Korang please tengok podcast ni 😭 Banyak ilmu first aid yang kita selalu ambik ringan padahal boleh selamatkan nyawa.
Cara nak bantu orang tercekik pun dia ajar. Selama ni I memang tahu cara gumpal nasi tu je, petua orang lama. Respect betul dengan akak apm ni 🫡
(1/3) Daging korban dapat banyak, tapi asyik menu sama je, boleh cuba buat resepi ni, terima kasih untuk pemilik resepi, Semoga segala yang dihajati dimakbulkan aamin.
Kredit : azlina_ina_resepi
Rupanya ni sebab kuota budi95 cepat habis, ada penjenayah di kaunter stesen minyak!
————
Seorang pegawai polis berkongsi modus operandi penjaga kaunter stesen minyak menggunakan no KP orang lain untuk curi kuota budi95 dan kaut keuntungan mudah.
Kes ini dibawah seksyen 408 Jenayah Pecah Amanah selalunya melibatkan pengendali dan pekerja stesen minyak.
Mangsa teknik ini kebiasaanya adalah pelajar 19-20tahun dan warga emas yg datang naik kapcai nk isi minyak.
Teknik diorang ialah akan catit nombor KP
Mereka kemudiannya mengendalikan mesin sistem budi95 menggunakan id supervisor yang boleh override untuk bypass sistem swipe/biometrik dan hanya masukkan no KP sahaja.
Cara mereka mendapatkan keuntungan ialah apabila ada warga asing atau pembeli minyak tanpa subsidi budi95
Pembeli minyak ini membayar harga tanpa subsidi ke kaunter dan pekerja stesen tersebut akan set mengikut jumlah liter dibayar tetapi memasukkan jumlah jualan dengan subsidi. Dan keuntungan itu mereka ambil.
.
Contoh A beli 10 liter tanpa subsidi dgn bayaran RM40
Pekerja masukkan jualan 10 liter bersubsidi dengan harga RM19.90
Untuk transaksi ini mereka akan untung RM20.10
Mangsa sebenar ialah pemilik no KP yang kuota budi95 mereka berkurang
.
Kebanyakkan kes mangsa akan sedar bila mereka nak isi minyak dan dapati kuota mereka sudah habis. Mangsa menyemak di sistem budi95 atas talian dan dapat lihat transaksi yang bukan digunakan mangsa.
Langkah pencegahan ialah Menjadi tanggungjawab kita yang nak serahkan KP kepada pekerja kaunter utk memastikan mereka tidak sempat untuk mencatit no KP dan hanya gunakan KP untuk swipe di mesin sahaja.
Jika nampak mereka letak ic ditepi dan mencatit nombor KP kita akan menjerumus kepada teknik scam ini.
Kongsi peringatan dan maklumat ni supaya tidak terjadi lagi kes ini
—————
Perkongsian ASP Mohd Mahesh
1. Kalau nak terbang ke Jepun mulai 24 April 2026, ada peraturan baru pasal power bank yang wajib ambil serius.
2. Power bank masih boleh bawa naik kapal terbang, tetapi hanya dalam beg kabin. Tak boleh letak dalam check in luggage.