Menerima kunjungan TYT Mr Desmond Lee, Menteri Pendidikan Singapura tengah hari tadi. Saya membawa beliau berkunjung ke Semuka Cafe, Seri Negara.
Kami bertukar pandangan mengenai pendidikan serta potensi memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Singapura.
Saya percaya hubungan erat kedua-dua negara dapat terus diperkukuh melalui perkongsian ilmu dan kepakaran, kerjasama penyelidikan serta mobiliti pelajar dan ahli akademik. Pendidikan menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat dan membina persahabatan merentas sempadan.
Terima kasih atas kunjungan ini. Semoga persahabatan Malaysia–Singapura terus berkembang dan membuka lebih banyak peluang yang memberi manfaat kepada generasi muda kedua-dua negara. 🇲🇾🇸🇬
……………………
It was a pleasure to welcome His Excellency Mr Desmond Lee, Singapore’s Minister for Education, earlier this afternoon. I also had the opportunity to bring him to Semuka Cafe at Seri Negara.
We exchanged views on education and explored opportunities to further strengthen collaboration between higher education institutions in Malaysia and Singapore. 🇲🇾🇸🇬
@DesmondTSLee
#MalaysiaSingapura🇲🇾🇸🇬
#MalaysiaMADANI
#KPT
#doczam
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali Ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini.
Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor merangkap Pro-Canselor UiTM.
Pada istiadat ini, Seri Paduka Baginda selaku Canselor UiTM berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor wanita pertama UiTM, serta mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM 2026 kepada 15 graduan cemerlang.
Tahniah kepada 32,630 graduan UiTM yang diraikan dalam istiadat konvokesyen kali ini. Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap pencapaian akademik, tetapi juga lambang pengorbanan ibu bapa, keluarga dan para pendidik yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan mereka.
Saya berharap ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di universiti dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membina masa depan, menyumbang kepada masyarakat serta membawa perubahan yang bermakna kepada negara.
UiTM telah memainkan peranan besar dalam membuka peluang pendidikan tinggi dan melahirkan generasi profesional Bumiputera yang menjadi sebahagian daripada kekuatan pembangunan negara. Peranan dan legasi ini perlu terus diperkukuh seiring dengan tuntutan serta cabaran masa hadapan.
Daulat Tuanku!
#KonvoUiTM105
#KPT
#doczam
Selesai menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM pagi tadi, saya terus bergerak ke Manjung untuk merasmikan Majlis Graduasi Sekolah-Sekolah Rendah Agama (KAFA) dan Akademik Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) Daerah Manjung Tahun 2026.
Daripada meraikan para graduan universiti, saya kemudian bersama anak-anak yang baru meniti perjalanan menuntut ilmu. Kedua-duanya membawa harapan besar ibu bapa yang mahu melihat anak-anak berjaya dan menjadi insan yang baik serta bakal kepimpinan akan datang.
Saya sentiasa percaya pendidikan perlu membina “otak dan watak”. Sejak kecil, anak-anak perlu dibimbing untuk mencintai ilmu, menjaga adab serta menghormati ibu bapa dan guru. Inilah asas yang akan membentuk keperibadian mereka hingga dewasa.
Tahniah kepada semua anak-anak yang diraikan. Terima kasih kepada para guru atas kesabaran mendidik serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan doa.
Semoga anak-anak ini terus tekun belajar, berakhlak mulia dan membesar menjadi insan yang berbakti kepada agama, masyarakat serta negara.
#Manjung
#doczam
Allahuakbar. Hujan lebat sejak awal pagi. Menerima berita beberapa kawasan di Pangkor dinaiki air, termasuk kawasan kampung saya sendiri.
InsyaAllah, saya akan turun meninjau keadaan, bertemu penduduk yang terjejas dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.
Kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang bersiap sedia untuk membantu penduduk terjejas.
Kepada warga Pangkor yang terkesan, utamakan keselamatan diri dan keluarga serta patuhi arahan pihak berkuasa.
Didoakan semoga Allah SWT melindungi kita semua, meredakan keadaan dan mempermudah segala urusan.
