🪔 Selamat Menyambut Hari Deepavali! 🪔
Kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan buat anda sekeluarga.
Dalam kemeriahan sambutan ini, yang paling bermakna tentunya kasih sayang sesama keluarga, kemesraan antara jiran tetangga dan semangat persaudaraan yang terus menyatukan.
Raikanlah bersama keluarga dan insan tersayang. Jangan dilupakan kepada mereka yang memerlukan, semoga kegembiraan perayaan ini dapat diraikan bersama.
Selamat Menyambut Hari Deepavali juga khusus buat warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang meraikannnya di seluruh negara.
“Deepavali Nal Valthukal”
………………………..
My warmest wishes to all Hindus celebrating Deepavali. May this Festival of Lights bring peace, happiness and prosperity to you and your loved ones.
As we celebrate, let us continue to strengthen the bonds of unity, kindness and togetherness that make our diverse society so special.
“Deepavali Nal Valthukal”
DIRGAHAYU TUANKU!
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Patik dengan penuh takzim mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta terus berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT.
Semoga di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan terus aman, makmur dan sejahtera, serta seluruh rakyat sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan.
DAULAT TUANKU!
🌏 MALAYSIA DALAM KELOMPOK 14 DESTINASI PENDIDIKAN TINGGI UTAMA DUNIA! 🇲🇾
Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa apabila tersenarai dalam kelompok 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia, berdasarkan laporan ICEF Insights 2027.
Kedudukan ini mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pengajian yang menawarkan yuran pengajian lebih berpatutan, kedudukan strategik yang dekat dengan pasaran sumber serta pelbagai tawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa.
Dengan kehadiran seramai 159,100 pelajar antarabangsa, Malaysia terus memperkukuh reputasinya sebagai hab pendidikan tinggi global yang berdaya saing dan berkualiti.
Malaysia, destinasi ilmu bertaraf dunia! 🌍🎓
Salam takziah buat Saudari Husna Syakira binti Abd Halim, bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan serta keluarga atas pemergian kedua ibu bapa yang terkorban dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK.
Petang tadi menerima kunjungan daripada jaguh berbasikal trek negara, Datuk @AzizulAWANG atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman.
Beliau baru sahaja pulang daripada temasya Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Sempat juga beliau menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam kedua-dua kejohanan tersebut.
Kami turut berbincang dan merangka beberapa program serta inisiatif bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau, khususnya dalam membangunkan bakat sukan serta menyuntik semangat kecemerlangan dalam kalangan mahasiswa.
Banyak pengalaman dan kisah perjuangan beliau yang boleh dijadikan inspirasi, terutama tentang disiplin, ketekunan dan semangat tidak mudah mengalah.
Terima kasih atas kunjungan, Datuk Azizulhasni. Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia! Beliau dalam rangka persediaan untuk Sukan Olimpik 2028 nanti.
InsyaAllah kita akan bawakan khas The Pocket Rocketman ke Festival of Ideas (FOI) Putrajaya pada 17-19 November 2026 di PICC Putrajaya nanti.
#ThePocketRocketman
#KPT
#doczam
Semalam menerima kunjungan dan bertukar pandangan bersama Dr. Maliki Osman, bekas Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura yang turut pernah memegang portfolio Menteri Luar II dan Menteri Pendidikan negara tersebut.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk kami berkongsi pandangan dan pengalaman, khususnya mengenai perkembangan pendidikan tinggi, pembangunan modal insan serta cabaran masa depan dalam landskap pendidikan serantau.
Semoga hubungan erat Malaysia dan Singapura, khususnya dalam bidang pendidikan, terus diperkukuh melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
#MalaysiaSingapura🇲🇾🇸🇬
Saya menyampaikan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat.
Ikuti sesi penggulungan ini secara langsung menerusi pautan berikut:
https://t.co/q4xtLyuzQB
#Belanjawan2027#KPT
#MalaysiaMADANI
#doczam
https://t.co/q4xtLyuzQB
AYUH, KITA BIRUKAN MELAKA! 🔵💙
Sekitar Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang berlangsung malam tadi di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis ini turut memperkenalkan 21 calon Barisan Nasional secara rasmi bagi menghadapi pilihan raya kali ini, sekali gus menandakan kesiapsiagaan seluruh jentera parti untuk menggalas amanah dan tanggungjawab kepada rakyat Negeri Melaka.
