KOTA BHARU โ Dua remaja lelaki yang dipercayai bergaduh di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini minggu lalu sehingga video pergaduhan mereka tular di media sosial akan dipanggil polis untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 petang pada 7 September lalu di kawasan tanah lapang di Kampung Bukit Kecik, Melor.
โKedua-dua suspek berusia 14 dan 15 tahun itu merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Ketereh.
โKejadian berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua suspek. Sehubungan itu, dua remaja yang terlibat akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk siasatan lanjut,โ kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Rosdi memberitahu media, siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar pergaduhan itu sedang giat dijalankan.