#Pangkor
Meninjau sendiri keadaan banjir di beberapa kawasan di Pulau Pangkor hari ini. Alhamdulillah, ada kawasan yang airnya telah surut, namun masih terdapat beberapa lokasi yang dinaiki air dan belum pulih sepenuhnya.
Saya telah berbincang dengan beberapa pihak termasuk Majlis Perbandaran Manjung, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan segera untuk membantu penduduk yang terjejas.
Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk terus terpelihara serta bantuan dapat disalurkan secepat mungkin. Kepada mereka yang terkesan, boleh berhubung dengan pihak kita bagi mendapatkan bentuk bantuan dan maklumat lanjut.
Terima kasih kepada Restoran Madinah yang telah menyumbangkan beberapa ratus pek makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir hari ini.
Kita juga akan menggerakkan sukarelawan daripada Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan pemulihan pascabanjir apabila keadaan mengizinkan.
Sama-sama kita doakan agar semua terlibat diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.
#Pangkor
#Lumut
#doczam
Tahun lepas Hamzah janji RM6,000, tahun ini Hamzah kata belanjawan alternatif ‘syok sendiri’.
Ada beza antara belum diberi kuasa untuk melaksanakan dengan belum bersedia untuk memerintah.
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin menyifatkan belanjawan alternatif sebagai ‘syok sendiri’ kerana pembangkang tidak berkuasa melaksanakannya.
Kalau begitu logiknya, manifesto pilihan raya juga tidak perlu dibuat. Sebab sebelum menang, satu pun janji belum boleh dilaksanakan.
Yang menarik, pada Oktober 2025, Hamzah sendiri membentangkan cadangan belanjawan alternatif PN. Antaranya, bantuan sehingga RM6,000 setahun atau RM500 sebulan kepada isi rumah yang memerlukan.
Namun, cadangan itu menerima kritikan kerana asas fiskal dan sumber pembiayaannya tidak diperincikan dengan meyakinkan.
Kiraan mudah. Jika 4 juta isi rumah STR menerima RM6,000 sepenuhnya, kosnya RM24 bilion setahun, 1.5x ganda peruntukan STR dan SARA 2027.
Berapa penerima sebenar? Dari mana RM24 bilion itu hendak diperoleh? Cukai baharu, pemotongan perbelanjaan atau hutang tambahan?
Kini Hamzah mencadangkan pula pelabuhan baharu di Kota Bharu sebagai pemacu pertumbuhan.
Bagus. Tetapi berapa kos pembinaan? Berapa permintaan kargo? Berapa pulangan ekonomi? Siapa yang membiayainya?
Janji kosong tanpa data pembuktian hanyalah angan-angan Mat Jenin.
Belanjawan Persekutuan 2027 melibatkan RM459.8 bilion, termasuk RM83 bilion untuk belanja pembangunan dan sekitar RM61 bilion bagi khidmat hutang.
Mengurus wang negara sebesar ini bukan sekadar menentukan apa yang mahu dibelanjakan. Ia tentang memilih keutamaan, mengukur kesan dan menerima hakikat bahawa setiap ringgit mempunyai kos peluang.
Di Australia, Pejabat Belanjawan Parlimen menilai kesan fiskal 214 janji dasar gabungan pembangkang pada pilihan raya 2025, termasuk unjuran sehingga 10 tahun.
Pembangkang mungkin tidak berkuasa melaksanakan janji tersebut. Tetapi janji itu tetap boleh diuji dengan angka yang disahkan.
Itulah beza antara politik pukau pembangkang yang menjual harapan palsu dengan politik dasar dan solusi oleh Kerajaan MADANI yang boleh dipertanggungjawabkan.
Memang tiada kewajipan menyediakan belanjawan alternatif yang lengkap. Tetapi pembangkang yang bercita-cita mengambil alih Putrajaya mesti bersedia menjelaskan bagaimana dasar mereka akan dilaksanakan.
Mengkritik belanjawan memerlukan pendapat. Menggubal belanjawan memerlukan pengetahuan. Melaksanakan belanjawan memerlukan keupayaan.
Demokrasi yang matang memerlukan pembangkang yang kuat. Bukan sekadar kuat membangkang, tetapi bersedia menunjukkan bagaimana mereka akan mentadbir dengan lebih baik.