Kepada seluruh calon dan jentera BN, teruskan perjuangan dengan semangat dan keikhlasan. Kita kekalkan politik dalam kesederhanaan dan perjuangan untuk rakyat. Perkukuhkan saf muafakat serta melaksanakan tanggungjawab dengan kerja berpasukan dan penuh dedikasi.
Ayuh, kita Birukan Melaka!
#𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
#BirukanMelaka
#KitaGengBiru
#BNSayangRakyat
#PRNMelaka
#doczam
JOM BERAMAI-RAMAI MERIAHKAN PULARA 2026!
Saya ingin menjemput semua untuk datang beramai-ramai ke Manjung bagi memeriahkan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2026.
Pelbagai program, persembahan seni budaya, puisi, lagu rakyat serta aktiviti menarik menanti anda semua sepanjang tiga hari penganjuran festival ini.
PULARA bukan sekadar festival seni dan budaya, tetapi juga medan untuk kita mengangkat warisan bangsa, menghargai keindahan bahasa dan sastera serta memperkenalkan keunikan budaya tempatan kepada masyarakat.
Jadi, jangan lepaskan peluang! Bawa keluarga, ajak sahabat handai dan datanglah beramai-ramai untuk bersama-sama memeriahkan PULARA 2026.
Jumpa anda di Manjung!
#PULARA2026
#Manjung
#SeniBudaya
#WarisanBangsa
#Lumut
#KPT
#doczam
🎭 FESTIVAL PUISI DAN LAGU RAKYAT ANTARABANGSA (PULARA) 2026 🎶
🌿 Mengakar Budaya, Menjulang Warisan 🌿
Bersiap sedia untuk tiga hari penuh dengan pengisian seni, budaya dan warisan menerusi Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2026 di Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak!
📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Hari pertama bakal menyaksikan acara pembukaan PULARA 2026, program LESTARI, Festival Sajian, Jualan Rahmah, PULARA Masuk Kampung, Titian Budaya dan Seminar Peradaban Rumpun Melayu Antarabangsa (RUMIA) 2026. Pengunjung turut berpeluang menyaksikan majlis perasmian festival sebelum menikmati persembahan Malam Kalam Warisan pada sebelah malam.
📅 25 Oktober 2026 (Ahad)
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung, termasuk Subuh PULARA D’Pangkor, Fun Walk @ Pangkor, Eksplorasi PULARA 2026 dan Pentas PULARA. Program lain seperti Rentak Muda Makum & Cabaran Keluarga MADANI serta PULARA Bersama Ummah 2026 turut berlangsung sebelum Malam Kemuncak PULARA 2026 pada sebelah malam.
📅 26 Oktober 2026 (Isnin)
Pada hari terakhir, pengunjung masih boleh menikmati Festival Sajian, Jualan Rahmah dan Jualan Kampung Angkat MADANI, selain menyertai program PULARA Masuk Kampung dan Titian Budaya yang terus mengangkat keunikan seni serta warisan masyarakat setempat.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan PULARA 2026! Ayuh, raikan keindahan seni, semarakkan budaya dan martabatkan warisan bangsa bersama keluarga dan rakan-rakan!
📍 Lokasi: Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak
📅 Tarikh: 24–26 Oktober 2026
Jumpa anda di PULARA 2026! 🎶✨
MALAM KEMUNCAK PULARA 2026!
Jom datang beramai-ramai malam ini ke Acara Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026!
📅 25 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 malam
📍 Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak
Pelbagai persembahan menarik menanti anda, termasuk deklamasi puisi, persembahan lagu rakyat, kesenian tradisional dan persembahan budaya yang menghimpunkan penggiat seni dari dalam dan luar negara.
Jangan lupa ajak keluarga dan sahabat handai. Jumpa anda malam ini di Dataran MADANI, Seri Manjung!
