TERKINI
CHINA KUKUHKAN PENCEROBOHANNYA KE ATAS MALAYSIA
Penganalisis Perisikan Terbuka(OSINT) Malaysia, WB Whiskey Bravo memaklumkan 2 buah Kapal San Sha 2 Hao dan San Sha Zhi Fa 301 sedang bergerak terus untuk menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di Sarawak
Mereka dilaporkan menuju ke Beting Serupai di mana terdapat banyak lapangan minyak dan gas Malaysia dan terletak 80 km dari Bintulu
Dilaporkan 4 buah Kapal Penyelidik China sedamg berkeliaran di kawasan Pertikaian Kepulauan Spratly
See how many Malaysian yang nak bekerja dan masih unemployed punya la ramai?? But menteri Malaysia bangang sanggup nak hired 15,000 warga asing sebab taknak bayar gaji bermaruah
Aku baru sedar kalau naikkan gaji local, ada pihak tak dpt benefit apa. Tp bila import skilled foreign worker, a few pihak dpt keuntungan besar. Punya la golongan elite dan keparat nak jaga each other ya. And im sensing this got something to do with political donations too
Masa kes curi kabel ECRL aritu kemain lah korang kutuk Tganu and Kelantan dont deserve nice things bagai walhal banyak kes kat Pahang. La ni takde plak nak sapu generalise satu negeri. Dasar..
Rohingya dari Myanmar. Jika lihat rupa, mereka mirip Bangladesh tapi Bangladesh juga tidak mengaku itu rakyat mereka. Sekarang mereka berkampung di Malaysia.
Yang terbaik ialah seluruh negara harus tekan UN untuk paksa Myanmar terima Rohingya.
Tapi itu lah, UN pun tak guna.
Ada ustaz ajar, kalau isteri ada keluarkan duit untuk cover bahagian nafkah wajib tatkala suami struggle, catatkan dalam buku sebagai hutang.
Bukan nak ajar berkira atau mengungkit, tapi supaya suami beringat akan ihsan si isteri dan tidak ambil mudah bab tanggungjawabnya.
“Orang kaya nak tangkap pun susah. Satu negara, dua sistem.”
Your deputy has 47 cases while MACC found RM169 million in cash and 16kg gold at your predecessor’s home, yet they, among others, continue to walk free.
Ulanglah sampai kiamat. Rakyat tak buta. Rakyat tak bodoh.
Hantar Etnik Rohingya ke Negara Tandatangani Konvensyen Pelarian – ADUN Duyong
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem mencadangkan supaya pelarian etnik Rohingya dihantar ke negara yang menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Status Pelarian atau Protokol 1967.
Beliau ketika dihubungi Mynewshub hari ini menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menandatangani konvensyen tersebut seperti negara-negara lain, namun ramai pelarian Rohingya memasuki negara ini.
Mohd Noor Helmy turut menegaskan pendiriannya agar etnik Rohingya ditempatkan di kawasan khas sekiranya mereka tidak dapat dihantar ke negara terbabit susulan peningkatan jumlah pelarian itu yang didakwa menimbulkan pelbagai isu.
“Hantar ke negara yang tandatangani (dengan) UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian). Kita (Malaysia) tak tandatangani. Pasal dia dah masuk negara kita atas dasar kemanusiaan yang makan diri. Dulu asas utamanya adalah kerana agama.
"Macam sekarang mereka ini duduk berselerak. Macam di Duyung dua lorong saja yang ada. Dia mula datang ke lorong lain kita dah pastikan tuan rumah kita 'susahkan'. Dari dua lorong ini kita senang pandang (pantau)," katanya.
Terdapat 149 buah negara di seluruh dunia yang merupakan pihak penandatangan kepada Konvensyen Pelarian 1951, Protokol 1967 atau kedua-duanya sekali.
Perjanjian antarabangsa itu dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan antara negara terlibat Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali, Sweden, Sepanyol, Uganda, Sudan, Kenya, Kanada, Brazil, Turki, Pakistan, Iran, Yaman, Kemboja dan Filipina.
Malaysia tidak menandatangani Konvensyen
Status Pelarian 1951 atau Protokol 1967, namun UNHCR dibenarkan beroperasi atas dasar kemanusiaan bagi menguruskan pelarian dan pencari suaka yang berada di dalam negara dan membantu memindahkan mereka ke negara ketiga.
Terdahulu, Mohd Noor Helmy menegaskan beliau masih berpegang kepada pendirian bahawa isu pelarian Rohingya di Malaysia perlu ditangani melalui kawalan berpusat serta usaha mendapatkan penempatan di negara ketiga.
Mengulas kenyataan lamanya yang kembali tular di media sosial, beliau berkata cadangan itu dibuat kerana kerajaan berdepan pelbagai kekangan dalam menguruskan pelarian Rohingya yang tidak boleh dihantar pulang.
“Kita faham kerajaan menghadapi masalah untuk menghantar mereka pulang. Tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak dibenarkan bekerja dan berniaga. Jadi, kita perlu mencari satu kaedah untuk menguruskan mereka,” katanya.
Menurut beliau, antara cabaran utama adalah aspek penguatkuasaan undang-undang kerana pelarian yang melakukan kesalahan akan menjalani hukuman, namun tidak dapat dihantar pulang seperti pendatang asing tanpa izin (PATI)
Katanya, Kementerian Dalam Negeri juga sedang melaksanakan projek perintis bagi mendaftarkan semula pelarian Rohingya melalui sistem yang lebih tersusun, namun persoalan yang timbul apakah dasar seterusnya.
Beliau turut mendakwa terdapat isu berkaitan etnik Rohingya yang didakwa boleh mendapatkan kad UNHCR baharu menggunakan identiti lain dengan bayaran sekitar RM450.
"Contoh (pernah) ada kes cabul di Duyong. Lepas tiga tahun dia keluar. Dia keluar esok, dia boleh tukar kad pelarian dia.Tukar kad lain nama lain. Berbanding PATI, kita boleh menempatkan mereka di depot tahanan dan menghantar mereka pulang,” katanya..
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme pekerjaan yang sah dan terkawal sekiranya pelarian Rohingya dibenarkan bekerja.
“Kalau kita setuju untuk membenarkan mereka bekerja, biarlah mengikut undang-undang sepenuhnya. Kita perlu pantau. Begitu juga jika mereka berniaga, ia perlu dipantau dengan betul.
“Sekarang ini, kita lihat ada syarikat yang menggajikan pekerja Rohingya dengan membayar gaji yang rendah mengikut sesuka hati, tidak perlu membayar caruman KWSP dan Perkeso.
“Isu ini bukan sahaja melibatkan aspek