Jadi, sebelum menyifatkan belanjawan alternatif sebagai ‘syok sendiri’, barangkali lebih baik Hamzah menjelaskan dahulu perhitungan di sebalik janji RM6,000 tahun lalu.
Dan akhirnya, ada satu hakikat yang tidak boleh dipadamkan dengan retorik politik kosong oleh mereka yang begitu yakin mampu mentadbir negara, sedangkan membuktikan kesediaan sendiri pun dianggap membuang masa.
Jika belum mampu menunjukkan bagaimana hendak mengurus wang negara, atas dasar apa rakyat harus mempercayakan negara kepada anda?
Do your work. Earn your seat.
#MADANIBekerja
Sesi iFUTURE 2026 pagi tadi bertajuk “Towards a Futuristic Nation: Leadership, Innovation and Transformation” mempertemukan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Dikendalikan oleh Haji Nazri Kahar, sesi ini membuka ruang perkongsian pandangan dan pengalaman bersama pemimpin mahasiswa.
Ketiga-tiga panelis membawa perspektif yang memperkaya perbincangan mengenai masa depan kepimpinan negara, kepentingan inovasi serta keupayaan menterjemahkan visi kepada perubahan yang bermakna. Dato’ Onn Hafiz bercakap dari sudut mentadbir Negeri Johor, Dato’ Seri Amirudin berbicara tentang kepimpinan di Negeri Selangor dan Saudara Khairy memberi lontaran dari sudut pentadbiran negara. Saya berharap perkongsian ini mendorong mahasiswa untuk berfikir lebih luas dan berani tampil dengan idea serta penyelesaian.
Pendidikan tinggi juga mempunyai kekuatan sebagai instrumen diplomasi dan soft power. Mahasiswa menjadi duta yang membawa nilai, budaya dan semangat persahabatan, sekali gus menghubungkan negara dengan negara.
Inilah semangat iFUTURE, membina generasi yang mampu memimpin, mencetuskan inovasi dan menterjemahkan idea kepada tindakan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
@Khairykj@onnhafiz@AmirudinShari@nazrikh
#iFUTURE2026
#MalaysiaMADANI
#KPT
#doczam
Berlabuh sudah tirai iFUTURE 2026, penganjuran kali ketiga yang menghimpunkan lebih 1200 pemimpin mahasiswa dari 60 buah negara untuk berkongsi pemikiran, membina persahabatan dan memperkukuh semangat kepimpinan.
Daripada majlis perasmian, ucaptama, sesi dialog hingga majlis penutup, pelbagai topik dibincangkan bersama barisan ahli panel yang membawa pengalaman dan perspektif berbeza. Semuanya mengajak anak-anak muda berfikir, berani bersuara dan menterjemahkan idea kepada tindakan. Daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri dan Timbalan Menteri, pemimpin di peringkat kebangsaan mahupun negeri, semuanya hadir memberi komitmen dan sokongan kepada iFUTURE 2026.
Syukur Alhamdulillah. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang menjayakan iFUTURE 2026, secara langsung mahupun tidak langsung. Anda semua adalah nadi kejayaan pertemuan ini. Di sebalik setiap sesi yang berlangsung, ada usaha, komitmen dan pengorbanan yang amat saya hargai.
Kepada para peserta, bawalah pulang ilmu, nilai dan persahabatan yang terbina. Kepimpinan bermula sekarang, melalui kesediaan untuk berkhidmat dan memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga berakhirnya iFUTURE 2026 menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama dan tindakan yang bermakna.
Walau siapapun yang menerajui KPT selepas ini, saya mengharapkan iFUTURE akan dapat diteruskan kerana memberi kesan langsung yang baik untuk pelajar tempatan dan antarabangsa serta pelbagai pihak lain lagi.
@umpsamalaysia
#iFUTURE2026
#MalaysiaMADANI
#KPT
#doczam
Di sebalik kejayaan seorang anak melanjutkan pengajian, ada ibu dan ayah yang sanggup berkorban apa sahaja. Kegembiraan menerima tawaran ke IPT sering hadir bersama kerisauan tentang yuran, perjalanan dan keperluan pengajian.