#PULARA2026
#FestivalPuisiDanLaguRakyatAntarabangsa
#Manjung
#Lumut
#doczam
PULARA BUKAN SEKADAR SENI DAN BUDAYA, TETAPI JUGA PENGISIAN KEROHANIAN
Senario oo oo oo Senario…
PULARA bukan sekadar mengangkat seni, adat dan budaya warisan bangsa, tetapi turut memberi penekanan kepada pengisian kerohanian, pembinaan sahsiah dan pengukuhan hubungan sesama masyarakat.
Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Arfiah, Kampung Batu 3, Segari, Manjung, sempena PULARA 2026.
Syukur melihat kehadiran yang cukup menggalakkan daripada penduduk kampung dan para peserta PULARA yang bersama-sama mengimarahkan masjid pada awal pagi.
Selesai solat Subuh, program diteruskan dengan ceramah santai bersama Kumpulan Senario sebelum kami menyertai aktiviti brisk walk bersama komuniti setempat.
Inilah pendekatan PULARA yang kita bawakan kali ini. Bukan sekadar memperkenalkan seni dan budaya kepada masyarakat, tetapi membawa pelbagai aktiviti terus ke kampung-kampung, mendekati penduduk dan menghidupkan semangat kebersamaan.
Kita mahu PULARA menjadi wadah yang menyatukan seni, budaya, kerohanian dan kehidupan bermasyarakat.
Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan Allah SWT. Banyak lagi acara menarik di sekitar Manjung dalam program PULARA kali ini. Jom semua.
#PULARA2026
#FestivalPuisiLaguRakyat
#SolatSubuhBriskWalk
#Manjung
#Lumut
Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, TYT John K. Samuel dan bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Islam Iran, TYT Dato’ Wan Aznainizam Yusri bin Wan Abdul Rashid.
Kedua-duanya bukanlah asing bagi saya kerana pernah bersama-sama ketika saya menerajui Kementerian Luar Negeri dahulu.
Pertemuan ini menjadi medan bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara, khususnya potensi memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan pertukaran kepakaran antara Malaysia dengan Kanada serta Iran yang boleh dibawa oleh kedua-dua mereka nanti.
Tahniah atas pelantikan kedua-duanya dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dalam menggalas amanah baharu ini.
Semoga terus cemerlang membawa nama dan kepentingan Malaysia di persada dunia.
#MalaysiaKanada
#MalaysiaIran
#doczam
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.
Tiada ungkapan yang mampu saya zahirkan selain rasa syukur dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak atas segala bentuk bantuan, tenaga dan khidmat yang telah diberikan kepada penduduk Pulau Pangkor yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Bantuan yang cepat dan tindakan yang pantas daripada pelbagai pihak amat bermakna, khususnya ketika penduduk sedang berdepan dengan kesulitan dan memerlukan pertolongan.
Kepada para mahasiswa, sukarelawan, warga universiti, pasukan keselamatan, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan serta orang perseorangan yang turun membantu, saya amat menghargai segala pengorbanan kalian.
Ada yang datang dari jauh, ada yang mengorbankan masa dan tenaga, ada yang menyumbang makanan dan keperluan, malah ada yang bekerja tanpa mengenal penat dan lelah demi memastikan rumah serta kawasan yang terjejas dapat dibersihkan.
Kalian hadir bukan sekadar membawa bantuan, tetapi membawa harapan dan kekuatan kepada mereka yang sedang diuji.
Sebagai anak jati Pulau Pangkor, saya benar-benar tersentuh melihat semangat kebersamaan dan keprihatinan yang ditunjukkan.
Inilah nilai kemanusiaan yang perlu terus kita suburkan. Ketika musibah melanda, kita tidak bertanya siapa mereka, tetapi apa yang boleh kita lakukan untuk membantu.
Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan kalian dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Dari lubuk hati saya yang paling dalam, terima kasih kerana hadir membantu keluarga besar kami di Pulau Pangkor.
Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan kalian.
#PulauPangkor
#doczam
Menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), atas perkenan berangkat menyempurnakan Pemasyhuran Dewan Tuanku Canselor di UMPSA Kampus Pekan, hari ini.
