Menerima kunjungan TYT Mr Desmond Lee, Menteri Pendidikan Singapura tengah hari tadi. Saya membawa beliau berkunjung ke Semuka Cafe, Seri Negara.
Kami bertukar pandangan mengenai pendidikan serta potensi memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Singapura.
Saya percaya hubungan erat kedua-dua negara dapat terus diperkukuh melalui perkongsian ilmu dan kepakaran, kerjasama penyelidikan serta mobiliti pelajar dan ahli akademik. Pendidikan menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat dan membina persahabatan merentas sempadan.
Terima kasih atas kunjungan ini. Semoga persahabatan Malaysia–Singapura terus berkembang dan membuka lebih banyak peluang yang memberi manfaat kepada generasi muda kedua-dua negara. 🇲🇾🇸🇬
……………………
It was a pleasure to welcome His Excellency Mr Desmond Lee, Singapore’s Minister for Education, earlier this afternoon. I also had the opportunity to bring him to Semuka Cafe at Seri Negara.
We exchanged views on education and explored opportunities to further strengthen collaboration between higher education institutions in Malaysia and Singapore. 🇲🇾🇸🇬
@DesmondTSLee
#MalaysiaSingapura🇲🇾🇸🇬
#MalaysiaMADANI
#KPT
#doczam
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali Ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini.
Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor merangkap Pro-Canselor UiTM.
Pada istiadat ini, Seri Paduka Baginda selaku Canselor UiTM berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor wanita pertama UiTM, serta mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM 2026 kepada 15 graduan cemerlang.
Tahniah kepada 32,630 graduan UiTM yang diraikan dalam istiadat konvokesyen kali ini. Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap pencapaian akademik, tetapi juga lambang pengorbanan ibu bapa, keluarga dan para pendidik yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan mereka.
Saya berharap ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di universiti dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membina masa depan, menyumbang kepada masyarakat serta membawa perubahan yang bermakna kepada negara.
UiTM telah memainkan peranan besar dalam membuka peluang pendidikan tinggi dan melahirkan generasi profesional Bumiputera yang menjadi sebahagian daripada kekuatan pembangunan negara. Peranan dan legasi ini perlu terus diperkukuh seiring dengan tuntutan serta cabaran masa hadapan.
Daulat Tuanku!
#KonvoUiTM105
#KPT
#doczam
Selesai menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM pagi tadi, saya terus bergerak ke Manjung untuk merasmikan Majlis Graduasi Sekolah-Sekolah Rendah Agama (KAFA) dan Akademik Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) Daerah Manjung Tahun 2026.
Daripada meraikan para graduan universiti, saya kemudian bersama anak-anak yang baru meniti perjalanan menuntut ilmu. Kedua-duanya membawa harapan besar ibu bapa yang mahu melihat anak-anak berjaya dan menjadi insan yang baik serta bakal kepimpinan akan datang.
Saya sentiasa percaya pendidikan perlu membina “otak dan watak”. Sejak kecil, anak-anak perlu dibimbing untuk mencintai ilmu, menjaga adab serta menghormati ibu bapa dan guru. Inilah asas yang akan membentuk keperibadian mereka hingga dewasa.
Tahniah kepada semua anak-anak yang diraikan. Terima kasih kepada para guru atas kesabaran mendidik serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan doa.
Semoga anak-anak ini terus tekun belajar, berakhlak mulia dan membesar menjadi insan yang berbakti kepada agama, masyarakat serta negara.
#Manjung
#doczam
Allahuakbar. Hujan lebat sejak awal pagi. Menerima berita beberapa kawasan di Pangkor dinaiki air, termasuk kawasan kampung saya sendiri.
InsyaAllah, saya akan turun meninjau keadaan, bertemu penduduk yang terjejas dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.
Kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang bersiap sedia untuk membantu penduduk terjejas.
Kepada warga Pangkor yang terkesan, utamakan keselamatan diri dan keluarga serta patuhi arahan pihak berkuasa.
Didoakan semoga Allah SWT melindungi kita semua, meredakan keadaan dan mempermudah segala urusan.
#Pangkor
Meninjau sendiri keadaan banjir di beberapa kawasan di Pulau Pangkor hari ini. Alhamdulillah, ada kawasan yang airnya telah surut, namun masih terdapat beberapa lokasi yang dinaiki air dan belum pulih sepenuhnya.
Saya telah berbincang dengan beberapa pihak termasuk Majlis Perbandaran Manjung, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan segera untuk membantu penduduk yang terjejas.
Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk terus terpelihara serta bantuan dapat disalurkan secepat mungkin. Kepada mereka yang terkesan, boleh berhubung dengan pihak kita bagi mendapatkan bentuk bantuan dan maklumat lanjut.
Terima kasih kepada Restoran Madinah yang telah menyumbangkan beberapa ratus pek makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir hari ini.
Kita juga akan menggerakkan sukarelawan daripada Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan pemulihan pascabanjir apabila keadaan mengizinkan.
Sama-sama kita doakan agar semua terlibat diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.