Alhamdulillah, hari ini bantuan pendidikan bersasar disampaikan kepada 396 orang pelajar IPT Parlimen Lumut. Mudah-mudahan usaha ini dapat meringankan beban keluarga dan memberi semangat kepada anak-anak untuk memulakan langkah baharu.
Saya sendiri diberi peluang mengubah kehidupan melalui ilmu. Kini, saya mahu melihat lebih ramai anak-anak Lumut menempuh kejayaan dalam bidang masing-masing.
Kepada anak-anak, jagalah peluang ini sebaik-baiknya. Belajar bersungguh-sungguh, bina kemahiran, bina hubungan dan pelihara adab yang baik. Jika menghadapi apa jua kesulitan, boleh berhubung dengan IPT ataupun KPT. InsyaAllah kita akan bantu.
Apabila berjaya nanti, ingatlah mereka yang masih memerlukan. Pulanglah membawa ilmu, pengalaman dan peluang untuk membangunkan lagi Lumut.
Hari ini anda menerima bantuan. Saya mendoakan suatu hari nanti, anda pula menjadi insan yang membantu orang lain melangkah ke hadapan. Yang penting, anda sambung belajar dan teruskan hingga berjaya menggenggam segulung ijazah dan mendapat pengalaman berharga.
#Lumut
#KPTPrihatin
Antara inisiatif Belanjawan 2027 yang diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM19.1 bilion.
Semoga memanfaatkan untuk seluruh warga KPT serta alumni.
#Bajet2027#MalaysiaMADANI#YakinMADANI#KPT
Dari kampus kita bermula, kepada kampus kita kembali berbakti.
Alhamdulillah, saya merasmikan Alumni Back to Campus (ABTC) Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Malaya, yang buat julung kalinya menghimpunkan alumni seluruh 20 Universiti Awam dalam satu gerakan bersama.
Dengan kekuatan sekitar 3.5 juta alumni, kita mempunyai jaringan pengalaman, kepakaran dan bakat yang amat besar. Saya mahu kekuatan ini diterjemahkan kepada manfaat yang nyata untuk mahasiswa, melalui pementoran, biasiswa, bantuan kebajikan, peluang latihan industri dan pekerjaan serta kerjasama penyelidikan.
Sumbangan alumni bukan sahaja berbentuk kewangan. Namun, sumbangan juga hadir dalam bentuk masa, ilmu dan kesediaan membuka peluang kepada generasi seterusnya. Satu bimbingan atau bantuan pada waktu yang tepat boleh mengubah perjalanan hidup seorang mahasiswa.
Saya juga mengharapkan agar para alumni dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, khususnya mahasiswa yang sedang berdepan kesusahan. Kita semua pernah bermula dari bawah. Ramai antara kita pernah merasai kesempitan hidup dan menerima bantuan yang membolehkan kita meneruskan pengajian.
Kini, tibalah masa untuk kembali berbakti. Hulurkanlah bantuan mengikut kemampuan, sama ada melalui sumbangan, bimbingan atau peluang pekerjaan. Mudah-mudahan, bantuan kita hari ini menjadi sebab seorang mahasiswa terus bertahan, menamatkan pengajian dan membina masa depan yang lebih baik.
Saya turut menyaksikan pelantikan 200 Rakan Alumni KPT serta peluncuran World Alumni Virtual Engagement (WAVE) untuk menghubungkan alumni di seluruh dunia. Walau di mana pun mereka berada, sentiasa ada ruang untuk menyumbang kepada universiti dan tanah air.
Universiti yang hebat bukan sahaja melahirkan graduan yang berjaya, tetapi graduan yang kembali berjasa. Semoga ABTC terus menggerakkan semangat ini demi masa hadapan pendidikan tinggi negara.
#AlumniBackToCampus
#ABTC2026
#KPT
#MalaysiaMADANI
#doczam
Secara langsung. Saya menjawab soalan MQT :
Dr. Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan perkembangan terkini penyediaan Rang Undang-Undang baharu bagi menggantikan AUKU 1971 serta komitmen Kerajaan untuk membentangkannya di Parlimen pada Disember 2026.
https://t.co/NJTxSpYjEJ
Pembangunan bakat negara memerlukan kerjasama erat antara kementerian agar pendidikan, latihan kemahiran dan keperluan industri bergerak seiring.