Dalam majlis yang penuh bermakna ini, saya turut berbesar hati menyampaikan watikah pelantikan semula Kebawah Duli Paduka Baginda sebagai Canselor UMPSA.
Pemasyhuran dewan ini bukan sekadar melambangkan pembangunan prasarana universiti, tetapi menjadi simbol aspirasi UMPSA untuk terus mengangkat kecemerlangan pendidikan tinggi, penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa.
Menariknya, seni bina Dewan Tuanku Canselor ini diinspirasikan daripada Wau Pungguk, warisan tradisional Pekan, Pahang. Ia membawa falsafah yang cukup dekat dengan aspirasi pendidikan tinggi negara, iaitu “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.”
Kita mahu universiti terus terbang tinggi meneroka ilmu, teknologi dan inovasi, namun pada masa yang sama kekal berpijak pada nilai, budaya dan jati diri bangsa.
Apa yang lebih penting, kecemerlangan universiti juga berjalan seiring dengan kebajikan mahasiswa. Usaha UMPSA menyediakan bantuan pendidikan, zakat dan biasiswa merupakan komitmen yang perlu terus diperkukuh agar tiada anak bangsa tercicir daripada peluang pendidikan tinggi.
Tahniah kepada seluruh warga UMPSA atas pencapaian ini. Semoga menjelang sambutan Jubli Perak pada tahun 2027, UMPSA terus melakar kejayaan dan melahirkan graduan yang bukan sahaja hebat ilmunya, tetapi juga tinggi nilai dan jati dirinya.
Terus menggapai di langit, namun jangan sesekali lupa akar di bumi.
#UMPSA
#KPT
#MenggapaiDiLangitMengakarDiBumi
#doczam
Doa sepiku ini
Dihiasi bunga cempaka
Mengiringi kembaramu…
Siapa tak kenal dengan penyanyi hebat, Dato’ Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali dengan Ameng yang juga penyanyi utama Kumpulan Spring.
Kebetulan terserempak semalam sebelum saya balik ke KL. Singgah di Restoran Madinah. Suara masih sedap dan masik kekal muda seperti dulu.
Semoga terus berjaya buat Ameng.
#Ameng
#Spring
#Lumut
#doczam
Tengah hari tadi, saya berkesempatan bersama-sama pegawai perhubungan dan komunikasi korporat dari seluruh Universiti Awam serta agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), dalam sesi KARISMA.
Dalam pertemuan ini, saya berkongsi pandangan mengenai peranan penting komunikasi dalam menyampaikan dasar, inisiatif dan pencapaian pendidikan tinggi negara kepada masyarakat.
Saya menekankan bahawa tugas komunikasi bukan sekadar menyampaikan maklumat atau membuat hebahan, tetapi bagaimana kita membina kefahaman, keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi pendidikan tinggi.
Dalam dunia komunikasi yang semakin pantas dan mencabar, kita perlu lebih proaktif, kreatif dan strategik. Setiap dasar dan inisiatif yang dilaksanakan mesti diterjemahkan dalam bentuk naratif yang jelas, mudah difahami dan dekat dengan rakyat.
Saya juga mengingatkan bahawa pegawai komunikasi merupakan antara barisan hadapan yang membawa imej dan suara institusi. Justeru, kepekaan terhadap isu, ketepatan fakta, kepantasan bertindak serta kebijaksanaan mengurus persepsi amat penting.
Harapan saya agar sesi KARISMA ini dapat memperkukuh jaringan dan kesepaduan komunikasi antara KPT, universiti serta seluruh agensi supaya kita dapat bergerak sebagai satu pasukan dengan mesej dan hala tuju yang jelas.
“Apabila sesuatu yang benar tidak disampaikan dengan jelas, teratur, atau bukti yang kukuh, ia mudah menimbulkan ragu-ragu dan akhirnya ditolak sebagai palsu. Sebaliknya, pembohongan yang dirancang dengan teliti, diulang-ulang secara konsisten, dan dikemas kini dengan strategi komunikasi yang berkesan boleh memperdaya orang ramai sehingga diterima sebagai satu fakta yang sah.”
#KARISMA2026
#KPT
#UKKPRO
#doczam