🎁 GIVEAWAY 🎁
Hey guys I'm teaming up with @PulsarGears to give away one of my signed mousepads! 👀
If you want one for yourself, all you have to do is:
— Like + RT this post
— Follow @Pulsargears & @pprxteam
Winner will be chosen September 25th.
Good luck friends !
Father figure memang penting, tapi jangan samakan “selalu ada di rumah” dengan “hadir sebagai seorang ayah.”
Masalah sebenar bukan pada ayah yang keluar bekerja. Tapi apabila ayah berhenti hadir dalam kehidupan anak.
Saya teringat kupasan Ustaz Azlan tentang perkataan رِجَال (rijāl) dan رِجْل (rijl). Kedua-duanya berasal daripada akar huruf yang sama, ر-ج-ل.
Rijāl bermaksud lelaki-lelaki, manakala rijl bermaksud kaki. Dari sudut bahasa, akar kata ini sering dikaitkan dengan pergerakan dan berjalan. Sebab itu sebahagian ahli bahasa menghuraikan bahawa seorang rajul ialah lelaki yang bergerak keluar memikul amanah dan tanggungjawab.
Fitrah lelaki memang keluar mencari nafkah. Jika kita membaca kisah para nabi dan para sahabat, ramai antara mereka menghabiskan banyak masa di luar rumah. Berdakwah, bermusafir, berjihad, berniaga, dll. Manakala ibu pula lebih banyak bersama anak kerana peranannya sebagai madrasah utama dan fitrahnya di rumah.
Namun, kesibukan mereka (ayah) tak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anak. Bagaimana masa yang “sikit” itu mereka mampu mentarbiah anak? Itulah yang perlu para bapa pelajari.
Tapi satu hal kita kena sedar, mentarbiah anak bukan hanya dipikul oleh seorang ayah. Ia disokong oleh komuniti. Zaman sahabat, anak itu membesar dengan atuknya, pakcik-pakcik, sepupu. Masjid pula jadi pusat pembentukan karakter. Anak-anak tak membesar sendirian.
Father figure bukan seorang. Ia satu ekosistem. Inilah yang kita hilang di zaman moden ini. Hari ini semua jauh. Atuk di kampung, pakcik-pakcik sibuk dengan keluarga sendiri, jiran pun tak kenal.
Akhirnya anak-anak hanya ada ayahnya. Bila ayah pula sibuk bekerja, dia hilang hampir semua figura lelaki dalam hidupnya.
Dan jika kita lihat lebih jauh ke akar permasalahan, antara faktor yang menyumbang kepada krisis father figure hari ini ialah sistem ekonomi yang berpusatkan riba.
Kita akhirnya tersepit dalam tuntutan kehidupan. Maka, dengan segala keterbatasan yang ada, usahalah untuk terus hadir dalam kehidupan anak-anak. Moga Allah memberkati rezeki dan mempermudahkan segala urusan kita.