#Pangkor
#Lumut
#doczam
Chinese bride gifts her partner a flagship GPU at wedding — he breaks down in tears
She handed him an ASUS ROG Astral RTX 5090 that costs around $12,000
Sesi iFUTURE 2026 pagi tadi bertajuk “Towards a Futuristic Nation: Leadership, Innovation and Transformation” mempertemukan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Dikendalikan oleh Haji Nazri Kahar, sesi ini membuka ruang perkongsian pandangan dan pengalaman bersama pemimpin mahasiswa.
Ketiga-tiga panelis membawa perspektif yang memperkaya perbincangan mengenai masa depan kepimpinan negara, kepentingan inovasi serta keupayaan menterjemahkan visi kepada perubahan yang bermakna. Dato’ Onn Hafiz bercakap dari sudut mentadbir Negeri Johor, Dato’ Seri Amirudin berbicara tentang kepimpinan di Negeri Selangor dan Saudara Khairy memberi lontaran dari sudut pentadbiran negara. Saya berharap perkongsian ini mendorong mahasiswa untuk berfikir lebih luas dan berani tampil dengan idea serta penyelesaian.
Pendidikan tinggi juga mempunyai kekuatan sebagai instrumen diplomasi dan soft power. Mahasiswa menjadi duta yang membawa nilai, budaya dan semangat persahabatan, sekali gus menghubungkan negara dengan negara.
Inilah semangat iFUTURE, membina generasi yang mampu memimpin, mencetuskan inovasi dan menterjemahkan idea kepada tindakan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
@Khairykj@onnhafiz@AmirudinShari@nazrikh
#iFUTURE2026
#MalaysiaMADANI
#KPT
#doczam
Berlabuh sudah tirai iFUTURE 2026, penganjuran kali ketiga yang menghimpunkan lebih 1200 pemimpin mahasiswa dari 60 buah negara untuk berkongsi pemikiran, membina persahabatan dan memperkukuh semangat kepimpinan.
Daripada majlis perasmian, ucaptama, sesi dialog hingga majlis penutup, pelbagai topik dibincangkan bersama barisan ahli panel yang membawa pengalaman dan perspektif berbeza. Semuanya mengajak anak-anak muda berfikir, berani bersuara dan menterjemahkan idea kepada tindakan. Daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri dan Timbalan Menteri, pemimpin di peringkat kebangsaan mahupun negeri, semuanya hadir memberi komitmen dan sokongan kepada iFUTURE 2026.
Syukur Alhamdulillah. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang menjayakan iFUTURE 2026, secara langsung mahupun tidak langsung. Anda semua adalah nadi kejayaan pertemuan ini. Di sebalik setiap sesi yang berlangsung, ada usaha, komitmen dan pengorbanan yang amat saya hargai.
Kepada para peserta, bawalah pulang ilmu, nilai dan persahabatan yang terbina. Kepimpinan bermula sekarang, melalui kesediaan untuk berkhidmat dan memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga berakhirnya iFUTURE 2026 menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama dan tindakan yang bermakna.
Walau siapapun yang menerajui KPT selepas ini, saya mengharapkan iFUTURE akan dapat diteruskan kerana memberi kesan langsung yang baik untuk pelajar tempatan dan antarabangsa serta pelbagai pihak lain lagi.
@umpsamalaysia
#iFUTURE2026
#MalaysiaMADANI
#KPT
#doczam
Di sebalik kejayaan seorang anak melanjutkan pengajian, ada ibu dan ayah yang sanggup berkorban apa sahaja. Kegembiraan menerima tawaran ke IPT sering hadir bersama kerisauan tentang yuran, perjalanan dan keperluan pengajian.
Alhamdulillah, hari ini bantuan pendidikan bersasar disampaikan kepada 396 orang pelajar IPT Parlimen Lumut. Mudah-mudahan usaha ini dapat meringankan beban keluarga dan memberi semangat kepada anak-anak untuk memulakan langkah baharu.
Saya sendiri diberi peluang mengubah kehidupan melalui ilmu. Kini, saya mahu melihat lebih ramai anak-anak Lumut menempuh kejayaan dalam bidang masing-masing.
Kepada anak-anak, jagalah peluang ini sebaik-baiknya. Belajar bersungguh-sungguh, bina kemahiran, bina hubungan dan pelihara adab yang baik. Jika menghadapi apa jua kesulitan, boleh berhubung dengan IPT ataupun KPT. InsyaAllah kita akan bantu.
Apabila berjaya nanti, ingatlah mereka yang masih memerlukan. Pulanglah membawa ilmu, pengalaman dan peluang untuk membangunkan lagi Lumut.
Hari ini anda menerima bantuan. Saya mendoakan suatu hari nanti, anda pula menjadi insan yang membantu orang lain melangkah ke hadapan. Yang penting, anda sambung belajar dan teruskan hingga berjaya menggenggam segulung ijazah dan mendapat pengalaman berharga.
#Lumut
#KPTPrihatin