Belajar pasal pembelajaran sepanjang hayat buat aku sedar—jadi guru bukan habis belajar lepas grad. Ilmu sentiasa berkembang, cikgu pun kena terus belajar. Ilmu takkan pernah cukup, tapi semangat tu kena kekal hidup!
Sharing by saudari Mun❤️
Minggu ni topik pembangunan profesional guru (PBB) — terus rasa nak tahu lebih! Macam mana cikgu-cikgu terus upgrade diri, belajar benda baru & kekal relevan. Serius, inspirasi betul!
Seronok minggu ni belajar pasal kualiti guru ikut SK@S & SGM 2.0. Baru tahu jadi cikgu berkualiti bukan setakat pandai mengajar, tapi ada nilai, kemahiran & semangat yang tinggi. Rasa lebih semangat nak jadi guru yang tip-top!
Minggu 5 menjelma…
Minggu ni bincang pasal hukuman kesalahan rasuah dalam bidang keguruan — jangan main-main, sebab sekali terlibat, habis reputasi & masa depan. Bukan je langgar undang-undang, tapi khianat amanah sebagai pendidik. Integriti > segalanya!
Minggu 4 ni masuk topik integriti & rasuah dalam profesion keguruan — serius!!! jadi cikgu bukan setakat ajar ABC, tapi kena ada jiwa bersih & prinsip kukuh. Nak didik generasi, kita sendiri kena teguh dulu. No kompromi bila bab integriti!
Minggu ni belajar pasal hak asasi manusia — baru sedar betapa pentingnya peranan cikgu bukan je ajar subjek, tapi juga jaga maruah & hak murid. Dalam dunia sekarang, etika guru = tunjang pendidikan berperikemanusiaan. Mantap ah topik ni!!!
Hari ni berpeluang untuk meneroka apa itu makna akauntabiliti dalam konsep keguruan.
Akauntabiliti seorang guru bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik dengan kasih sayang, integriti dan tanggungjawab terhadap setiap jiwa yang diamanahkan🥰