismillah...
Apa yang ada pada kita sebenar bukan milik kita. Tp milik Allah. Sebenarnya apa milik kita. Tiada apa yang menjadi milik kita. Kerana Allah memberi pinjam. Allah boleh beri dan Allah boleh ambil bila-bila masa. Jadilah fakir di hadapan Allah. InsyaAllah, akan diberi.
Bismillah....
Jalan menuju Allah swt terlampau banyak. Boleh dikatakan sebanyak ciptaan Tuhan. Pilih jalan mana yang sesuai untuk diri. Solat, quran, zikir, puasa dll. Paling cepat jalan menuju Tuhan adalah khidmat. Banyak tolong orang. Kena ikhlas kerana Allah SWT. InsyaAllah..
Bismillah...
Takdir kematian itu rahsia Allah swt. Jika masing2 tahu tarikh akhir, sudah tentu tidak keruan beribadah. Tiada lg fikir dunia. Yang Dunia akan ditinggalkan. Yang bersama di Alam Barzakh adalah amalan ikhlas yg diusahakan. Takut tetap takut. Hakikatnya manusia lupa.
Bismillah...
Belajar ilmu tasawuf bukan beerti belajar ilmu nak jadi wali. Lepas tu fikir macam mana nak dapat karamah/keramat. Belajar tasawuf nak bersih hati. Kadang luar nampak baik, soleh, alim. Tapi hati penuh hasad dengki, tamak haloba,ikut nafsu buas, bangga diri dll.
Bismillah...
Kasyaf itu tersingkapnya hijab/tabir/dinding/tirai
Ada Kasyaf Imani - Terbuka tirai dengan maksud hati bertambahnya iman/ keyakinan kepada Allah swt.
Ada Kasyaf Kauni - Terbuka tirai melihat perkara-perkara ghaib seperti azab kubur dll.
Kasyaf Imani lebih Afdhal.
Bismillah..
Amalkan doa selepas wuduk InsyaAllah, akhirat nanti Allah swt bukakan kelapan-lapan pintu syurga untuk orang yang beramal dengan doanya. Doa Selepas Wuduk. InsyaAllah....
Bismillah...
Perjalanan Salik Menuju Allah SWT, penuh dengan liku2. Allah SWT menguji hati mengikut tahap kemampuan masing2....Berlalu satu maqam ke suatu maqam....
1. Taubah
2. Warak
3. Zuhud
4. Faqir
5. Sabar
6. Tawakal
7. Redha
8. Mahabbah
9. Makrifah
10. Fana'
11. Baqa'
Bismillah..
Antara cara mudah untuk mendekat diri pada Allah swt adalah melalui jalan zikir. Zikir ada 4 jenis
1. Zikir Ghaflah
2. Zikir Yaqozoh
3. Zikir Hudur
4. Zikir Ghaibah
Apa sahaja namanya yang penting rajin berzikir. Dengan banyak berzikir maka banyak merasa.
Bismillah....
Pertemuan dan perpisahan itu adalah pasti. Kita hadir sebagai tetamu dan kembali semula se akan tetamu. Bergantung pada amal kebajikan masing2. Yang lepas tapisan dilayan sebagai vvip . Yang tidak lepas terpaksa tunggu sehingga segalanya terlupus.
Bismillah...
Tika hati terasa kosong...sedarlah kita bahawa segalanya adalah hak milik Allah SWT. Manusia tiada apa2. Hanya pinjaman semata dalam wujud majazi. Wujud Hakiki hanyalah Allah Jalla Wa'azza.
Bismillah ..
Bila sampai satu tahap sakit itu juga dianggap nikmat, maka orang itu tidak lagi memandang hitam dan putih itu berlainan. Melainkan datang daripada cahaya yang sama. Lihatlah rahsia pelangi. Allah menzahirkan kekuasaan dan keilmuan melaluinya.
Bismillah ..
Segala pandangan zahir mengkelabui pandangan batin. Banyak perkara tidak seperti dijangka. Manusia membuat andaian dan persepsi. Hakikat sebenar tiada siapa yang tahu. Inilah Sirr. Rahsia Allah bersama hamba yang terpilih. Semoga Allah membersihkan hati berlipat2an
Bismillah..
Berbaik sangka antara manusia itu patut. Kerna tiada kita tahu yang baik atau yang buruk kecuali hanya Allah swt. Mungkin pada pandangan kita yang buruk itu buruk. Sedangkan ia baik di sisi Allah swt. Kalau tidak sekarang mungkin akan datang lebih baik. AllahMahaTahu.
Bismillah..
Setiap insan tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa. Kerna manusia itu bukanlah maksum seperti para nabi dan rasul pilihan. Antara amalan penghapus dosa adalah SOLAT DHUHA. Kerjakanlah walau 2 rakaat setiap hari. Nescaya bersih.