Saya menjawab soalan di sesi Dewan Negara hari ini 18 Disember 2025 iaitu :
Senator Puan Tiew Way Keng minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan kaedah memperkukuh hubungan universiti dan industri di Selangor.
Secara langsung di :
https://t.co/d8AXpHbZrP
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud atas kecemerlangan serta komitmen beliau sepanjang menjalankan amanah sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Saya juga mengucapkan tahniah atas pelantikan baharu beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak). Pelantikan ini mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman, kepimpinan dan sumbangan beliau kepada negara.
Semoga YB Datuk terus diberi kekuatan dan kejayaan dalam memikul amanah baharu demi kemajuan Negara, Sabah dan Sarawak.
#doczam
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SELAMAT DATANG
Setinggi-tinggi tahniah YB Adam Adli bin Abd Halim atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Seluruh warga KPT mengucapkan Selamat Datang & Selamat Bertugas.
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ๐น
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi atas jasa dan bakti yang tidak ternilai sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.๐
@MOHEOfficial@ZambryOfficial@MustaphaSakmud_ Alhamdulillah, mudah mudahan dengan segala usaha yang diberikan ni, insyaAllah akan ada banyak lagi perkembangan yang mendatang serta menarik minat pelajar untuk ke sekolah dan sambung ke pengajian yang lebih tinggi !
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ง๐๐ก๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ข๐ช
Aku menerima khabar pemergianmu
ketika hujan pagi jatuh perlahan,
bagai doa yang tertinggal di awan,
meratap tanpa suara
di pelantar sunyi yang kita kenal.
Engkau hanya insan biasa, kata orang,
lain agamamu, lain bahasamu,
namun kebaikan tidak pernah bertanya
tentang sujud siapa yang lebih lama,
atau lidah mana menyebut Tuhan dengan cara berbeza.
Namamu hidup dalam sebutan nelayan
โtaukeโ, kata mereka dengan senyum letih,
di tanganmu ikan ditimbang,
di hatimu derita diimbang lebih berat.
Ada hari laut pulang dengan tangan kosong,
namun engkau tetap membuka dompet,
menitip harapan,
meski sering wang itu dilupakan
seperti ombak melupakan pantai semalam.
Hari ini engkau sudah tiada.
Pelantar itu masih di situ,
kayu-kayunya menyimpan jejak langkah,
angin laut masih membawa hanyir ikan,
namun sesuatu telah hilang
wajah yang memahami lapar
tanpa perlu dituturkan.
Aku datang ke pelantar itu sendirian,
menghirup udara laut yang pernah menguatkanku,
mencium bau hidup yang kasar dan jujur,
mengingat asal usulku:
remaja yang bergelut dengan ombak nasib,
mengutip sekupang dua
sebagai kompas untuk hari esok,
di tengah laut biru
yang tiba-tiba menjadi gelora.
Akan kurindui saat meneguk kopi pahit di situ,
bertanya khabar tentangmu,
mendengar ceritamu yang sederhana
namun penuh makna.
Engkau insan berhati luas,
tidak mengira bangsa,
tidak menghitung agama,
kerana kita hidup di pulau yang sama,
berkongsi laut,
berkongsi langit,
berkongsi nasib sebagai manusia.
Selamat jalan, Ah Chow.
Jika ada syurga bagi orang baik,
aku percaya namamu disebut
dengan lembut oleh laut,
dengan hormat oleh angin,
dengan tunduk oleh sang helang
dan dengan rindu
oleh kami yang pernah kau santuni
tanpa syarat,
tanpa suara.
๐๐ฟ. ๐ญ๐ฎ๐บ๐ฏ๐ฟ๐ ๐๐ฏ๐ฑ ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฟ
๐ญ๐ฏ ๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