Saya ke Angkasapuri RTM bagi menghadiri Majlis Pelancaran Kerangka Kemahiran Masa Hadapan bagi Sektor Komunikasi dan Multimedia (C&M FSF) dan Inisiatif Pembangunan Bakat Strategik, yang menghimpunkan sinergi Kementerian Komunikasi, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Saya turut berkongsi pentas forum bersama Menteri Komunikasi, YB Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus dalam sesi yang dikendalikan oleh Datuk Ashwad, Ketua Pengarah Penyiaran. Kami membicarakan peranan kementerian masing-masing dalam mempersiapkan bakat Malaysia menghadapi perubahan teknologi dan dunia pekerjaan.
Hubungan antara institusi pendidikan tinggi dengan industri perlu diperkukuh supaya perkembangan semasa dapat diterjemahkan dalam pembelajaran, latihan dan pengalaman sebenar mahasiswa.
Matlamat kita jelas iaitu melahirkan graduan yang job-ready, life-ready dan future-ready, bersedia untuk bekerja, menghadapi kehidupan dan membina masa hadapan.
#JobReady
#KPT
#PembangunanBakat
#MalaysiaMADANI
#doczam
Kazakhstan National University of Sport merupakan antara institusi yang memberi tumpuan kepada pembangunan atlet dan bidang sains sukan. Baru dibangunkan dalam tempoh lima tahun, banyak fasiliti terbaik dunia disediakan di sini.
Saya dibawa melawat kemudahan latihan bertaraf Olimpik yang disediakan untuk menyokong prestasi atlet. Menarik untuk melihat bagaimana sebuah universiti menggabungkan pendidikan, sains sukan dan latihan berprestasi tinggi di satu tempat.
Ramai juga atlet-atlet kebangsaan mereka yang sambung belajar di universiti ini untuk mengembangkan lagi kemahiran mereka selepas bersara daripada atlet dengan memiliki segulung ijazah atau sijil.
Pengalaman ini memberi idea baharu tentang cara kita boleh memperkukuh pembangunan bakat sukan di universiti di Malaysia terutamanya dalam usaha melahirkan atlet bertaraf dunia.
…………………..
I had the opportunity to visit Kazakhstan National University of Sport, where I was shown its Olympic-standard training facilities.
What stood out was how the university brings academic learning, sports science and elite training together to support its athletes.
It offers useful ideas for strengthening sports programmes at Malaysian universities and developing athletes who can compete at the highest level.
#MAHEF2026
#MalaysiaCentralAsia
#MalaysiaKazakhstan 🇲🇾🇰🇿
#MalaysiaMADANI
#KPTMalaysia
#doczam
Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un.
Saya merakamkan salam takziah kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pagi ini.
Pemergian Almarhumah merupakan kehilangan besar buat keluarga dan negara. Jasa serta keprihatinan beliau terhadap kesejahteraan masyarakat akan sentiasa dikenang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Tun Dr Mahathir dan keluarga dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi saat yang sukar ini.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Al-Fatihah.
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kazakhstan, saya transit sebentar di Istanbul sementara menunggu penerbangan seterusnya malam ini.
Sementara transit, saya berbesar hati menerima jemputan daripada Saudara Necmeddin Bilal Erdoğan, Timbalan Pengerusi Universiti Ibn Haldun, untuk menyampaikan ucapan bersempena pembukaan tahun akademik 2026/2027.
………………….
On my way back to Kuala Lumpur from Kazakhstan, I stopped briefly in Istanbul while waiting for my onward flight tonight.
During the transit, I was honoured to accept an invitation from Mr Necmeddin Bilal Erdoğan, Deputy Chairman of Ibn Haldun University, to deliver an address at the opening of the 2026/2027 academic year.
Siaran langsung (live) : https://t.co/XujSSW66t8
#MalaysiaTürkiye🇲🇾🇹🇷
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 pada 29 September 2026.
Patik dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Tinggi mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus berada dalam lindungan Allah SWT.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus bersemayam di atas takhta pemerintahan dengan penuh kebijaksanaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Kelantan Darul Naim.
Daulat Tuanku.