Itu hari ada shoot pre wed..janji dengan deorang nak shoot pukul 6.45am..deorang macam shocked a lil bit sebab terlalu awal..tapi aku explain apehal aku nak shoot awal2 pagi dan macam ni la hasil dia..mood lighting awal2 pagi ni lain macam sikit.
@twt_fotografi
Crew aku tanya, kedai kita dekat Gerik ni takde pon influencer dekat sini nak singgah atau YB nak datang promo.
Aku cakap kat deorang, aku lagi suka orang datang kedai kita sebab deorang appreciate dan value apa yang kita serve.
@lupislurpee Adik aku punya kes dh tukar barang dh..still problem sama..nk tukar sc pon member bz kerja dn perlu pakai kereta..tak sampai setahun dh 6 kali recall..tukar barang 2 kali..4 kali lagi baiki tp still hampeh
Adik aku beli honda civic rs bulan april tahun lepas. 6 kali masuk bengkel sbb rack dan spring tayar depan. Problem still tak settle2. So patot ke adik aku report dekat honda Japan? Sbb honda Malaysia pon still tak bagi kerjasama.
Maaf kalau post saya ni luar dari kebiasaan.
Kita semua maklum baru-baru ini kecoh isu 3 DJ Radio ERA ni. Katanya mereka hina agama hindu.
Saya menyaksikan sahaja kemarahan orang ramai yang memaki hamun tindakan tersebut. Satu reaksi yang bagi saya natural. Kita memang tak boleh beri toleransi kepada penghinaan kepada mana-mana agama. Kalau nak berbahas, ada laras bahasa dan adabnya. Tapi ejek mengejek, bukan ajaran Islam.
Namun terdetik dalam hati saya ketika itu, 3 DJ berkenaan bukan terlalu bodoh untuk bertindak sedemikian. Apatah lagi pengurus laman rasmi Radio ERA pasti juga tidak bodoh untuk muat naik hal itu di media sosial.
Saya mula baca berkenaan perspektif mereka. Rupa-rupanya mereka bukan mempermainkan tarian kavadi. Tapi mereka sedang mengajuk gaya entrance Miki Ghazali. Laungan dari Nabil juga datang dari lagu 'paqueta' yang mengiringi entrance Miki Ghazali tersebut, yang bila saya tengok ramai bagi liriknya, tertulis Vai Vai. Itu yang Nabil laung, bukannya Vel Vel, untuk hina agama hindu.
Dengan bukti baru itu, saya tertanya-tanya apa pendirian terkini orang ramai yang marah-marah dan maki hamun mereka bertiga sebelum ini? Ternyata mereka bertiga tidak berniat menghina agama hindu dan tindakan mereka tidak berasaskan dari upacara agana hindu. Jelas juga bukti dari caption asal post media sosial ERA tertulis nama Miki dan bercakap berkenaan 'backup dancer', merujuk gaya entrance Miki. Jadi jelas mereka tidak buat aksi di dalam konti itu dengan niat menghina agama hindu.
Namun menjadi tanda tanya buat saya sekarang, siapa yang cetuskan isu ini menjadi isu menghina agama hindu? Siapa yang api-apikan hal ini dan bina naratif bahawa 3 DJ ini dan station Radio ERA cuba nak menghina agama Hindu?
Politician-politician dan pemilik-pemilik akaun media sosial yang laju keluarkan kenyataan tanpa selidik, sehingga meleret-leret isu menjadi panas sehingga muncul watak-watak yang membalas dengan menghina agama Islam, menghina Al-Quran, apakah mereka ini tidak akan dipertanggungjawabkan kerana jadikan hal ini luar dari hakikatnya yang sebenar? Yakni jenaka yang tak ada kena mengena dengan penghinaan agama?
Saya kurang seronok dengan hal ini sebab nampaknya 3 DJ Radio itu telah difitnah. Tambah kurang seronok bila melihat pihak-pihak yang lebih sudu dari kuah, menggunakan naratif jahat dalam isu ini untuk cuba menggambarkan orang Melayu Islam sebagai rasis dan ekstrim.
Tapi nampaknya 3 orang ini kena fitnah. Siapa yang katanya pro keadilan, pro keharmonian kaum, yang akan berdiri dan menegakkan keadilan buat mereka bertiga, memburu pihak yang cuba jadikan mereka bertiga kambing hitam, mencetuskan perbalahan antara kaum & agama?
Saya harap 3 DJ ini dan stesen radio ERA berhenti meminta maaf, dan mulakan tindakan guaman, cari satu persatu pihak yang telah memainkan isu ini, yang telah cuba mewarnakan mereka sebagai menghina agama orang lain.
Sebab implikasi dari naratif jahat itu bukan sahaja ke atas mereka bertiga dan stesen radio tersebut. Hal ini telah digunakan untuk burukkan pula orang dan agama Islam.
@ButterAlways92 Nak promote sepanjang bulan puasa ni sementara nak setup moreh di @komfi_cafe , kami ada jual Espresso Butter Spread ni. Sesuai makan dengan roti, biskut, waktu moreh atau sahur. Rm10/botol COD KomFi Kafe atau Setia Alam ππΌ
Dear pembaca, Kalau anda baca tweet ni, sila retweet ni atau reply dgn bisnes makanan anda yg sedang berlangsung di bulan ini. Include lokasi, timing, promo & menu. Jgn reply dgn affiliate links/kelas mandarin. Kuih2 & traditional food much encouraged! Help out the small peeps!
[REPOST]
Puteh masih mencari sesiapa yang hendak bekerja.
Outlet baru masih menunggu, jadi kami perlukan barista FULL TIME!
Send resume korang!
Tolong tag kawan-kawan korang yang tak tahu nak kerja apa dalam hidup ni.